Antara Curang dan Kebenaran

Aku seorang ibu dan mempunyai anak oku. Terpanggil untuk bercerita tentang kecurangan suami dan kebenaran yang disimpan. Bukan untuk buka aib kami tapi mungkin akan jadi pengajaran juga panduan untuk pasangan masing2.

Perkahwinan kami nak masuk 30 tahun. Dulu aku bekerja tapi bila masuk anak ke 5 aku berhenti salah satu sebab aku ada anak oku. Hidup aku walaupun dah berhenti kerja sangat sibuk rasanya masa kerja dulu pun aku tak la sesibuk sekarang.

Kejadian curang ni berlaku pada tahun 2012 masa tu aku banyak tumpukan pada anak2 oku aku. Hantar ke sekolah. Tunggu sampai habis waktu sekolah. Habis waktu di jalanan sebab anak2 aku sekolah lain2. Kecuali yang normal sekolah berdekatan dengan rumah.

Aku dah dapat rasa macam ada benda yang tak kena. Betul apa yang orang cakap seorang isteri ni dia ada sixth sense. Deria ke 6.

Tapi aku menafikan sebab pada aku dia tak akan curang sebab aku jaga semua makan minum segala keperluan dia walaupun aku sibuk dengan anak2 syurga dan juga ada sebab2 tertentu yang aku anggap dia tidak akan curang tapi itu bukan alasan untuk seorang lelaki untuk berlaku curang.

Aku dulu masa anak dara boleh dikategori kan hot dan menjadi igauan setiap lelaki. Ni bukan aku yang cakap, mereka2 yang pernah berkawan yang bagitahu.

Aku bukan jenis mengadap muka 24 jam jaga badan 36 jam atau berangan nak badan muka mcm supermodel, pada aku bila umur dah meningkat ni ubah la arah kehidupan kita lebih kearah keagaman dan lebih utama kan anak syurga dari hal2 duniawi.

Seawal selepas subuh aku dah berada di jalanan ibarat bus sekolah tapi bawak anak sendiri saja kut. Balik kadang tengahari kalau tak ada aktiviti petang.

Sebab aku sentiasa berada di sekolah maka aku aktif dengan NGO tapi hanya pada waktu sekolah sahaja. Hari lain aku memang sentiasa di rumah. Balik pada hal suami aku kantoi curang. Sebulan sebelum kantoi adik ipar aku dah bagitahu hint.

Tapi aku anggap lawak sebab aku cakap kalau nak sangat kahwin lain biar dia ambil anak2 lelaki dan aku ambil anak perempuan…. Potong jari dia berani buat… tu kata aku. Nampak sombong kan.

Dua minggu sabelum terbongkar, anak aku buat hal ponteng sekolah bawa motor sampai langgar kereta parking tepi. Pendiam paling ketara dia suka tenung aku. Ibunya tapi aku tidak ambil pusing sebab dia memang anak paling manja dan normal.

Ingat lagi pada hari jumaat 5/4/2012 sebelum subuh terbongkar kecurangan suami aku. Seperti biasa pukul 5 aku dah kejut anak2 aku bangun untuk siap kesekolah.

Sejak 2.. 3 menjak aku perasan dia balik sangat lambat kadang pukul 3 pagi sampai rumah paling awal pukul 12 dia cakap cari duit lebih buat MLM.

Cari customer.. aku ok aja sebab tahu mcm mana ketat nya kewangan kami sekeluarga jadi aku anggap betul la dan dia beritahu siapa dia pegi dengan siapa. jadi aku gelarkan dia S janda anak 2 agaknya.

Dia biasa2 saja tapi businesswomen banyak berurusan dengan tempat kerja suami aku. Balik pada hal tadi. lepas aku kejut anak2 bangun aku terpandang telefon suami aku sedang di charge dia dah pindah dari bilik anak ke bilik kami sambung tidur,

Tergerak aku nak belek telefon dia sebab memang dia tak. Lock telefon (kalau lock lagi aku syak kan) lagi satu dia beli telefon baru katanya semua group MLM dia tu pakai telefon yang sama. Aku ok saja. Belek2 punya belek tengok whatsapp… BOOM. Ayat bunga2. Rindu sayang semua cukup.

Masa tu rasa macam langit nak runtuh tapi aku tak baca semua aku baca sikit, bukan apa kalau aku baca semua dah jadi arwah kut. Aku… bukan dia. AKU. Masa tu aku menangis sampai terduduk dan tak boleh bernafas tapi aku cool balik bila anak syurga aku tanya kenapa.

Aku hilang akal ambil telepone tu aku baling pada suami aku masa tu dia tidur aku tanya dia ni apa.. Dia hilang kata2. Aku halau dia keluar bilik sebab aku jijik tengok dia pada aku dia la manusia paling bangang bodoh jahanam.

Aku nak bersiap antar anak sekolah. Dan sebelum aku keluar aku bagitahu kata dua. yang aku akan ke pejabat dia nak jumpa perempuan tu. Kononnya.

Tapi alhamdullilah sepanjang aku memandu aku tak biarkan emosi menguasai hati aku. Sebab anak aku sekolah jauh pegi balik 2 jam.

Selesai tugas aku pegi kawasan pejabat dia. Tengok motor tak ada. Rupa nya dia minta cuti kecemasan dari boss dia. Haaa.. Takut sebab dia salah waktu kejut kan harimau yang selama ni tidur.

Balik aku halau dia keluar aku cakap aku nak muntah tengok muka dia. Berkali2 aku halau dia. Dia cakap kalau dia keluar dia nak pegi mana… Eehhh tahu pula tak ada tempat nak bertenggek selama ni balik sampai subuh banyak pula tempat bertenggek.

Esok nya aku keluar rumah bawak beg. Kononnya nak lari. Acah saja pun. Tel aku kalau bursa saham anak2 telefon henti2 aku tak jawab sekali aku jawab dia suruh aku balik dia cakap kalau tak suka dia ada dekat umah dia akan keluar dan buat pertama kali nya aku maki dia.

Aku cakap. Kau sial. Suara kau pun aku jijik nak dengar. Nampak. Aku dah duduk tepi pintu neraka masa ni. Aku hilang ingatan..

Sejak dari tu hidup aku tunggang langgang antar anak syurga sekolah aku temenung menangis tidur bangun menangis tapi aku tak hanyut atas nasihat seorang cikgu dan ku anggap macam kakak aku dia suruh aku buat solat sunat buat la banyak kali sampai hati tenang. Ya aku buat.

Bila dah tenang baru aku mula berfikir tindakkan ape yang aku bolh ambil tapi dalam masa tu aku tak la setenang mana sebab Allah uji aku bila suami aku salah hantar whatsapp dan panggil aku sayang.

Giler. Selama hidup berdua tak pernah sekali panggil aku sayang. Rupanya dia hantar pada kekasih hati dia.

Ada satu ketika dia cerita mengadu kata perempuantu tak layan dia tak telefon dia sebab perempuan tu marah sebab dia canang kata perempuan tu kekasih dia… haaaa… kelakar kan.

Aku pula konon nak jadi kawan tolong tapi akhirnya aku yang makan hati. Hari2 hidup aku tunggang langgang sampai aku aku ditahan di hospital sebab darah tinggi naik mencabak. Masuk emergency terus masuk red zone.

Aku kuat masa tu aku lawan semua sampai aku sendiri drive ke hospital serah diri. Sampai hospital masak aku kena marah denga doktor sebab drive sedar sepatutnya aku kena panggil ambulan sebab bacaan aku 200/180..

Dan terus naik tapi memang masa tu aku rasa. Biar la apa nak jadi jadi la. Malas nak fikir. 10 hari dalam ward macam2 jadi. Konon teman aku tidur di hospital. Keluar dari bilik orang pertama dia call. Perempuan tu.

Bila tanya atas alasan perempuan tu sakit patut la ada sekali dia tak datang dia hantar mak mentua aku saja. Rupanya teman kekasih hati dekat emergency. Aku gelak kan saja. Bodoh nya aku ni. Bila aku tanya dia cakap kesian sebab perempuan tu tak ada sapa2 nak teman.

Bangangnya jantan ni sebab aku sedar dalam ward isteri dia yang sah. Boleh dia cakap kesian pada perempuan tu tak masuk ward pun sebab ada tak serius pun lagipun dah 10 tahun menjanda ok saja …hidup aku memamg kelakar.

Aku tahu pun bila dah keluar dari hospital tu pun sebab mak. Mentua aku terlepas cakap. Jangan salah sangka mak mentua aku dan adik beradik dia memang tak suka hal yang abang dia buat. Mak mentua aku sorok sebab tak nak aku jadi makin teruk.

10 hari dekat ward tu pun aku minta keluar bukan kena bayar company laki aku yang bayar tapi aku nak keluar sebab kesian dekat anak2 aku.. Tak sekolah. Walaupun macam jadi aku tetap terus kan kehidupan aku tapi tak la selancar mana.

Aku marah bila satu hari laki aku ajak aku keluar sarapan. Perempuan lahanat tu boleh tanya nak pegi makan dekat mana. Dengan siapa. Haaaa… aku pernah whatsapp perempuan ni tanya kenapa dia kacau suami aku.

Dan aku cakap dia tak tahu malu ke tak ada maruah diri ke yang sibuk nak kacau rumahtangga aku. Jawapan yang dia beri. U pergi tanya suami u kenapa dia buat macam tu. Jangan pandai nak mengata orang.

Aku tanya suami aku. Dia cerita apa dengan perempuan tu. Suami aku cakap. Dia tak pernah cerita apa2 pada perempuan tu.

Eeemmmm ada hanky panky part ni. Tapi aku buat bodo tapi dalam masa yang sama aku selidik makin lama suami aku banyak jauhkan diri sebab aku banyak buat hal contoh.

Aku hantar beg isi baju dia dekat office abang aku jumpa dia. Aku tak tau apa cerita. Anak aku kacau anak dia. Dia kena soal ngan boss dia. Macam macam tapi aku banyak. Main dengan emosi sebab aku tahu mana kedudukan aku selama ni.

Selama aku beruruasan persekolahan anak aku suami aku tak pernah masuk campur dalan erti kata lain tak pernah amik pot. Sampai tak tahu sekolah anak gara gara sibuk kejar permpuan dan sibuk bercinta.

Masa aku aku sakit aku minta dia hantar anak aku sekolah. Hari pertama dia hantar sesat sampai sekolah habis 1 matapelajaran. Tapi sebab dia oku dia diberi kelonggaran.

Bila ambil seorang lagi anak oku aku di sekolah cikgu dia nak jumpa sebab anak aku ni autisme jadi tak minat belajar buat homework. Cikgu pun bagitahu la tau masalah anak aku. Aku tahu dah benda. Sebab aku yang hadap 24jam.

Tapi jawapan yang suami aku bagitahu. Amat amat memalu kan aku dia cakap dia tak tahu apa2 kalau nak cakap… cakap dengan mak dia sedih nya aku. Aku rasa dia punya curang tu tak teruk tapi bila dia tak bertanggungjawab tu lagi aku sedih.

Masa ni aku tak. Peduli dah aku hanya ikut angin saja. Follow the flow. Eehhh. Ya ke. Belasah saja la. Sebenarnya aku perempuan yang berdikari. selama aku mengandungkan anak2 aku sekali saja kut dia ikut aku pegi check up.

Tu pun sebab doktor nak jumpa. Tapi sepanjang menunggu macam2 benda aku kena hadap dia punya perangai mulut memang aku tak tahan sebab tu aku lebih senang buat semua sendiri.

Ya aku terlampau berdikari sampi aku sakit demam pun dia tak tahu kalau tak doktor sendiri yang call bagitahu tau.

Tapi lebuh baik aku aja yang tahu sebab pada dia dengar saja la. Tak jadi hal. Janji aku bernyawa. Aku tak down aku tak stress tapi aku sedih sebab aku hidup untuk menyenang kan orang lain walaupun orang tu membuat aku susah.

Kena ubah prinsip aku ni. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Ini la natijah nya. Selama dia berhubung dengan perempuan tu aku dah tak aggresive nak bertindak sebab aku serah segalanya pada Allah.

Aku cuma cakap 1 saja pada suami aku kalau dia nak perempuan tu. Kahwinla tapi aku tak akan masuk campur. Tinggal kan aku tapi dia tak setuju. Pada aku. Ada aku kisah this is my life. Out u go. Ada atau tak ada aku masih boleh hidup.

Sebab selama ni aku hidup sendiri dengan anak2 saja pun sampai ada yang ingat aku janda. Sebab tak pernah kenal siapa suami aku…. Aku. Gelak saja la. Nak kata apa kan aku tahu dia akan bertanggungjawab. Untuk anak2 dia. Aku. Don’t worry.

Aku kaya rezeki Allah bagi aku. Aku tak pernah harap nafkah dari dia yang dia bagi mcm biskut. Kejap ada kejap tak ada. Tapi pelik masa bercinta. Duit ada aja. Terus terang aku cakap aku hidup untuk anak anak aku bukan untuk dia.

Hati aku dah sekaras batu. Kasih sayang dah tak ada yang ada hanya tanggungjawab bila dia cakap. Dia kahwin dengan aku hanya kerana apa yang berlaku masa kami berkawan. Bila aku tanya dia menyesal ke kahwin dengan aku. Tiada jawapan dari dia. Ya pun tidak. Tidak pun tidak.

Jadi aku anggap dia menyesal kahwin dengan aku. Pada aku dia tidak sepatut nya berbelah bagi kerana aku dan dia kahwin dah lam anak dah ramai. Kenapa perlu menidak kan kebenaran. Aku anggap itu la ujian yang Allah bagitahu sebab Allah sayang aku.

Aku redha. Suami aku pun sekarang tak mcm dulu. Dia sakit. Allah bagi sakit sebab dia sayang. Dalam erti kata lain sakit penghapus dosa. Tapi aku tetap macam ni aku hanya menjalan kan tanggungjawab. Kasih sayang cinta. Dah hilang..

Sebab hanya aku yang rasa yang tahu bertapa sakitnya bila sekian lama bersama dia menidak kan aku. Banyak benda yang aku tak cerita di sini. Kisah dia dan kekasih hatinya. Apa pengakuan dia tentang perempuan tu. Tiada di luar batasan, tapi aku tetap begini.

Moral of the story : Jangan letak harapan terlalu tinggi jangan beri sepenuh kepercayaan kita pada mereka sebab bila ada kekhilafan dalam hubungan kita yang akan rasa sakit. Sakit yang tak boleh di ceritakan.

Hanya yang pernah lalui sahaja yang dapat rasa betapa terluka remuk nya betapa luka bila di curangi. Cerita ingatan akan datang berulang ulang tanpa henti. Ibarat tayangan gambar.

Itu la kisah curang dan kebenaran…

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan kecam. Sebab ini adalah aku. Bukan bercerita untuk mencari salah siapa. Aku tetap aku.

– E (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *