Mencari Bahagia

Assalamualaikum semua. Mohon sangat2 admin approve cerita ni untuk aku minta pandangan dan nasihat dari orang yang lebih jauh pengalaman dan ada nasihat yang baik2 untuk aku jadikan pedoman.

Nama aku Rina. Umur awal 30an, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, bekerja dan tinggal di utara. Cukup la tu perkenalan ringkas aku.

Hidup aku sekarang alhamdullilah ok cukup semua suami tak pernah culas bagi nafkah dan dia rajin membantu jaga anak dan membantu kerja kerja rumah tapi ada satu benda dalam hati aku yang tak mampu aku nak rungkaikan.

Adakah itu dendam yang tak dileraikan atau apa.. Please bagi la aku nasihat ke apa ke sebab dah lama sangat aku memendam. Aku pun nak belajar jadi orang bahagia hati murni juga.

Aku memang berharap medium sosial ini menjadi antara penyelesai masalah aku dengan aku luahkan disini untuk minta padangan. Setiap hari lepas subuh aku doa aku nak jadi orang yang lupakan semua benda pahit2 ni.

Aku dah kahwin 8 tahun. Aku ni orangnya ceria dan hari2 ada saja otak aku ni berfikir macam mana la nk jadi orang yang jauh lebih bahagia kalau tidak otak aku ni asyik fikir benda tak terlerai sampai tak berkesudahan.

Awal2 kahwin dulu aku hampir meroyan sebab family sebelah suami aku mengutuk, menyindir dan mengata aku teruk teruk dalam group wassap mereka sendiri..

Yang paling aku terkilan anak aku pun jadi bahan. Aku cuba kumpul bukti untuk luahkan pada suami aku.

Mesti ramai tertanya macam mana aku tahu hal itu semua, sebab aku percaya pada naluri hati aku ni ada yang tak kena sedangkan aku layan semua orang baik elok je.

Punyalah possitif aku cakap pada family aku yang family in law aku ni baik, tambahan pula aku rajin la juga bagi hadiah pada mereka tapi tak tahu lah kenapa ada yang busuk hati sangat.

Dalam cerita ni parents in law aku terkecuali ya sebab mereka sangat baik dengan aku. Mereka tak pernah beza kan aku dengan menantu lain. Suami aku anak sulong jadinya aku ni jadi kak ipar sulong la kan. Adik ipar smua beza stahun dua saja dengan umur aku.

Satu hari aku nak pergi masak tolong mak mentua aku. Adik ipar aku tertinggal telefon dia sebab dia nak buang air besar,cirit agaknya laju betul dia berlari sampai lupa tutup phone dan wassap.. Elok pulak hp tu sebelah aku.

Niat aku memang tak nak tengok tapi aku rasa tak sedap hati, Allah gerakkn hati aku untuk baca. Aku scroll laju2 ja.. Nama group wassap yang aku tak ada dlm tu semua hanya adik beradik dia kecuali laki aku tiada dalam tu.

Dalam tu memang teruk aku dihina dikutuk sampaikan anak aku pun terbabit.. Aku mula berfikir apa salah aku,

Baru setahun aku masuk keluarga ni depan aku semua baik tapi belakang macam macam dijadikan punca mengumpat, tapi aku tahu ada yang batu api dalam keluarga ni, aku diamkan saja kisah ni.

Kemuncaknya aku bagitau laki aku. Laki aku ni apa apa situasi memang sokong aku la tapi cara dia dalam kes ni dia macam dengar saja tapi dia tak berpihak mana mana. Geram nya aku..

Dia pujuk aku pun aku rasa macam dah tawar hati dah. Dia cakap adik beradik nak gaduh ke apa jangan sampai mak ayah tahu. Jadinya mak ayah aku tak tahu la kes ni dan masing2 hipokrit.

Aku ambik pendekatan dan strategi lain aku memang tak puas hati kalau aku serang adik beradik dia nampak sangat aku yang bersalah dan kantoi la aku selongkar privacy wassap tu,

Jadinya aku simpan semua bukti diam diam dan aku semuka sorang2 aku cakap apa yang tak puas hati dengan aku tanpa mak ayah mentua aku tahu situasi kami.

Laki aku ni dia jenis bukan tak nak masuk campur tapi dia kata yang penting hati mak ayah kita jaga. Memang la mak ayah kau baik dengan aku tapi masalahnya aku tak boleh terima adik2 kau tu cakap belakang.

Lepas aku slow talk sorang dua saja mampu masa tu, mereka minta maaf. Aku cakap lagi tengok la kau orang akan gaduh sesama sendiri satu hari nanti sebagai balasan. Elok pulak lepastu selepas setahun mereka gaduh tapi sekarang semua dah baik la.

Sekarang ni aku malas nak ambik tahu hal mereka dan mak ayah aku minta maaf pada aku sebab anak anak dia buat aku macam tu bila dia tahu kisah sebenar.

Aku sayangkn mak ayah mentua aku macam aku sayangkn mak abah aku sebab mereka yang lahirkan suami aku tapi aku masih tak boleh nak move on sikap adik adik nya, depan aku semua bermanis dan hormat aku,tapi belakang Allah. Sakit hati aku.

Aku selalu cakap pada suami aku, silap la sayang tak pilih anak tunggal tak payah nak hadap perangai macam ni. Tahu tak, laki aku gelak saja bila aku cakap macam tu. Panas nya hati aku.

Orang laki ni memang dia anggap semua remeh, jiwa isteri ni dah koyak dia boleh pulak anggap benda ni kelakar, aku perasan bila aku cerita saja benda ni mesti dia diam dan tukar topik lain,

Benda ni dah lama berlalu tapi kenapa la sampai sekarang aku masih rasa tak sedap hati dengan adik adik suami aku ni.

Rasa tak puas saja dalam hati aku ni, bukan la aku nk membalas dendam tapi aku nak cari punca dan kenapa aku yang kau baik depan2, bersantun depan aku tapi sanggup kutuk kutuk belakang aku..

Ada yang adik nya dah dapat kifarah dah, aku tak nak la cakap kifarah dalam bentuk apa, tapi aku bayangkn Allah dah balas jelah tapi kenapa sampai sekarang aku

Masih tak boleh berdamai dengan masa silam aku ni. Bila aku balik kampung, terngiang ngiang dalam otak aku apa korang dah buat pada aku. Tolong la siapa2 nasihatkan aku.

Masalah kedua aku ni, aku ni dibesarkan dari keluarga sederhana dari aspek agama, maksudnya mak abah aku tak la sampai menitik berat sangat hal solat pada aku tapi bila aku dah belajar tinggi, aku selalu nak solat penuh.

Mak aku pun tak pernah tinggal solat cuma dia tak tekankn pada kami adik beradik mungkin sebab dia dulu pun nenek tak tekankan. Orang cakap sendiri pandai la nanti.

Bila aku dah berkahwin, aku usaha macam macam nak jaga solat tapi yang buatkan aku jadi putus asa ni laki aku, dia dibesarkan oleh keluarga yang sama saja macam aku tapi dia ni macam pahat dan penukul,

Aku ajak solat baru nak solat padahal badan elok, nikmat semua elok Allah bagi, aku selalu ceramah dia tapi itulah dia suka cakap nanti pencen dia nak jadi orang masjid.

Aku cakap sekarang pun boleh. Sekarang dia kata susah. Eh aku rasa macam nak tunjal saja kepala dia kalau tak berdosa. Aku buat list aktiviti. Aku ajak dia al mulk dan al waqiah tiap malam jemaah.

Itulah aku cakap dia ni aku ajak dia buat la tapi kalau aku uzur, dia pun uzur sekali. Suami aku memang anak yang baik, suami yang baik, bapa yang baik tapi dia belum jadi hamba Allah yang baik.

Masalah aku sekarang aku ni pun kadang kadang tak mampu nak lawan godaan syaitan, bila otak aku fikir dalam rumah tangga ni aku saja beria nak ke arah agama tapi suami tak, baik tak payah..

Patutnya kau la ajar aku agama. Aku ajar anak aku mengaji, laki aku bukan nak mengaji sekali.

Pernah sekali aku suruh anak aku ajak bapak dia solat, dia boleh suruh anak aku pergi solat dulu, ending nya dia duduk saja sambil tengok hp, dia duduk buat tak tahu.

Berkali2 aku cakap time mghrib jangan buka tv, kita buat rules dalam rumah kita supaya anak anak faham agama dari kecik. Suami aku paham sekejap saja lepastu datang balik perangai dia.

Aku teringin nak suami aku bt usrah ke, kalau aku ajar dia selawat tafrijiah dia akan beria la buat sehari dua sampai kadang kadang bangun tidur dan lepas makan dia akan buat selawat tu.

Tapi itulah aku cakap, bertahan sekejap je. Aku teringin nak dia ajak aku qiyamulail ke, aku pernah ajak dia malam malam buta solat tahajud.

Dia bangun dia buat. Tapi macam dia terpaksa dia kata. Habistu bila nak ikhlas aku tanya dia. Aku betul betul rasa ajar dia lagi susah dan displinkan dia daripada ajar anak aku.

Bila maghrib time tu lah dia nak ajak aku keluar, aku cakap solat dulu, dia kata nanti kita singgah masjid kesudahnya tak pun.

Tahu tak, aku ni kadang kadang selalu tak jaga solat sebab dia tau, sebab dia ajar aku leka. Dalam otak aku ni fikir apa lagi la aku nak buat selain doa pada Allah,

Pernah berkali2 kali aku cakap dia, abang masuk api neraka, suami dayus, abang tak jalankan tanggungjawab dengan baik, dia dengar dan buat la apa aku cakap tu tapi bertahan la 2 hari.

Dia tak pernah tanya aku dah solat belum, yang dia tanya aku harini sayang nak makan apa, harini sayang sihat? Menyampah betul aku dengarnya.

Aku rasa beratus kali aku dah luahkan isi hati aku pada dia. Sampai pernah sekali aku doa ya Allah bagi lah gambaran azab api neraka yang real punya dalam bentuk mimpi ke pada dia, tapi itulah belum lagi jadi apa2 pada dia.

Pernah sekali aku saja cakap pada dia malam tadi aku mimpi abg kena azab api neraka, dia cakap tapi malam tadi dia mimpi ada orang bagi dia duit, aku ni rasa macam nak marah saja sebab lain aku cakap lain dia cakap tapi aku banyakkkan mengucap.

Aku selalu terfikir, dia ni anak yang baik, semua baik, kerja bagus, dapat anak bagus, isteri ok, kenapa dia tak nak bersyukur dengan mendirikan solat dan sungguh sungguh ajak kebaikan kepada kami..

Buntulah otak aku. Hari hari aku fikir benda sama. Tolong la kawan2 bagi la nasihat ke pandangan ke. Doa kan kami dapat jadi hamba Allah yang baik dan keluarga yang sakinah yang diredhai Allah. Aamiin,,,

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *