Konvokasi Pilih Kasih

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Saya Zati, seorang pelajar Universiti yang akan bergraduasi minggu depan setelah tertangguh dari tahun lepas kerana Covid.

Semuanya telah dirancang sempurna, ahli keluarga juga sudah excited walaupun tahu, majlis kalini hanyalah secara hibrid.

Namun berita yang kami terima tadi sangat-sangat mengejutkan. Terdapat dua tempat untuk majlis dimana pelajar-pelajar terpilih yang menerima anugerah akan diraikan di dalam Dewan Tuanku Canselor,

Manakala pelajar-pelajar suam kuku ini hanya akan diberikan skroll di kawasan outdoor, di Pusat Sukan.

Alangkah kecewanya hati kami mendengar perkhabaran tersebut. Setelah dipersoalkan dalam group telegram majlis konvo, akhirnya admin universiti memilih untuk menutup ruangan komen pelajar.

Ketahuilah, kami redha dan faham walaupun tiada majlis ‘grand’ seperti tahun-tahun sebelum, tetapi hinakah kami sehingga diperlakukan sebegini?

Kenapakah terdapat dua darjat antara pelajar walhal yuran konvokasi setiap semester adalah sama dan mahal?

Adakah begitu sukar untuk pihak universiti memastikan SOP dipatuhi walaupun jumlah pelajar setiap sesi bukanlah seramai mana, ramai lagi di majlis kahwin yang tiada pemantauan itu.

Adakah tiada duit langsung untuk pihak universiti menjalankan sanitasi berkala untuk majlis seperti yang dilakukan di MSU?

Sedangkan UKM juga akan melakukan majlis seperti biasa, dengan SOP ketat. Ke manakah wang konvokasi pelajar disalurkan kerana majlis kecil-kecilan pun berkira?

Malahan tarikh konvo juga ada yang berlangsung pada bulan puasa, di tengah panas. Ya Allah kami kecewa.

Saat melangkah masuk ke universiti, telah saya tekadkan dalam hati akan pulang dengan segulung ijazah, memastikan ibu ayah mendengar nama saya dipanggil, melihat saya naik ke pentas.

Segala jasa dan budi ayah sebagai nelayan dan ibu sebagai peniaga kecil-kecilan takkan saya lupakan. Besar harapan saya untuk melihat mereka gembira dengan majlis ini, namun apakan daya ini yang terjadi.

Teringin kami sama-sama berjalan masuk ke dewan sambil diiringi lagu Universiti merasai kemeriahan setelah 4-5 tahun berhempas pulas meluangkan masa, tenaga dan semestinya wang ringgit demi segulung ijazah.

Kecewa kami. Tiada seorang kah antara pensyarah-pensyarah, staff-staff yang memikirkan perasaan kami di saat keputusan tempat majlis itu dicadangkan?

Tidak ada kah yang cuba mempertahankan kami, meletakkan diri mereka di tempat kami, membayangkan jika, mereka adalah ayah/ ibu/ keluarga kepada graduan yang tertindas ini?

Bukan kami minta majlis yang gilang-gemilang, dengan malam apresiasi, jualan karnival, dan sebagainya seperti tahun-tahun lalu,

Cukup bagi kami jika diberi peluang untuk bersama masuk dalam Dewan Tuanku Canselor itu, duduk bersama kawan-kawan (jika ahli keluarga tidak dibenarkan, kenapa tidak buat saja tayangan live) naik ke pentas menerima ijazah.

Walaupun dengan memakai mask, kami rela! Kenapa perlu disisihkan kami ke tempat yang panas membahang, berkemungkinan hujan, hanya memberi skroll mengikut siapa datang awal dia dapat dulu?

Allahuakbar. Tak dapat saya gambarkan betapa kecewa dengan pemikiran pentadbir majlis konvokasi kali ini. Di manakah MPP yang selayaknya menjadi suara kami?

Sehingga confession ini ditulis, masih tiada khabar jawapan balas daripada pihak universiti.

Diharapkan agar perkara ini sampai kepada pihak berwajib, Menteri Pendidikan Tinggi contohnya, agar terbela nasib kami.

Untuk maklumat lanjut boleh saja search majlis konvokasi universiti ini di facebook dan twitter. Lihat saja berapa ramai yang terkecewa.

Adik-adik yang memilih Universiti, pilihlah dengan baik. Terlalu banyak perkara yang kami telan dan diamkan sepanjang di sini. Sehingga melangkah keluar pun masih teruji. Allahumustaan, bantu kami Ya Allah.

– Zati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *