Kisah Aku

Assalamualaikum semua warga pembaca IIUM Confessions. Saya menulis disini untuk berkongsi kisah saya dan juga mahu minta pendapat daripada korang semua.

Maaf andai penulisan saya ini agak berterabur kerana ini first time saya menulis kat sini. Selama ni hanya jadi silent reader saja.

Nama saya Ayu (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun. Saya sekarang penghidap ovarian cyst. Ni merupakan kali ke 2 cyst muncul.

Sebelum ni saya pernah buang cyst tu pada umur saya 14 tahun. Bila ada nya cyst ni sekali lagi buatkan diri saya takut untuk berkahwin. Saya takut saya tak mampu bagi zuriat untuk suami saya.

Sekarang juga saya rasa hilang keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang ramai. Muka saya breakout teruk sejak akhir-akhir ni.

Saya juga seorang yang agak berisi dengan berat 78kg. Sudah banyak cara saya lakukan untuk kuruskan badan. Tapi tetap tidak membuahkan hasil. Kesudahannya saya yang dapat sakit. Saya sangat-sangat rasa down dengan keadaan saya sekarang.

Selain itu, saya ada berkenalan juga dengan seorang lelaki ini. Saya namakan dia G. G ni kawan kepada sepupu saya. Tapi banyak perangai nya yang membuatkan saya semakin tawar hati dengan dia.

Antara nya, dia pernah keluar minum dengan ibu saya dan saya dan masa itu hanya dia dan ibu saya yang minum. Tapi dia langsung tak berani nak tawarkan diri untuk bayar air itu.

Sudah banyak kali setiap kali keluar sama-sama mesti ibu saya yang belanja. Orang kata 10 kali orang lain dia hanya 1 kali. Sepupu saya pernah cakap antara banyak-banyak kawan dia tak pernah jumpa kawan yang kedekut macam si G ni.

Selain tu, G ni kalau mahu keluar dengan kawan dia ke mesti suruh kawan dia mari ambil dia kat rumah. Kalau tak dia malas keluar dan banyak alasan dia bagi. Padahal dia ada je motor dan kereta.

Saya pun tak tahu la kenapa dengan dia. Kawan dia pernah bagitahu saya si G ni selalu macam tu. Mungkin depan-depan dia tak sedap nak bagitahu. Jadi dia bagitahu saya.

Dan pernah sekali dia drive kereta saya, terlanggar kereta jiran dia. Masa tu teruk saya kena marah dengan ayah saya sebab saya bagitahu saya yang langgar.

Dia langsung tiada inisiatif untuk bagi duit sikit ke apa. Takkan la saya nak minta dengan dia. Yang dia tahu cuma minta maaf.

Dan ada 1 kes saya join dinner syarikat saya. Masa tu bos saya suruh saya buat persembahan wakil bahagian saya.

Tapi G ni ugut saya kalau saya join persembahan tu dia nak putus dengan saya. Sebab katanya dia tak suka perempuan yang nyanyi atas pentas.

Untuk pengetahuan korang kawan-kawan dia pun kerja 1 syarikat dengan saya.nLepastu dia suruh salah seorang kawan dia ambik video saya untuk kepastian.

And yess.. Dia cakap dia mahu putus dengan saya. Macam-macam dia cakap dekat saya. Katanya saya mahu cari populariti. Saya nak tunjuk badan saya kat orang. Korang boleh bayangkan apa perasaan saya? Sakit bila dituduh macam tu.

Saya bukan nya terkinjal-kinjal atas pentas tu. Saya cuma nyanyi nasyid. Dan lepas tu dia minta maaf dan suruh bagi dia peluang atas perbuatan dia.

Tapi bila dah banyak benda dipendam dalam hati dan makin lama ia makin sakit dan membuatkan saya makin lama makin tawar hati.

Saya jadi makin lama sudah malas nak layan dia. Kalau whatsapp pun selalu saya balas pendek dan saya sengaja cari pasal.

Satu hari baru baru ni saya ada share tips untuk dia. Dia tanya saya kawan saya lelaki atau perempuan. Saya jawab lelaki. And dia terus tuduh saya berubah sebab lelaki itu.

Dan dia up status dia cakap boleh give up dan tak suka saingan. Saya sempat baca dan dia terus block saya. Saya pergi cari dia di IG dan bagitahu elok sangat up status macamtu. Terus dia unfriend saya di IG.

Lepas hampir sebulan dan saya agak2 boleh move on dia unblock saya semula. Dan dia minta bagi dia peluang lagi. Dia cakap tak boleh lupakan saya.

Bila saya suruh dia cari orang lain yang boleh faham dia, dia cakap saya tak boleh terima dia seadanya la apa la. Dia cakap gaduh tu proses mengenal.

Untuk pengetahuan korang juga masa fasa saya cari gaduh sebelum ni dia ada keluarkan 1 ayat kasar. Jadi saya pun ada la cakap saya tak suka lelaki yang suka berkata kasar.

Dia boleh tanya kalau kat luar pada whatsapp ada dia tinggikan suara?

Sekarang ni dia dalam sesi memujuk dan saya dah tak rasa apa sekarang. Saya dah tahu nak bagitahu dia macamana lagi supaya jangan ganggu saya. Saya mohon pendapat korang apa patut saya buat.

Ibu saya pun sekarang dah asyik suruh kawin. Katanya kawan-kawan sebaya yang lain semua dah ada anak. Saya mohon ye tolong saya bagi pendapat. Terima Kasih.

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *