Terkena Produk Sampah Dari Bank

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman. Saya Nora. Saya nak berkongsi kisah yang baru saja berlaku kepada saya jumaat lalu.

Sebelum tu saya nak ceritakan hal yang hampir sama berlaku pada saya beberapa bulan yang lalu.

Saya nak buka akaun semasa sme di cawangan Maybank. Sekarang nak buka akaun semasa dah senang kerana tak perlu bawa guarantor.

Itu saja niat saya ke sana. Tapi apakan daya saya berseorangan dan ‘dikepung’.

Bila staff yang siasat berapa sales tahunan dan apa kerja saya saya anggap itu hanya semata-mata untuk urusan buka akaun semasa.

Tiba-tiba dia start bagitahu kerja saya yang banyak travel ni perlukan perlindungan. Dia start cakap pasal takaful kemalangan. Dia cakap saya kena ambil dan start la syarahan dia yang buat saya pening.

Kalau ada yang komen main ikut saja ke? Tak ya saya ada tanya patut ke saya ambil? Kalau tak ambil takpe ke? Dia orang cakap ambil saja dulu. Nanti nak cancel datang saja jumpa dia orang balik.

Saya pun akur dan saya balik dengan kelegaan dan sesalan. Lega sebab dah buka akaun semasa dan menyesal sebab kena tipu pasal takaful tu lah.

Dia orang cakap RM28 tapi duit dalam bank dipotong sampai RM35. Kes ni tak setal lagi nanti saya akan ke bank balik untuk cancel sebelum dia orang telan duit saya kali ke tiga bulan ni.

Maybank ni bijak. Saya sibuk sikit bulan lepas tengok-tengok duit dah keluar. Dia orang dah set standing order tanpa pengetahuan saya.

Ok ini hal yang baru berlaku. Kawan saya suggest buka akaun semasa CIMB atas beberapa sebab. Jadi hari Jumaat lepas saya ke CIMB. Tak sangka benda ni terjadi kepada saya kali ke 2.

Staf yang entertain saya tu panggil sorang lagi staf lain belum sampai 1 minit saya habis scan cap jari (maksudnya urusan buka akaun semasa dah selesai).

Saya dah agak ada yang nak iklan takaful lagilah. Tapi dia orang memang pandai bab putar belit ni.

Kes di sini dia orang promote hibah. Tapi dia tak terus approach saya cakap pasal hibah. Dia cakap la dulu apa jadi dekat bank kalau saya mati.

Duit akan dibekukan dan amanah raya akan take over sebelum diserah kepada waris.

Saya mula salah faham kat sini. Saya ingat maksud dia hibah tu akan prevent duit akaun semasa ni diambil oleh amanah raya. Takde kaitan pun buka akaun semasa dengan benda tu.

Dia bercakap tak henti-henti. Sampai saya pun pening. Dia cakap tak rugi pun ambil hibah ni sebab ni adalah satu bentuk saving.

Kalau dalam masa 10 tahun andaikata kita masih hidup, kita boleh keluarkan duit tu kalau nak.

Tapi kat sini dia tipu saya baik punya. Dia cakap kalau nak ambil dalam masa kurang 10 tahun boleh.

Tapi duit akan kurang ‘sikit’ sebab pelaburan syarikat insuran ni ada turun naik dan ada charge insuran. Saya tak nafikan ada charge tapi dia tak bagitahu saya berapa.

Oh lupa nak cakap harga hibah ni RM300 sebulan. Memang la saya mampu. Dengan saving saya sekarang memang lebih dari mampu dan lagi pun saya belum ada hibah.

Jadi saya fikir ambil saja la. Apa yang rugi sebab duit bukan ke mana pun. Jadi saving kita juga.

Saya pun ambil la hibah tu. 2 jam habis masa kat CIMB.

Lepas kerja saya balik rumah saya kira balik betul-betul. Terkejut saya saving setahun yang sepatutnya RM3600 hanya boleh claim RM1748. Mana lagi separuh lebih dari RM300 sebulan tu?

Kalau ada yang komen tak kira ke masa dia tunjuk folio tu. Ya Allah benda berlaku dengan cepat.

Saya pun tak terfikir kena cek sampai macam tu sebab dia pun keluarkan kalkulator dia dan tak bagi saya masa langsung nak review apatah lagi nak balik fikir dulu.

Yang dia kira tu untuk tempoh 10 tahun dan saya tak nampak pun kat mana yang dia tunjuk tu.

Nilai next 10 tahun pula kurang RM12000 dari harga saving sebenar.

Maksudnya kat sini saya berhabis kepada hibah fees yang agak2 saya RM150 lebih sebulan dan cuma minta tolong bank simpankan duit saya lagi RM150 dan dapat untung lebih kurang RM6000 (simpan 150 sebulan selama 10 tahun). Saya rugi RM 6000.

Baik saja saya ambil hibah lain cuma RM130 sebulan. Dan selebihnya saya simpan dan gandakan di unit trust.

Kat sini saya kongsikan ‘kelebihan’ product yang staf CIMB tawarkan ni. Hibah RM200000 untuk kematian atau cacat kekal.

Dan dia suruh saya ambil sistem wakaf yang bagi saya sedikit kelebihan seperti kalau kematian semasa kemalangan akan dapat 2 kali ganda nilai hibah.

Kalau kemalangan semasa naik pengangkutan awam akan dapat 3 kali ganda nilai hibah. Saya tak faham adakah saya yang untung sekarang ni. Mohon sesiapa yang arif tolong jawab.

Tapi bagi saya buat masa sekarang saya tak perlukan nilai hibah yang banyak sebab saya belum kahwin. Kalau dah bekeluarga lainla ceritanya.

Dan saya rasa nilai hibah RM300 sebulan yang kononnya ‘saving’ juga adalah tidak masuk akal.

Saya nak ambil medical card juga nanti. Baik lah saya ambil pakej product yang tawarkan kedua-dua sekali dengan harga yang munasabah.

Saya dah contact staf tu dan bagitahu saya nak cancel. Kita tengok macam mana pula drama nanti.

Ya lupa dia orang minta saya bayar RM600 (hibah untuk bulan 4 dan 5). Kalau proses tuntutan tu menarik saya akan ceritakan kat sini balik.

Tujuan saya menulis ni bukan nak tunjuk kebodohan diri saya mohon jangan la ada yang mengecam.

Saya cuma nak bagi iktibar supaya takde yang kena macam saya. Kepada golongan yang mudah terkena dengan ayat-ayat manis ni cuba berkeras.

Cakap saja tujuan utama nak ke bank . Bagi jelingan maut sikit kat dia orang kalau ada yang nak promote product sampah bank ni.

Terima kasih.

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *