Mak

Assalamualaikum semua. Pada saat saya tulis ni, ketahuilah bahawa saya telah lama memendam rasa. Sampai satu tahap yang saya rasa hidup ni dah tak ada makna.

Bukan tak ada makna sampai nak tinggalkan dunia ni. Tapi saya rasa nak tinggalkan semua orang yang saya kenal termasuk mak saya, dan mak orang lain.

Mak. One powerful person yang boleh tukar suasana satu tempat 180 degrees sekelip mata.

Mood mak baik, semua orang akan ceria dan tenang. Mood mak tak baik, nak bernafas pun susah. Semua benda akan jadi serba tak kena.

Jadi saya faham kenapa jika tiada restu mak, hidup jadi tak bermakna.

Tapi. Tapi patut ke seorang mak buat macam tu kepada anak dia? Ataupun kalau bukan darah daging dia sekali pun, status sebagai mak tu, adalah itu tiket untuk tentukan takdir seseorang tu macam mana?

Doa mak tiada hijab. Tapi wajarkah seorang mak berkata, “Jangan sampai mak doa kamu dapat nasib buruk sama macam mak”.

Wajarkah sebagai mak, tetapkan takdir atau gunakan instinct mak untuk ramal nasib seseorang? Maaf, mak bukan Tuhan. Mak tahu kata2 mak tu semua doa. Kenapa mak sanggup cakap macam tu?

Allah angkat darjat seorang mak sangat tinggi, doa mak untuk anak2 tiada hijab, sangat berharga.

Kenapa mak tak gunakan kedudukan yang tinggi tu untuk doakan yang baik2 untuk semua anak, supaya dapat halang ramalan buruk mak tu daripada berlaku?

Menakut-nakuntukan anak dengan mak punya gut feelings yang belum tentu tu, buat hidup anak macam dalam penjara.

Nak melawan, mak. Nak tegur, mak. Cakap elok2 kena marah.

Bila dah terlepas cakap sebab terlampau lama pendam perasaan, lagi la kena marah. Sebab ni ke orang cakap anak ramai2 belum tentu mampu jaga mak sorang?

Mak. Anak2 simpan perasaan dari kecik nak jaga mak bila besar, nak bahagia kan mak.

Tapi mak buat anak2 susah dari segi emosi. Susah sangat mak. Emosi tak stabil, apa pun tak boleh buat mak. Nak jaga hati orang bila hati sendiri terluka teruk, susah mak.

Sampaikan dengar orang cakap, at least kau ada mak, bersyukur la. Orang lain yang tak ada mak tu nak sangat mak. Ye, bersyukur sangat ada mak. Sebab berbakti pada mak pahala sangat besar.

Yang susahnya, bila semua usaha tu sia2 sebab asyik terasa hati dengan mak, asyik terluka dengan kata2 mak.

Dalam diam hati simpan perasaan marah walaupun cuba ditangkis berkali2. Daripada pahala yang diharapkan, saya rasa lebih dihujani dosa sebab marahkan mak dalam hati.

Mak. Anak mak ni terhutang budi sangat sebab mak bertarung nyawa lahirkan orang ke dunia ni. Itu fakta.

Masalahnya, emosi anak2 terganggu dengan kata2 mak, tak cium bau syurga, hidup tak akan berkat tanpa restu mak.

Saya tak tahu jika anak2 sebenarnya memang tak ada hak bersuara untuk kehidupan mereka sendiri.

Maaf, sesungguhnya bukan niat nak memburukkan mak. Dan perasaan ni akan berganti dengan kasihan terhadap mak setiap kali seusai solat dan bacaan alquran untuk menenangkan jiwa.

Tapi bukan untuk selamanya, sebab masalah utama nya masih berlaku.

Solat and bacaan al quran penenang jiwa untuk mendapatkan ketenangan hati yang sementara menunggu ujian lain yang bakal tiba. Saya tidak tahu sampai bila saya boleh kuat.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *