Salam, apa khabar semua? Terima kasih jika confession saya disiarkan. Sebenarnya saya lebih memerlukan pendapat yang relevant.
Nama saya Fiqa anak sulung daripada 6 adik beradik. Saya merupakan kakak yang sulung. Saya di besarkan di kampung dan berasal dari family yang agak susah.
Ketika saya kecil Ibu saya adalah suri rumah, namun sebelum tu ibu saya bekerja di kilang namun tidak lama kemudian berhenti kerana mengandung adik ke 4.
Ayah saya (telah meniggal dunia) pada masa itu bekerja kampung dan gaji hari.
Arwah sangat boros orang nya, ada duit lebih akan habiskan ke kereta atau aktiviti yang bercanggah dengan agama. Kaki judi, kaki perempuan, nasib tak kaki arak je….
Maka ibu saya lah yang pening kepala nak tanggung semua. Ibu saya tetap setia walaupun selalu di pukul dengan objek2 seperti kayu sehingga lebam.
Waktu tu saya masih kecil… namun selepas kami semakin membesar ayah dah jarang2 pukul ibu. Cuma makian kesat berbakul2 setiap hari…
Saya selalu menangis tengok ibu kena pukul, saya tanya ibu kenapa ayah selalu pukul. Dia hanya akan jawap (ni hal orang tua).
Lama2… entah lah, saya jadi hati kering maka saya tak endahkan semua tu saya focus dengan pembelajaran dan hal diri dengan adik2 sahaja.
Ibu dan ayah nak gaduh… saya malas nak ambil port ketika tu. Tetapi saya jadi anak kuat melawan…
Sebab banyak saya tak bersependapat dengan ibu dan ayah walaupun masih kecil. Memang selalu la punggung tu kena piapp dengan rotan hahahaha.
Adik saya semua pandai2 alhamdullilah… dan kami walaupun selalu dengar makian2 dalam rumah, kami tak suka perkataan tu!!! Sungguh kami tak suka!
Maka saya ajar adik2 jangan ikut benda tak baik dari ibu dan ayah… dengar kata ustaz dan ustazah.
Kalau Ibu dan ayah bekerja… saya selepas sekolah terus masak untuk adik2.. ketika tu baru darjah 5 ke darjah 6. Kadang2 ayah beli di luar.. arwah walaupun macam tu perangai nya.
Pelajaran no 1 dan tak pernah pukul kami.. kecuali kalau nakal atau bangun lambat ke sekolah hahahaha. Kira ok lagi la kan… biasalah buruk2 nya ada juga kebaikan nya.
Ok then selepas beberapa tahun, ngam2 saya habis belajar.. ayah meninggal dunia kerana sakit. Sedih tu memang sedih, sebab arwah tak merasa hasil gaji pertama ku, huhuhu.
Arwah pon bnyak berubah dari tak pernah solat, dah tua2 tu dia dah solat dan puasa. Alhamdullilah la kan… sempat berubah sebelum meninggal.
Kemudian Ibu sudah jadi balu. Saya terkontang kanting kena bekerja.. untuk support adik2 saya yang masih di uni dan sekolah. Ibu kerja sambilan sebagai tukang jahit.
Perit juga lah.. gaji biasa2 je RM2000… tapi komitmen memang tinggi… sampai nak simpan tu beberapa ratus je baki.
Pagi kerja baik bus je, tak merasa macam gadis2 lain… beli phone canggih dan baju cantik2…
Dalam 2 tahun juga sampai adik2 no 2 dan 3 habis belajar U. Lepas tu mereka bekerja.. ringan sikit beban saya sebab dah boleh tong tong.
Ok masa muda ibu dan ayah tak pernah nak menyimpan atau nak bina aset. Maka memang kami takda harta… langsung takda. Rumah menyewa…
Kemudian saya dan adik2 dah berkawin, dan saya bekerja sampai 2 -3 kerja dan business untuk ada simpanan sendiri…
Alhamdullilah… memang saya menyimpan sungguh kerana niat nak beli rumah. Saya kalau boleh nak mak duduk sekali dengan saya… tak nak dah kami menyewa.
Tetapi tak lama tu Ibu saya sudah kahwin lain, suami baru nya (Minta maaf saya tak suka.. sebab beberapa kali kantoi die hisap ganja dan selalu pukul mak saya ).
Adik lelaki saya no 5 & 6 tu selalu jadi saksi… marah sungguh depa dengan suami baru saya. Yang saya tak faham… sayang betul ibu saya dengan suami baru nya. Baru kahwin 6 bulan… macam tu.
Sekarang saya baru sahaja beli rumah dari hasil business saya. Rumah di KL/Selangor mana lah nak dapat yang murah kan… Ibu pula berpindah duduk sekali dengan suami baru nya.
Walaupun ibu kahwin lain, duit belanja tetap saya bagi RM500 sebulan.. kalau ada rezeki lebih RM600 macamtu.
Adik saya pun mengulur juga.. maka Ibu saya ada RM1500 sebulan dari kami bertiga yang sudah bekerja.
Ikut kan saya nak ibu saya menetap sekali kerana rumah tu agak besar… dan ada 4 bilik. Adik2 saya mereka nak habis belajar dah no 4, 5 dan 6 tu. Tetapi sudah pasti ibu saya akan duduk sekali dengan suami nya.
Suami nya tidak bekerja tetap… maka boleh katakan semua pembelanjaan nya kami yang tanggung. (Saya tak tahu ni, adik2 yang bagitau).
Bila dapat tahu… memang panas la hati ni kan. Tapi akhirnya Ibu saya menangkan juga suami nya tu, errmmmm ok.
Ketika saya dalam process beli rumah, hari2 ibu saya pujuk untuk beli rumah nya dahulu atas nama saya dan suami nya akan bayarkan bulan2. Saya dengan tegas saya cakap, saya tak nak macam tu… sebab apa2 jadi. kena dekat saya balik.
Saya dah kira2 sebulan installment RM1200 macamtu untuk rumah tu. Saya diamkan sahaja… dalam hati saya kesian dengan ibu saya yang masih duduk rumah sewa kecil.
Memang sayu… sangat2. Saya cakap…. saya beli rumah sendiri dulu apa2 mak boleh duduk sekali, kalau ada rezeki saya beli lagi 1 rumah di kampung.
Sampai harini ibu saya menggunakan kuasa Ibu dan Mengunkit semua pengorbanan nya kata saya tak kenang budi. “Tak kan nak beli rumah untuk ibu RM250K pun tak mampu”.
Seolah2 saya ni tak kenang budi dan langsung tak balas budi. Rasa rasa teruk sangat ke saya ni mak saya cakap macamtu? Kenapa suami nya tak usaha sendiri, kenapa mesti semua nya saya?
Dulu Ibu saya pernah dapat duit faraid peninggalan atok, dalam berpuluh ribu juga. Tapi mereka tak beli pun rumah, tanah atas duit tersebut. Sebalik nya kereta, perabot dan banyak habis dengan orang pinjam sana sini.
Adik2 semua kata dan pesan dengan saya. Jangan di ikutkan sangat.. duit hulur bulan2 RM500-600 dan sentiasa jaga kebajikan serta tanya kabar pun cukup. Tapi siapa tak nak buat mak kita happy kan….
(Sekarang saya sedang usaha gigih impian untuk cukupkan kembali simpanan serta kukuhkan business untuk saya belika rumah untuk ibu di kampung).
Tetapi tuan puan… ada masa saya jadi tak ikhlas dengan ketidak kebijaksanaan ibu saya. Ada masa saya anggap ibu saya ni kurang cerdik.
Bukan kan pasal rumah tu saya jadi marah, kerana ibu saya sentiasa memilih pilihan yang salah. Sekarang ni biawak hidup tu senang goyang kaki macam orang pencen..
Astarfirllahalazimmm… Maafkan ku ya Allah. Saya cuba bersangka baik… dari kecil saya selalu tak bersependapat dengan Ibu dan Ayah saya… hurmmmm.
– Fiqa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit