Antara Bahagia dan Derita

Assalamualaikum.. saya berumur awal 30 an, mempunyai 2 cahaya mata yang comel dan bertugas di pantai timur jurusan professional dalam sektor kerajaan..

Perhubungan kami suami isteri secara luarannya kami adalah pasangan yang bahagia dan “sweet”.. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya bukanlah seperti yang terlihat..

Sejak berkahwin selama 6 tahun, telah banyak  kali suami terkantoi curang dengan perempuan yang  berbeza.. sampai saya dah tak terkira berapa kali.. tapi saya tetap maafkan dia, terima dia.. alasan yang sama.demi anak2..

Sehinggalah kemuncaknya pada bulan lepas (Februari 2021) entah kenapa Allah ilhamkan saya untuk buka wallet suami (sebelum ni takpernah check pun) saya terjumpa gambar seorang perempuan terpapar di dalam wallet suami ; bersebelahan dengan gambar saya..

Sekali lagi, dia curang.. lebih memeritkan lagi ianya adalah dengan orang yang saya kenal..

Kali ini kesabaran saya benar-benar diuji.. hati saya teramat sakit apabila mengetahui percintaan suami dengan orang ketiga adalah sejak hampir 3 tahun lepas dibelakang saya..

saya sangkakan hubungan kami tiada apa-apa masalah.. bagi saya, kadang-kadang bergaduh sikit-sikit tu adalah normal.. saya langsung tak sangka suami sendiri sanggup buat semua tu dibelakang saya.. naif kan..

Semasa pergaduhan besar tu saya bernekad untuk bercerai.. (kerana sudah banyak kali bersabar). Untuk pertama kalinya, saya menceritakan hal berkenaan suami kepada ibu mertua. Saya juga ada mengatakan niat ingin berpisah dengannya..

Ibunya bersungguh-sungguh memujuk saya untuk terus bertahan dan bagi peluang yang terakhir untuk anaknya demi cucu-cucunya..

Ikutkan saya memang sudah tawar hati padanya.. akhirnya saya mengalah untuk terima dia semula disebabkan ibunya.. juga memikirkan masa depan anak-anak.. lembutnya hati isteri kan..

Selepas daripada kejadian tu, hubungan kami semakin baik.. lebih baik dari sebelum ni.. ada kalanya terasa seperti zaman waktu bercinta dulu.. Alhamdulillah.. saya dalam proses untuk sembuhkan hati saya..saya cuba untuk terima dia semula..

Walaupun hati saya masih sakit.. ketika hubungan saya dan suami dah semakin mesra. Baru-baru ni saya terjumpa bukti-bukti kecurangan mereka.. saya mendapat tahu ketika suami bekerja, (ada hari shift malam) mereka ada berjumpa dating dibelakang saya..

Ada beberapa hari saya sangkakan suami  bekerja seperti biasa tetapi sebenarnya dia amik “off” dan keluar berjumpa dengan perempuan tu.. Kami tidak pjj.. Semasa saya pergi menunaikan umrah pada 2018, mereka berseronok dibelakang saya..

Allah, hati aku teramat sakit. Ampunila aku ya Allah.. saya ditipu hidup2.. saya juga ada terjumpa gambar2 tak senonoh separuh bogel perempuan itu dalam laptop suami saya.. ianya lagi membuatkan hati saya sangat terluka..

Saya berasa jijik dengan suami sendiri.. Apabila saya bertanyakan suami tentang hal mereka yang lepas, suami mengatakan perkara itu dah lepas dan jangan diungkit lagi..

Ada juga masanya kami bergaduh apabila saya seolah-olah mengungkit kesalahan dia yang lepas.. Tapi aku tak kuat ya Allah..

Saya berasa sangat down sekarang.. Lemah.. Rasa diri tak berharga.. Kecewa kerana pengorbanan selama ini tidak dihargai..

Suami bersungguh-sungguh mengatakan dia akan berubah dan berjanji akan fokus untuk bersama saya dan anak2.. Kali ini saya boleh nampak kesungguhan dia untuk berubah demi family. Saya sangat hargai itu..

Hubungan kami sekarang makin bertambah baik dan makin romantis.. Tapi deep down dalam hati saya masih terluka.. Sangat sakit.

Hati saya masih sakit memikirkan apa yang dia dah buat dibelakang saya selama 3 tahun sepanjang dengan saya..

Saya perlukan kata2 semangat dari semua.. Saya nak bahagia bersama suami dan anak-anak tapi pada waktu yang sama saya berasa sangat tersiksa dengan peristiwa pahit yang terjadi antara kami..

– Puan A, isteri terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *