Family Bercelaru

Assalamualakum semua. Boleh panggil saya Siti UK. Saya bersama suami & anak 3 orang pernah duduk di UK agak lama.

Anak-anak saya membesar di sana sepanjang sekolah rendah hingga habis sekolah menengah mereka. Kecuali anak bongsu saya cuma hingga habis sekolah rendah.

Kisahnya begini. Kami sekeluarga balik ke Malaysia atas sebab-sebab tertentu. 2 anak yang sudah habis sekolah perlu ke Universiti/ kolej.

Anak yang bongsu masuk sekolah kerajaan. Niat nak masukkan ke sekolah international tak mampu.

Anak-anak berjaya masuk ke Universiti sebab keputusan high school mereka sangat cemerlang.

Anak bongsu pula sudah dapat membiasakan diri dengan sekolah Malaysia dan sudah boleh bercakap bahasa melayu.

Sejak PKP, semua pembelajaran di rumah. Jadi anak-anak yang di Uni tidak dapat belajar face to face dengan lecturer dan kawan-kawan.

Anak yang sulung mula tunjukkan tanda-tanda depression/ anxiety.

Saya tak bawa berjumpa pakar sebab dia percaya dia sihat.

Anak Saya tiba-tiba meluahkan perasaan dia yang dia rasa orang-orang yang tinggal di tempat kami tidak suka kan dia dan seluruh keluarga kami.

Dia syak begitu sejak bermulanya dia “ber gaduh” dengan jiran rumah 2 floor above. Kami tinggal di apartment.

Anak beritahu, orang atas seakan mengetuk lantai/ dinding, Anak Saya bengang lalu dia balas dengan mengetuk siling. Mungkin keadaan begitu berterusan seminit dua.

Tiba-tiba lepas kejadian itu, anak Saya menjadi sensitive kepada sebarang bunyi dari rumah sekeliling dan bunyi dari rumah kami.

Dia kata kami sekeluarga membuat bunyi bising. Dia kata Saya memasak terlalu bising, kami bercakap terlalu kuat dan semua pergerakan kami dalam rumah berbunyi kuat.

Dia juga cakap jiran atas yang dia “bergaduh” tu, akan cederakan dia. Mungkin tumbuk atau apa-apa fizikal.

Dia kata jiran-jiran lain pula akan memalukan/ gelakkan dia jika dia keluar rumah. (Ini berlaku sejak pkp, memang Anak-anak saya tak keluar rumah).

Saya dan suami sangat terkejut dengan curahan perasaan dia. Tak sangka dia jadi begitu sekali. Kami terangkan kepada dia, bunyi dari dalam rumah kami itu level biasa.

Kami tak jerit-jerit, tak pasang music kuat-kuat dan Saya memasak seperti biasa saja. Membasuh dishes dan mengemas seperti orang lain.

Saya boleh dengar bunyi dari jiran-jiran lain di tingkat atas jika mereka memasak. Bagi Saya itu bunyi yang normal.

Entah macam mana, anak saya tiba-tiba aware yang bunyi dari rumah kami boleh didengar hingga tingkat atas atau bawah.

Bagi anak saya, kami seisi rumah sangat rude sebab buat “bising”. Tak hormat jiran-jiran sekeliling.

Awareness dia tentang bunyi “bising” kami dan jiran atas yang hendak cederakan dia masih berterusan.

Hingga dia kata bila kami keluar rumah berjalan-jalan ke mall pun, ada orang mengikut dia dan gelakkan dia.

Saya hendak bawa dia berjumpa psychiatrist tapi dia tak setuju. Dia kata nanti jiran-jiran tahu lagi dia malu.

Saya dan suami sudah terangkan pada dia, dia mungkin ada masalah depression atau anxiety. Tak ada siapa nak cederakan dia, malukan dia, gelakkan dia, mengekori dia.

Jiran yang dia “bergaduh” tu pun sudah get on with their lives. Saya explain tak ada siapa peduli apa dia buat atau apa kami sekeluarga buat.

Semua ada hal masing-masing. Tambahan masa PKP ni ramai yang terkesan dari segi kewangan, jadi kita sibuk untuk kelangsungan keluarga sendiri. Betul tak? Orang pun tak ada masa nak kisahkan orang lain.

Mungkinkah ini terjadi sebab PKP? Anak Saya kata dia tak ada kawan. Kawan-kawan uni belum sempat rapat, tiba-tiba sudah pkp. Jadi mereka tak dapat jumpa diluar dan sebagainya untuk kenal lebih rapat.

Kami pula baru balik dari UK dan Anak-anak masih ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan orang-orang Malaysia/ culture Malaysia.

Sedih tak terkata bila ini terjadi kepada anak dan keluarga. Anak-anak yang lain Alhamdulillah dapat cope dengan keadaan di malaysia, cuma anak saya seorang ni yang tertekan.

Tolong doakan anak saya dapat pulihkan semangat dia.

– Siti UK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *