Ubat Kuat vs Doa Kuat

Aku sebenarnya dah lama nak tulis benda ni cuma baru kali ni aku ada masa untuk menulis nukilan aku pada page IIUMC.

Assalaamu’alaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semuanya sentiasa sihat, ceria dan positif walaupun kita masih dalam suasana pandemik.

Sebelum tu, aku nak bagi tau siap-siap: artikel yang aku tulis ni hanya untuk mereka yang dah berkahwin sahaja dan aku minta maaf siap-siap kepada penjual ubat kuat dekat luar sana.

Dulu… ya dulu… aku pernah hadiri satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan di satu negeri dalam Malaysia juga.

Pengarah jabatan kesihatan tu ada memaklumkan dalam sesi ucapannya berkenaan dengan tahap penggunaan ubat kuat yang serius terutamanya dikalangan lelaki.

Menurut pengarah tu, penggunaan ubat kuat yang tidak mendapat kelulusan dari KKM secara tidak terkawal telah banyak mendatangkan masalah kesihatan kepada pengguna seperti buah pinggang dan sebagainya.

Pernah juga attend kursus pra-perkahwinan dulu, dimana dalam satu slot kesihatan, penceramah iaitu jururawat dalam kursus tersebut mengongsikan bahawa mereka pernah mengendalikan satu kes z*k*r lelaki yang terpaksa dipotong,

Ianya kerana warnanya yang sudah menghitam dan boleh mengancam nyawa pesakit akibat daripada penggunaan ubat kuat.

Dulu sebelum menikah, aku ada membeli sebuah kitab bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan Al- Sunnah’ karangan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.

Soal fahaman Ibnu Qayyim kita ketepikan kerana ketika membaca buku tersebut niat aku hanyalah mencari ilmu dan kitab tersebut adalah ‘berat’ ya dan aku tak tahu kalau ada ringkasan mengenai kitab tersebut.

Secara ringkasnya pengarang kitab tu menjelaskan sifat-sifat bidadari syurga yang seharusnya menjadi motivasi kepada lelaki beriman untuk mahu memiliki mereka,

Dan juga menjadi motivasi kepada perempuan beriman untuk mahu menjadi ratu kepada bidadari-bidadari di dalam syurga Allah.

Dalam kitab tu ada doa khusus untuk lelaki yang sudah menikah dan juga doa khusus yang boleh dibaca oleh suami untuk isterinya agar sama-sama mampu menikmati kehidupan s*ks yang sihat. (Isteri pun boleh baca doa tu secara sendiri)

Aku kongsikan doa yang boleh dibaca oleh lelaki sebagaimana yang terkandung dalam kitab tersebut. Doanya lebih kurang begini:

“Ya Allah perkasakanlah z*k*rku agar ianya membawa kebaikan bagi keluargaku”. Isteri pun boleh bantu baca doa ni untuk pihak suami mereka, cuma gantilah perkataan tu kepada ‘z*k*r suamiku’.

Maaf ya kalau doa ini kelihatan seksual, namun ianya merupakan ikhtiar bagi kaum Adam yang memiliki masalah alat sulit mereka. Dan sifat ilmu perlulah berterus-terang agar semua mendapat manfaatnya.

Doa untuk pasangan yakni isteri aku tak berapa ingat lagi tetapi ianya juga untuk membantu isteri agar mampu mencapai kepuasan bersama.

Kitab tersebut sudah lama hilang setelah rakan meminjam kitab tu waktu bujang dulu.

Alhamdulillah aku dan isteri menjalani kehidupan rumahtangga yang sihat dan normal.

Setelah beberapa waktu menikah, aku baru teringat pasal doa dalam kitab tu.

Bila teringat pasal doa tu, terjentik juga nak cuba baca doa tu sekali dua.

MasyaAllah, dasyat… sekali lagi peringatan: Ini hanya untuk mereka yang dah menikah ye.

Kalau tak ade masalah pun dan saje nak ‘test power’ cubalah baca doa tu time sujud especially waktu tahajjud.

Jangan lupa menyebut asma Allah juga seperti ‘Ya Zal Jala Liwal IKram’ dan sebagainya sebelum berdoa. Semoga rumahtangga anda dilimpahi sakinah, mawaddah, warahmah.

Walaupun ada yang kata tugas sebagai suami dan isteri lebih utama, namun, kehidupan s*ks kita tak boleh ketepikan juga.

So lepas ni bolehlah cuba ikhtiar ye dengan doa ni.

Ingat ini hanyalah satu ikhtiar sahaja. Jika anda mahu meneruskan ikhtiar yang seterusnya, perlulah merujuk kepada mereka yang pakar dan bertauliah agar kesihatan dan nyawa anda tidak terancam.

– Kumbang Berbisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *