Padah Contact Lens

Assalamualaikum, salam sejahtera, ini kisah aku sendiri, dan kisah benar, nama tu pon nama sebenar aku.

Mulanya begini, aku ni dari darjah 5 memang rabun, mungkin ikut arwah mak aku, kami adik beradik semua rabun. Aku ada tiga beradik, dan aku anak yang kedua, manja dan rapat dengan arwah mak.

Darjah 5 aku pakai cermin mata dah, aku mula pakai bukan ikut kawan, tapi memang betul betul rabun, dalam kelas memang aku duduk belakang, sekolah kebangsaan sg dua masa ni.

So bila dah tak berapa nampak, aku bagitau abah dan arwah mak aku, so kitaorang pergi buat pemeriksaan mata, pilih cermin mata dan tunggu dalam masa 2-3 hari macam tu lah.

Aku pergi sekolah masih tak berapa nampak papan hitam, bagitau cikgu, cikgu ubah kedudukan duduk dekat meja depan, masih aku nampak samar samar masa tu.

Bila cermin mata dah siap, mulalah pergi sekolah berlagak pakai cermin mata, iyalah dalam kelas masa tu aku seorang saja pakai cermin mata. Kah! Zaman dulu kurang pelajar sekolah pakai cermin mata.

Aku jugak wakil sekolah lompat jauh masa tu, bila rabun ni, aku bagitau cikgu untuk tarik diri, yelah gila hapo nak lompat jauh sambil pakai cermin mata, mau tercabut cermin mata aku,

Atau kalau tak pakai memang rabun terok, pasir tu pun nampak samar samar macamna nak lompat, so aku bagitau cikgu tarik diri sajalah, kan ada pengganti.

Masuk darjah 6 aku pindah sekolah sg bakap pulak, aku ni boleh kata hidup normad, sebab abah aku polis, so kitaorang berpindah randah.

Masuk darjah 6, aku tak adalah istimewa mana, sebab tak cipta banyak kenangan, sukan pun aku dah jarang ikut, kalau dulu sebelum pakai cermin mata, aku aktif juga, lepas tu dah malas, aku mula rasa cermin mata mengganggu hidup aku.

Pergi sekolah abah hantar, balik sekolah abah ambik macam biasalah, kalau ada kelas tambahan kadang aku balik naik bas awam,

Masa tu arwah mak aku je yang tahu, abah aku tak tahu, sampailah sekarang, tapi mungkin beliau akan tahu, bila aku shared confession ni dekat wall fb aku dan aku mengaku itu aku, abah aku kaki membaca juga.

Masuk tingkatan 1 kami pindah lagi, tapi dah dekat nak habih tahun dah masa tu, kami pindah dekat perlis, jauh sikit, selalu main dalam penang saja, kalini rentas negeri pula.

Aku mulakan hidup macam biasa, aku juga dapat kawan dengan kawan yang senasib aku, iaitu pakai cermin mata juga. Dia okaylah, baik, siap aku pernah tidur rumah dia lagi.

Masuk tingkatan 2, masa umur 14, aku start jadi malas nak pakai cermin mata, sebab aku dah mula rasa cermin mata sangat sangat menganggu kehidupan harian aku.

Masa ni, arwah mak dan abang aku dah lama pakai contact lens, abang aku lagilah pakai masa darjah 6 contact lens ni. Dialah yang paling awal pakai dalam keluarga aku.

Aku bagitau niat aku dekat arwah mak aku, nak pakai contact lens, masa ni abah aku tak tahu niat aku.

So aku diam diam dengan arwah mak aku pergi kedai cermin mata, specialist check apa semua, tak ada masalah untuk pakai contact lens, so aku pun pakai, mula mula dulu masa pakai contact lens, power aku dalam 4 ratus lebih saja.

Dah lama pakai, makin syok, makin lama tukar dari hat jernih tu pada yang warna, pelbagai warna dah aku pernah pakai, tapi semua aku beli dekat kedai cermin matalah masa tu.

Warna ungu pernah pakai, kuning, oren, kelabu, hijau, biru, koko, segala macam warna lah. Hahaha! Masa ni power aku pelan lama pelan naik, yang paling last aku pakai contact lens power aku cecah 1000.

Sampailah awal tahun 2021 tu, umur aku dah 32 tahun ni, masih aku pakai contact lens. Aku ni untuk pengetahuan koranglah kan, pakai contact lens selalu beli jenis yang 3 bulan sekali, lepas tu bila nak tukar ke baru aku lupaaaaaa.

Selama ni macam itulah, selalu aku lupa. Aku tukar baru pun bila mata dah start kelabu masa pakai contact lens (itu tanda contact lens dah expired dari 3 bulan).

Berpatah balik pada awal 2021 tu, hari sabtu, aku tengah makan sarapan pagi dengan suami, adik, anak aku.

Masa adik aku nak pergi kerja tu, aku siap boleh byebye dekat dia lagi, sampailah aku tonyoh mata kuat kuat, sebab rasa sakit terlampau macam kena cabai, pedih teramaaaaaat,

Aku tonyoh, tonyoh, aku minta tolong suami aku ambilkan solution (air cuci n rendam lens), aku buka dan cuci macam biasa, dah tu aku pakai semula contact lens tu, pun rasa sakit lagi.

Aku tengok tv, aku nampak kelabu asap macam asap orang bakar sampah tu, kabur sangat sangat, masa ni aku masih pakai contact lens ya dekat mata.

Aku pandang ke arah anak aku, aku tak nampak anak aku, nampak bayang saja.. Aku bagitau suami aku, nak pergi klinik, dia gelak, dia cakap, ahh main main, nak pekenalah tu.

Aku kan memang suka pekena dia, aku nangis, cakap tak, ni memang sakit betul betul, tak nampak, aku cakap entah entah dah buta, suami aku cakap jom jom pi klinik, teros aku siap siap mandi (masa ni suami aku mandikan aku, sebab memang aku tak nampak)

Kami pergi polikinik hidayah parit buntar, doktor yang check aku tu cakap saya boleh check biasa sebab kami tak ada kemudahan lengkap untuk check mata, aku dah nangis masa ni, dia kata tak mengapa meh kita check mata dulu (masa ni aku pakai cermin mata dah).

Check pi mai, pi mai, last last dia refer aku dekat hospital, sebab dia kata teruk ni, tapi dia kata saya tak nampak mata puan ada titik glukoma (masa ni dah rasa lega sikit)

Sampai dekat hospital, (kecemasan), terus MA tu tarik aku masuk ke dalam, tak tunggu lama, terus doktor check, ramai doktor dok kerumun aku, aku rasa adalah dalam 5 orang macam tu.

Dia orang tanya, Oh My God, kena apa mata u ni, puan? Macam kena tumbuk, suami u tumbuk u ke? Hahaha! Masa ni aku dah gelak, doktor cakap puan serius ya saya tanya ni.

Aku cakaplah sebab contact lens, terus dia orang kalut dah siapkan peralatan semua untuk cuci mata aku.

(Untuk pengetahuan semua, aku masa ni, jalan kena orang pimpin, sepanjang dalam wad kecemasan tu, nurse duduk tepi aku, dia yang whatsapp suami aku, dia yang call suami aku, sebab suami dilarang tunggu didalam sebab ada ada anak aku, bawah 1 tahun, jadi dia orang suruh tunggu luar)

Masa ni mata aku bengkak macam kena tumbuk, mata kedua belah merah menyala, kena cahaya sakit teramat, nak celik pun langsung tak boleh, sebab terlampau sakit.

Dia orang terus refer aku ke hospital taiping, dekat hospital parit buntar tak ada pakar ya, sebab tu kena refer jumpa pakar mata dekat taiping.

Kena naik ambulans, dan sepanjang naik ambulans tu, aku pejam mata, mata berair, mula mula dia orang balut mata aku, macam selalu korang tengok dalam drama tv tu, macam tu lah.

Tapi masa dalam ambulans, aku rimas, aku minta nurse bukakan balutan mata aku, dia pun buka.

Sampai saja dekat hospital taiping, terus dia orang tolak aku naik wad D3, tolak dengan katil yang dalam ambulans tu tadi, tak tukar pun, sebab mata aku memang tak boleh kena cahaya, aku nak turun tapi nurse tu larang, dia kata tak mengapa kami tolak.

Sepanjang tolak sampai wad pun, aku tutup mata, sebab memang tak boleh nak buka mata, sakitttt.

Sampai wad (masa ni tunggu doktor ya, belum decide admit wad, sebab apa apa tunggu result dari doktor)

Dekat wad ni ada bilik khas untuk check mata, aku dah nangis, bukan nangis nak jumpa doktor tapi nangis sebab sakit mata, tak tahan, pedih pula tu, macam ada bendasing dalam mata aku.

Nurse yang sama naik ambulans dengan aku tadi, pegang je tangan aku, sabar dik, sabar sat ja ni. Dia tunggu sepanjang aku kena check dengan doktor.

Aku dah berdoa dalam hati, janganlah kena admit wad, sebab nanti susah, siapa nak urus aku mandi makan semua, aku takmau harapkan nurse. Doktor kata okay, tak kena tahan wad, tapi esok kena datang lagi pukul 8 pagi.

Masa doktor check tu, dia ada letakkan ubat warna kuning, macam cecair apa tahla dekat mata aku, lepas tu dia cakap u tengok dekat cermin, anak mata hitam u dah tak nampak hitam, nampak warna hijau lumut kan, nasib u mai awal, kalau lambat boleh buta.

Aku yang bendul ni tanya, doktor sebab contact lens kah, boleh kah saya pakai lagi contact lens selepas ni, dia cakap ya kemungkinan sebab contact lens u,

Amboii masih mau pakai ka itu contact lens, i nasihat u, stop terus pakai contact lens, lepas ni kalau jadi lagi mungkin mata u tak ada peluang kedua dah. Allah, aku takut. Terus aku diam.

Esok tu, doktor sama juga check aku, dia kata, better u stop terus pakai contact lens, dan stop sat pakai makeup dekat mata macam eyeliner, celak, eyeshadow apa semua tu.

Dia kata masa kita buka bekas contact lens u kemarin, contact lens u dah turun warna, act aku pakai warna brown masa tu, dan masa kelmarin tu doktor ada minta contact lens aku untuk dihantar ke lab. Cuma dia kata result dari lab belum dapat.

Bermula dari situ, mulalah kehidupan aku setiap hari ulang alik hospital taiping dari rumah aku dekat parit buntar, dalam masa 45 minit, sampai suami aku ambil cuti seminggu deret, gara gara mata aku. Serik wehhh hangpa.

Sekarang ni nak dekat bulan puasa ni, doktor bagi temujanji sebulan sekali saja untuk check mata, makin okaylah dari hari pertama, banyak progress.

Nasihat aku, untuk korang yang pakai contact lens tu, amalkan kebersihan betul betul, cuci tangan ikut step 7 kali, lepas tu pakai sabun antibiotik, macam dettol ke okay.

Tukar contact lena jangan ikut bendul macam aku, terlebih waktu yang ditetapkan, dan jangan juga bagi cukup cukup 3 bulan kalau dekat kotak dia cakap 3 bulan.

Pastikan bekas contact lens tu betul betul bersih juga, dan beli contact lens dari kedai cermin mata yang sah saja okay.

Kerana bahana pakai contact lens lah aku dah serik nak pakai contact lens lagi, biar pakai cermin mata pun tak apa dah, mata tiada ganti. Sayangi mata sendiri okay, jaga diri, jaga mata.️

– Eiza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *