Assamualaikum, terima kasih kerana menyiarkan cerita aku ni.
Cukup aku kenalkan nama ku Aprina, aku asal dari negeri utara, telah berkahwin 3 tahun, suami aku pulak berasal dari negeri pantai timur. Kami ada seorang anak perempuan, baru berusia setahun.
Aku dengan keluarga aku ngam jugalah, aku paling rapat ngan adik perempuan aku, tapi dia ni pun ada masalah, masalah dia, dia ni kaki jeles dengan aku.
Kalau aku beli benda mahal sikit, dia kata tak payahlah, bukan hang mampu pun, atau dia akan kata nak pakai pi mana? Hang tu surirumah saja, lainlah aku kerja.
Allah sentap sampai ke hulu hati. Memang kami rapat, tapi adik aku ni jugak pantang aku lebih dari dia, kalau aku lebih sikit saja, dia akan dengki. Contoh kalau aku tunjuk, lawa dak weh baju ni?
Dia kata dakkk, selepas itu, dalam 2-3 hari baju yang aku tunjuk tu, sampai rumah, dan dia beli baju tu. haiii tadi kata tak lawa, lepas tu aku ni tak boleh pula beli sama macam dia, perangai macam apa entahlah.
Ada lagi kes lain, dia ni suka atur hidup kami suami isteri sampailah ke anak aku, kalau baju jalan tu, semua dia yang pilih,
Kalau aku pakai tu, dia kata eeiii tak lawa, eiii mata kayu tak reti pilih baju, mai aku pilih dekat hang. Sampai ke baju suami dan anak aku lah dia nak pilihkan.
Suami aku kadang rimas dengan adik aku, tapi dia jenis diam, pendam. Pelikkan, semua nak kontrol.
Kalau aku nak beli baju, adik aku akan pilih dulu, kena beli sekali dengan dia, maknanya dia kena ada masa aku beli baju, kalau aku beli dia tak ada, dia akan mengamok dekat aku.
Sampailah satu tahap, aku fikir, aku ni kakak atau adik dia, kadang tak ada hormat dekat aku ngan suami aku as abang ipar dia, buat kami ni macam kuli pun ada.
Ada saja tak kena, itu tak kena, ini tak kena, kami suami isteri memang menurut saja. Sebab fikir tak nak bergaduh, malu dengan jiran jiran.
Dulu masa kami belum ada kereta lagilah adik aku ni buat kami macam orang gaji,bila aku bising, dia kata AKU PENAT KERJA DAN PENAT MASAK,
Itu saja alasan dia hari hari, padahal kerja dalam rumah, basuh pinggan dia makan sekali pun aku buat, basuh seluar kecik dan sidai pun aku buat, dia hanya balik masak, tengok tv, makan saja, lain semua aku buat.
Aku sampai naik meluat dengan adik sendiri, sebab tak reti hormat kakak sendiri.
Yang peliknya dengan kakak ipar aku, abang aku, dia hormat, mungkin atas sebab mereka bergaji besar ribu riban, selalu pula tu hulur dekat dia, maka dia pandang macam raja mereka tu.
Kalau depan mereka tak pernah walau sekali pun adik aku buat muka, malah nak atur atur hidup mereka lagilah tak pernah,
sebab abang aku garang, sama macam kak ipar aku. Walau dulu kak ipar aku pernah layan arwah mak aku macam tak serupa mak mentua. Itu hal lain, aku malas cerita.
Adik aku kerja dia tak adalah mewah segah mana pun, dia kerja biasa biasa saja, tapi adalah mak aku tinggalkan dia kereta, dia berlagaklah.
Lagi buat dia pandang hina dekat kami, suami aku kerja biasa biasa saja, menumpang pula rumah sini, itu yang dia tak berapa suka suami aku,
Kadang dengan suami aku pun dia panggil hoi, weh, tak ada waktu nak panggil ABANG, padahal kak ipar aku tu sama saja umur dengan suami aku. Suami aku ni muda dari aku.
Kalau pergi kedai makan, anak aku menangis atau menjerit, adik aku akan cakap eishhh buat malu sajalah duk teriak, jerit dekat tempat makan.
Kalau dekat rumah pula, anak aku menangis, dia akan cakap oiii bodoh diamlaa, tak senang aku tengok tv ni.
MasyaAllah. Kalau aku cakap biarlah budak lagi, adik aku akan cakap budak lain tak macam tu pun. Hmm. Aku sabar.
Baru baru ni ada majlis makan saudaramara, adik aku tak pergi, so aku pergilah dengan suami dan anak aku, bila balik, adik aku buat muka. Lepas sehari tu, aku baru tau dia dengki aku rapat dengan saudara mara lain. Allahu.
Selepas tu ada lagi kes, saudara aku bawa keluar anak aku jalan jalan, adik aku dengki, takut anak aku rapat dengan saudara mara aku. Allah.
Samalah juga cerita dia dengan adik adik ipar aku, pun kaki dengki juga. Suami aku ni boleh kata rapat dan ngam dengan ibu mentuaku dan bapak mentuaku, apa sahaja suami aku nak, mak ayah dia beli,
So adik adik dia memang dengkilah. Sampai bermusuh pula adik beradik dan mak mentua aku. Adik ipar aku sorang ni memang kaki dengki dan batu api dari kecil.
Dialah yang selalu dok hasut ibu mentua aku. Bila adik suami aku ni tengok kami ke sana ke sini, dia mengadu pada mak mentua aku, so jadi gaduhlah, sebabnya suami aku ni jarang sangat balik kampung, dia suka ikut aku.
Aku pun terkena tempias, padahal aku tak tahu apa apa dan tak pernah ambil tahu, serta tak ada niat.
Apa salahkah kami berjalan sikit? Adik adik dia lagilah sakan berjalan, tak pernah pula aku dengki, tak ada sekelumit pun rasa dengki.
Masa mengandung dekat anak aku, aku selalu masuk wad, sepanjang tempoh itu, ada lah dalam 5-6 kali masuk wad, tak pernah adik adik ipar aku bertanya khabar, atau bertanya tentang aku masuk wad ke. Zero.
Termasuklah mak mentua aku, dan ayah mentua aku, diaorang dah termakan hasutan adik ipar aku yang seorang tu.
Sebak memang sebak, aku tahu macam mana sekalipun aku tetap orang luar tapi aku ni menantu dioarang kot. Sampailah aku bersalin, tak pernah diorang call tanya aku macam mana, kandungan aku macam mana, TAK PERNAH.
Sampai aku dapat tahu mak mentua aku ni pernah save nama aku dekat hp dia menantu hantu! Apa salah aku?
Kalau anak dia tak call, tak mesej dia bukan salah aku, aku dah nasihat suami aku, call dan ambik tahu pasal adik adik, mak dan ayah, tapi suami aku biasalah, dia kan pendiam, so dia diam saja apa aku dok nasihat tu.
Ada satu tahap tu, aku sendiri yang ambil hp dia dan call mak ayah dia, dan bila mak ayah dia angkat, aku bagi diaorang bersembang, baru lah masa tu diaorang tanya pasal anak aku, kalau tak call tu memang sunyi sepilah.
Pernah adik adik ipar aku, mak dan ayah mentua aku datang ke rumah aku, habis di lihatnya harta dalam rumah ni, siap boleh tanya, ni Nabil (bukan nama sebenar) beli ke? Itu nabil beli ke?
Ehh, ni nabil beli ke? Dah tu siap berpusing kepala tengok atas bawah rumah aku, dan tanya harga berapa ni, lawalah, mak pun berkenan lama dah, belikanlah mak satu.
Suami aku cakap tak tahu mana nak beli, dah habis masa tu, ni last dah, mak, lagipun tu duit aprina, mak. Mak mentua aku buat muka, dia siap cakap ada pula duit bini kami tu, dia kan surirumah.
Allah, rentap jantung aku. Sepanjang duduk itulah dia orang tanya ni siapa beli, itu siapa beli. Pening aku, suami aku lagilah malas nak jawab, walau itu mak dia.
Adik adik ipar aku ni sejenis yang tak boleh tengok orang lebih sikit pun dari diaorang, samalah macam adik aku tu. Apa yang abang diaorang beli dekat aku, diaorang pun nak.
Sampai ada masa tu, dengan anak aku sendiri pun, adik adik ipar serta mak mentuaku jeles.
Dulu masa nak beli baju dan barang bayi, aku dan suami aku ni shoppinglah macam ada barang branded sikit, mak mentua aku tau dari status aku, terus dia call suami aku,
Dia cakap macam ni, dulu mak tak pernah belikan kamu baju mahal mahal, dari beli baju mahal, baik duit tu bagi dekat mak.
Dah tu kalau aku beli barang kemas ke, mak dia akan dengki tanya tu duit siapa, kalau si suami aku cakap duit aku, mak dia akan perli perli ada pula isteri kamu duit ya.
Pada ibu mentuaku, pada adik adik ipar ku, ayah mentuaku, ketahuilah, bahawa cucu dan anak sedara kalian ni pembawa rezeki, pergi mana mana, orang bagi duit, masa makan orang bagi duit, kadang kadang bukan sikit sikit tapi ada yang pernah bagi sampai RM50.
Papaku sendiri selalu bagi duit, abang aku bagi duit, adik aku bagi duit (walau dia dengki dengan aku, tapi duit selalu juga bagi),
Aku juga selalu buat kerja kerja online tolong orang isi borang kerja atau bantuan, adalah mereka bagi upah, paling banyak setakat ini RM500, bukan sembang, tapi kenyataan.
Ketahuilah mak serta ayah mentuaku dan adik adik iparku, aku bukan nak mengungkit, tapi nak beritahu, bersyukurlah aprina ni masih mahu jaga makan minum nabil, masih mahu jaga pakaian dia,
Kalau ikutkan masa dulu, aprina dah pernah tolak nabil mentah mentah sehingga pernah pulangkan semula cincin tunang tapi nabil yang datang merayu rayu nakkan aprina.
Beruntunglah dan bersyukurlah anak dan abang kalian datang sehelai sepinggang masuk rumah tinggalan pusaka ini dengan cuci kaki sahaja, semua dah tersedia oleh arwah mak aprina,
Rumah sendiri tak perlu sewa, kereta papa aprina bagi, duit bulanan papa aprina sediakan, abang aprina bagi kadang adik aprina bagi, wifi, astro semua dah tersedia, setiap malam beraircond, masih kurang syukur kah kalian?
Doakan rumahtangga kami bahagia hingga akhir nafas kami dan dikurniakan anak anak comel macam yang sekarang.
Doakan juga suami aku tabah serta kuat hadapi adik aku, mak, ayah dia serta adik adik dia sendiri begitu juga aku.
Moga hati kami kental, kuat dalam mengharungi dugaan, aku redha, aku tak pernah dengki, belilah benda mahal, pakailah baju mahal, pergilah tempat mahal, aku tak pernah dengki, hidup matiku, aku nak zuhud dan demi Allah, suamiku dan anakku.
Qowiy Lillahi Taala. Semoga yang sedang diuji seperti aku dan suami, harap korang tabah juga. In shaa Allah sama sama kita kuat hadapi dugaan Allah.
– Puan Aprina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit