Nama aku Iz. Umur aku awal 30an sudah berkahwin dan sudah ada anak. Aku berasal dari perak.
Aku suka makan angin bawa family kecil aku jalan jalan tengok tempat orang. Tapi takda lah jauh sangat masih dalam negara lagi. Tambah musim pkp ni hanya boleh merentas daerah sahaja kan.
Aku masih tak meLANGKAWI batas lagi, hehe. Lagi pun aku nak support ekonomi pelancongan balik. Ramai yang hilang punca rezeki.
Ok kembali kepada topik. Kenapa aku cakap trauma hotel? Sebab nya memang aku trauma dengan HOTEL.
Dulu aku suka sangat menginap di hotel sebab decorations hotel kan cantik dan nampak eksklusif. Lepas tu dapat gift sabun dan syampu, aku ambil sebagai tanda kenangan yang aku pernah datang hotel itu. Memang aku seronok pergi hotel.
Tapi segala nya menjadi trauma pada akhir tahun 2019. Masa itu aku menginap di sebuah hotel di negeri L. Kami menginap 3 hari 2 malam.
Cantik hotel ini, tambah masa itu bulan Disember ada Hari Krismas. Decorations hotel itu pun ikut tema Krismas, ada pokok Pine, warna merah dan hijau, ada snow putih. Memang cantik. Memang aku suruh anak aku posing aje di merata sudut yang cantik.
Sepanjang percutian itu memang best, TAPI segala nya berubah pada pagi akhir aku nak check out. Aku dapat call pagi itu dari suami aku.
Masa itu anak aku tidur lagi, aku pula sibuk mengemas untuk check out. Suami aku keluar sebab nak ambil duit. Dia call bagi tahu jangan keluar dari bilik.
Aku pun tanya kenapa pula, dia cakap ada orang bunuh diri. Dan mayat masih ada di situ. Start dari situ lah, aku rasa tak sabar nak keluar dari hotel itu.
Dada aku laju dan rasa sempit sangat (masa aku taip ni pun badan aku panas dan peluh walaupun aku dalam bilik aircond). Nampak kan aku masih trauma lagi.
Ini pertama kali aku tengok orang b4nuh diri depan mata aku. Aku suruh anak aku bangun, aku kemas kemas dan tak sabar tunggu suami aku balik.
Bila suami aku balik, dia cerita lah yang ada orang terjun dari bangunan hotel dan bilik orang yang bunuh diri tu selang sebelah dari bilik kami.
Korang bayangkan lah perasaan aku. Memang aku terus diam dan terus cepat cepat kemas nak check out dari hotel. Dah kemas semua, kami pun keluar dari bilik.
Time ni pulak mata aku tertengok bilik sebelah, aku nampak kerusi yang digunakan untuk terjun dan nota kat kerusi tu.
Masa tu polis belum sampai lagi. Cuma ada pekerja hotel yang jaga bilik tesebut. Aku control lagi panik aku. Masa nak pergi parking, aku ternampak lah mayat yang di tutup dengan cadar putih hotel.
Aku nampak segala nya sampai polis bersihkan darah di atas jalan. Dah keluar dari hotel itu, baru lah kami suami isteri buka mulut bercerita.
Start ini lah aku seram dengan hotel. Aku seram tengok hotel tinggi tinggi, koridor bilik yang panjang, suasana hotel yang sunyi dan private.
Kalau sebelum ni aku akan cari hotel rating yang paling bagus 4 ke atas. Sebab rating 4 ke atas selalu nya hotel-hotel besar yang mempunyai service yang tip top. Tapi sekarang aku cari hotel yang biasa sahaja janji tak tinggi dan ramai orang.
Kesan lain juga, aku jadi nervous dalam bilik hotel, aku terbayang macam macam, lif buka tapi takda orang, ada orang ketuk bilik. Aku jadi tak enjoy dengan percutian aku.
Kesian kat suami dan anak aku. Aku harap sangat ketakutan aku ini hilang dan aku cepat cepat lupa tentang memori ni.
Sampai sekarang kalau aku pergi hotel, aku amalkan apa yang disuruh contohnya bagi salam, flush toilet sebelum guna, buka langsir dahulu. Kalau tak sebelum ni terus landing atas katil hehe Cuma aku harap trauma aku ni boleh hilang.
Dan aku kembali menyukai HOTEL haha idak kot sampai bila bila. Ok lah enjoy your vacation. Yang penting niat yang betul untuk bercuti dan untuk membantu ekonomi pelancongan Malaysia kembali. #kitejagakite
Pembenci hotel (Tapi kalau benci nanti nak tidur mana pulak) huhu.
– Pembenci Hotel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit