Assalamualaikum wbt kepada para pembaca yang bakal membaca confession aku pada hari ini.
Nama aku Dee, umur 29. Baru² ni aku terbaca 1 confession pasal body shaming untuk yang kurus. Kepada sesiapa yang belum baca aku selitkan link confession di sini, (https://iiumc.com/si-kurus-
Daripada yang aku baca, aku dapat rasa kan yang (Chahaya) confessor ni kawan sekerja aku. Daripada segala details dan cerita dia sebijik macam kawan aku.
Jadi, aku terpanggil untuk menulis confession tentang body shaming. Andai kata Chahaya tu adalah kawan aku, aku harap dia baca confession ni sebab ni adalah apa yang terbuku di hati aku.
Kawan sekerja aku ni aku gelarkan sebagai A. Umur 24, berat 43/159cm. Sama seperti confessor. Dan ya, A tersangat la kurus. Takda curve dan leper.
3 tahun lepas, masa mula² A kerja, dia tak ada lah gemuk, cuma berisi sikit dari yang sekarang. Tapi makin lama, A makin kurus. Pipi A makin cengkung.
Jadi aku Dan kawan² kita orang nasihat kan la dia makan banyak sikit. A memang bukan sweet tooth. Dia pun jarang minum air yang manis². Dia banyak minum air kosong.
Breakfast dia makanan macam kita orang makan, nasi lemak atau roti canai. Roti canai macam biasa 2 keeping sorang. Tapi badan tak pernah naik². Malah makin kurus. Padahal badan aku bagai dipam².
Aku perasan A makan tak banyak kecuali waktu breakfast, tapi dia kerap makan. Macam Biskut, muffin untuk kudapan. Setiap apa yang dia makan tu dia calculate kalori dia. Mula² aku tak faham kenapa dia buat macam tu.
Tapi bila aku tanya dia cakap dia consult Doktor untuk naik kan berat badan dia. Dia sekurang² kene ambik dlm 2 ribu lebih kj untuk sehari. Jadi, aku pun follow diet dia.
Apa yang dia makan hari tu. Aku makan sekali waktu kita orang sama shift. Kalau kita orang tak sama, aku mintak dia whatsapp aku meal dia hari tu.
Genap sebulan aku tiru diet dia, kita orang pun tumbang la berat badan kita orang. Peliknya, berat A langsung tak naik. Berat aku yang naik 1.5kg. A nampak kecewa, Dan aku rasa annoyed tapi aku sorok kan la.
Maka A makin lama makin kurus walaupun dia still ikut kalori yang doktor suggested. apa yang aku tak suka pasal A ni, dia memang banyak minum air kosong. 1 hari 3.2L. Kadang² air lemon. Jadi aku rasa sebab tu dia kurus.
Bagi aku sebab dia kurus Dan leper, aku bagi la dia tips² nak besar kan dia punya ‘tu’. Come on la, benda tu aset wanita kan. Siapa yang tak nak benda tu besar. Bangga kot.
Tapi A buat tak tahu saja. Dia Kata dia OK saja dia punya kecil. Sekurang² tak tarik perhatian lelaki pandang sebab dia tak suka. A ni memang naive sikit orang dia.
Jadi aku dengan kawan² laki sekerja start ejek² dia la (macam dalam confession Chahaya).
Mula² A memang gelak. Tapi lama² kita orang perasan dia macam tak suka. Terutama bila kita orang kaitan dia tentang bakal suami dia takkan rase puas kalau dia kurus. kita orang hanya nak gurau.
Tapi A nampak koyak. Sampai la 1 hari tu A balas balik apa yang kita orang cakap pasal dia selama ni. “Aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Aku yang kurus korang yang panas kenapa?”.
Sejak tu aku rasa A ni tak boleh bawak gurau. Benda yang kita orang cakap tu gurau kot. Chill la. Takkan tak boleh gurau.
Tapi kita orang terus kan jugak. Hidup serious saja tak best la. kita orang tak peduli la A tak suka ke ape. Memang kenyataan dia kurus keding. Aku yang dah 3 tahun kerja pun naik berat badan walaupun aku mula² kerja saing² dia saja kurus. Cuma aku rendah saja. Dia tinggi melampau.
apa yang kita orang cakap, A mesti balas balik. Kadang² ayat dia memang buat kita orang sentap la. Sebab A memang tak pernah keluarkan perkataan sinis dia kecuali kalau dia marah.
Tapi lepas tu dia OK saja dengan kita orang. Cuma kalau kita orang start balik dia akan dengar dan akan attack kalau melampau. Tak chill kan A ni?
Kita orang cuma nak bagi semangat supaya dia naik kan berat badan dia. Dia kurus sangat. Tapi apa yang pelik, waktu kita orang buat medical checkup, result dia memang positif.
Walaupun dia underweight, kolesterol dia, air dalam badan dia, jantung dia semua sihat. Cuma dia underweight saja.
Bila doktor tanya dia kata dia exercise at least 4 times a week. Tapi dia dah terlalu kurus nak exercise. Aku rasa benda tu annoying. Kau dah kurus. Kau nak kurus mana lagi?? Menyampah tau tak.
A ni walaupun dia keding Dan leper saja, tapi aku nampak ramai suka dia. Kawan² lama aku kalau jumpa A ni, mesti usha dia. Mintak no dia. Kadang² kalau keluar lepak mintak aku ajak A sekali.
Tapi tak pernah sekali pun A ikut. Alasan dia parents dia tak kasi. Aku tak tau la dia tipu ke atau memang betul. Bagi aku A ni boring person. Walaupun dia kelakar, tapi life dia memang boring. Balik kerja, duduk rumah.
Sekarang A still ikut diet dia. Aku pernah la sound dia sekali, “makan jelah semua banyak², kan dah sakit tak boleh makan” tapi A senyap saja. Aku sumpah rase annoyed dengan dia. Kalau kau nak naik kan berat badan, makan jelah banyak² kenapa nak kira kalori intake bagai.
Alasan dia senang saja, doktor suruh. Dah la air manis tak minum. Gula depend on makanan saja. Dia bukan sweet tooth pun. Manalah badan dia nak naik. Tu bila kita orang body shaming dia, dia jawab dia tengah cuba naikkkan berat badan dia. Menyampah betul aku dengan jawapan dia.
Tapi apa yang aku pelik, macam Manalah lelaki boleh minat A ni. tak ada curve, kurus,leper. Cuma muka saja cantik. Hiding mancung, putih, dengan gigi taring dia nampak bila dia senyum.
Tapi selain tu memang tak ada papa la dia ni. Bak kata member kita orang yang laki peluk pun rase tulang saja.
Sampai kita orang gurau dengan dia suruh dia bukak baju la, tak payah tunjuk kat semua, tunjuk kat aku saja. Nak pastikan dia ni perempuan ori ke jadian. Lepas tu A koyak.
Gurau dengan dia pasal benda macam ni memang tak best. Normal la gurau macam tu. Aku tak tahulah korang macam mane. Tapi kita orang dah kerja 3 tahun sama². Dah macam family kot.
Setakat gurau, “kau ni Nanti bila dah kawin, aku risau patah saja suami kau buat ni” takkan nak koyak kot. Benda tu gurauan. Tapi kalau benda tu betul, kenapa nak koyak?
Pernah kita orang yang perempuan ni bagi dia hadiah birthday supplement untuk besar kan dia punya ‘tu’. Kira macam vitamin la, muka dia nampak macam tersinggung.
Yang member laki kita orang bantai gelak la. Siap ade instructions lagi nak ambik waktu bila. A memang bagi kita orang sedas dua waktu tu. Tapi kita orang tak ambik hati pun. Benda yang kita orang buat tu pun gurauan. Takkan la A nak koyak.
Sekarang ni A sama macam dulu. Dia memang sedia kurus. Pipi dia nampak cengkung. Tapi still ade laki yang usha² dia. Aku tak tahulah apa yang dorang usha A ni. kita orang still gurau² pasal badan A, Dan A still koyak bila kita orang borak macam l*cah sikit.
Dia akan balas macam biasa, sinis² kita orang. kita orang tak ambik port pun, cuma dia la yang koyak. So kepada A, aku cuma nak pesan, kalau betul lah kau Chahaya, aku harap la kau baca confession aku ni.
Chill la. Nak gurau pun takkan tak boleh. Kau kene makan banyak² supaya gemuk. Nanti kalau kau dah sakit tak dapat kau nak makan. Niat aku bukan nak malukan kau ke tulis confession bagai, cuma nak orang bagi pendapat kat kau.
Nasihat kan kau, sebab bila kita orang nasihat kan kita orang tak tahulah kau ikut ke tak. Lepas tu bila gurau, kau koyak pulak. Chill la. Minum saja air manis banyak². Tak payah nak kira² kalori bagai. Kau hidup sekali saja. Makan saja selagi boleh makan.
Jadi sekian. Sampai sini jelah confession aku. Aku harap kepada para pembaca, supaya komen pasal confession aku ni.
Dan aku harap A atau Chahaya baca komen dengan confession aku ni. Dan aku harap yang A dan Chahaya ni orang yang sama. Sebab aku menyampah bila orang kurus ni acah² dia kene body shaming.
– Dee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit