Assalamualaikum semua. Biar aku mulakan dengan nama aku, Bendul.
Tajuk diatas bukanlah aku menghukum semua orang kaya tu hati miskin. Ada juga yang hati kaya. Maaf andai tulisan aku ni menyakitkan hati mana-mana pihak yang mungkin terasa.
Aku merupakan seorang peniaga, dimana aku sering berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan jenis taraf orang. Ada yang dari orang biasa, hingga ke orang yang dikenali oleh orang ramai (corporate).
Okay nak dipendekkan introduction ni, aku bukanlah seorang insurance agent ke apa2 yang direct selling.
Aku nak luahkan dan bagi pengajaran kepada yang mengalami macam aku atau pun menghadapi situasi macam aku ni, agar lebih berhati2. Okay jom kita mulakan…
Aku kenal dengan seorang ni agak dikenali oleh orang ramai, saat aku mula memperkenalkan diri aku pada dia, dan barang- barang aku meniaga.. Semuanya okay…
Sehingga lah aku bagi quotation pada dia. Dia minta kurang sedikit. Alhamdulillah, aku masih boleh pertimbang kurang yang dia minta. Aku setuju.
Masuk part kedua, dia beritahu aku yang dia nak buat penambahan dalam pembelian. Aku pun siapkan quotation, dan aku beri.
Dari hubungan kami sebagai client dan supplier, jadi berubah. Kami semakin akrab. Masa kami baik ni, kerja aku mula bergerak, tetapi disebabkan sering bertukar, cost aku jadi tripple. Dan jatuh rugi.
Aku masih boleh bersabar. Masa kami baik ni juga lah, dah berberapa orang (corporate) juga tegur dan nasihat pada aku. Yang aku perlu berjaga2, mereka khuatir aku dipijak2. Aku cuba bersangka baik.
Pada suatu hari, ahli keluarga kepada client aku ni ajak aku buat bisnes (sharepartner ) dengan dia. Aku pun disebab kan dah terikat dengan contract kerja awal tadi ni hah. Aku pun bersetuju.
Masa aku setuju ni pun, ada juga yang menasihati aku untuk keluar dari ikatan mereka. Dan orang yang menasihati aku tu pulak ipar duai kepada keluarga corporate ni.
Percaya atau tidak bila berhadapan dengan dia orang, ayat yang keluar dari mulut diri sendiri ni tak laku.
Dia orang sentiasa rasa diri dia orang betul kerana nama yang ada pada dia orang, dan dia orang rasa diri dia orang dah berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Sebelum aku lupa, biar aku bagitahu yang ayat dia orang selalu guna ialah nak tolong melayu.
Okay sekarang kita pergi apa maksud tajuk ni, nak di jadikan cerita satu hari ni dia tetiba cakap yang dia nak settlekan semua, dan tak nak berhutang pada aku. Sedangkan kerja tu belum habis sepenuhnya dan masih bergeraak.
Aku terkejut dan tanya dia kenapa. Dia cuma kata nak settlekan tetapi dia minta pengurangan.
Inilah pengurangan yang tidak boleh diterima pakai pada aku. Tapi bijak nya dia, pengurangan yang dia minta tu adalah depan sharepartner aku (ahli keluarga dia). Dia buat aku di situasi berbelah bagi.
Pengurangan yang dia minta tu adalah dari nilai contract contoh : 200k turun ke 130k. 70k hilang. Ayat dia lah aku ambik kau sebab nak tolong melayu. Tapi bila jatuh harga ni, aku rasa sesuai dengan ayat nak jahannam kan melayu.
Macam aku kata, apa ayat yang keluar dari mlut aku ni tak boleh dipakai. Sehinggakan aku terpaksa memikul hutang yang banyak pasal kan kerja ni.
Lama kelamaan aku tak boleh dah. Saving aku habis, hutang bagai nak mati. Aku buat keputusan untuk selesaikan sebahagian kerja. Dan yang lain2 aku lepaskan.
Aku tak nak buat lagi. Aku pun keluarkan official letter mengatakan aku tidak mampu melunaskan tanggungjawab tersebut lagi.
Dan pembayaran akan dipulangkan semula setelah ditolak dengan kerja yang telah aku siapkan. Dan aku juga mengakui aku tidak mampu lagi atas kewangaan yang sedang aku alami.
Dengan tanpa belas kasihan, dia kata nak tolong aku untuk pinjamkan aku sum of amount dengan cagarkan geran rumah aku.
Aku bagitahu pada dia, aku tak boleh nak buat, sebab hutang aku jadi bertambah. Dan ini lah kali pertama aku menjawab dengan tegas.
Haaaa… masa ni lah, aku rasa apa yang diperkatakan oleh orang luar, adalah benar belaka. Dia maki hamun aku, dia sampai ungkit pasal makan aku dekat office dia. Inilah yang paling aku tersinggung.
Buat yang tertanya adakah aku sekarang berada dalam keadaa baik. Ye aku berada didalam keadaan baik kerana Allah maha baik. Aku yang salah kerana tak berkeras sejak mula lagi.
Aku cuma nak share pada sesiapa yang meniaga dan berurusan dengan orang yang ada level ni, berjaga2 lah. Berhati2.
Sebelum aku akhiri conversation aku ni, aku juga pernah deal dengan orang kaya yang tidak pernah minta kurang walau seringgit. Ada juga yang aku deal dengan orang biasa2 tetapi tidak minta kurang walau seposen.
Aku selalu ingat kan diri aku, kaya ni sebenarnya hati kita yang kaya. Bukan duit jadi ukuran. Bukan kereta mewah jadi ukuran. Bukan rumah bungalow yang jadi ukuran.
Dan kepada peniaga2 yang baca luahan aku ni, aku harap korang jangan terperangkap. Jangan bendul macam aku.
– Bendul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit