Salam dan hai semua. Thanks admin kalau cerita saya ini disiarkan kerana saya hanya ingin meluahkan rasa hati yang terpendam.
Saya Rose, baru saja mendirikan rumah tangga dan usia perkahwinan saya masih mentah. Baru nak masuk 2 minggu.
Tapi bukan masalah rumah tangga yang ingin saya ceritakan tetapi masalah yang saya libatkan ketika ingin menjayakan majlis ijab dan qabul saya pada tempoh hari.
Majlis akad nikah saya dan suami serba sederhana. Kami tidak menjemput ramai orang dan majlis hanya diadakan di kediaman saya sahaja. Hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat saja yang diundang.
Apa yang membuat saya panas hati adalah servis pelamin. Saya sewa pelamin mini sahaja untuk ahli keluarga bergambar buat kenang-kenangan. Sebagai cukup syarat kita sebagai orang melayu.
Tak sah kalau majlis kahwin tapi tiada pelamin walaupun pelamin simple saja.
Kita sebagai manusia biasa akan dapat rasa satu aura sama ada positif atau negatif bila bertemu empat mata dengan seseorang itu.
Jadi buat pertama kalinya saya bertemu dengan pemilik pelamin tersebut.
Mereka ialah sepasang suami isteri dan mempunyai anak seorang ketika datang kerumah saya sehari sebelum majlis berlangsung.
Dah la muka langsung tak mahu senyum sampai saya terfikir kembali apa salah saya. Saya bukannya booked mereka tidak berbayar.
Anak kecil mereka pula asyik menangis namun saya faham biasalah budak kecil. Ada perangai mereka tersendiri tapi saya tak puas hati dengan laki bini tu.
Setengah pelanggan buat tak tahu je tau sebab dah bayar jadi uruskanlah servis sebaik mungkin. Tapi saya tolong mereka.
Saya guna troli sendiri untuk angkut barang, saya tolong angkat prop belakang pelamin ketika mereka nak pasang pelamin tu tapi apa yang saya dapat hanya wajah mereka yang masam mencuka.
Apa yang lagi buat saya panas masa majlis dah habis. Boleh bini dia duduk dalam kereta saja. Mereka tak ada pekerja lain melainkan laki bini saja yang uruskan servis tu.
Saya tolong juga ketika proses buka pelamin berlangsung. Sekurangnya bagitahu la dalam whatsapp untuk meminta pertolongan saya ke apa ini buat keras saja dalam kereta.
Saya tanya parking kat mana pun dia tak balas sebaliknya buat tak tahu saja.
Ikutkan hati saya kalau tak ada common sense, saya nak buat tak tahu je sebab saya ada hak. Saya dah bayar tau. Tapi masih lagi mahu menghulurkan bantuan.
Mereka tak terfikir ke, nama pelamin mereka itu kalau servis tiptop pasti akan digembar gemburkan oleh pelanggan. Kalau perangai macam tu, siapa yang nak promot?
Kepada semua yang bergelar penjual yang menberikan servis seperti ini kepada orang luar, tolong la jaga nama baik kedai anda, nama baik jualan anda.
Sombong mana pun muka anda, tolong senyum walaupun sikit. Saya bagi layanan elok kot masa kalian datang rumah untuk pasang pelamin.
Ayah ibu pun angkat makanan serta minuman tapi kenapa sombong sangat?
Kalau rasa tak boleh berkhidmat, tolak la saya dari awal. Ini saya yang minta maaf tapi saya tak tahu saya buat salah apa padahal saya bayar. Bukan percuma.
Itulah saja luahan hati saya. Kalau owner pelamin ada membaca confession ini, saya mohon maaf lagi sekali. Hati saya terluka.
Awak tak patut buat servis macam ni tapi tak mesra pelanggan. Jangan buat macam ni lagi tau dekat pelanggan lain. Bye-bye.
– Rose Purple (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit