Rindu Ibu

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku Angah, aku baru habis study dalam bidang pendidikan, mempunyai empat orang adik beradik. Kami kesemuanya berada di dalam bidang pendidikan.

Hari ini ingin aku kongsikan perjalanan hidup aku yang mana ibu adalah tunjang segalanya buat aku dan adik beradik.

Kekuatan dan keazaman kami datang dari seorang ibu yang sangat kuat. Kuat dari pelbagai segi, mental dan fizikal.

Ibu anak yatim piatu, suri rumah tangga sepenuh masa tapi ada satu keistimewaan ibu, ibu seorang yang sangat educated.

Aku tak nafikan yang mana ibu punya idea bernas, ibu yang serba tahu, ibu yang sentiasa suportive pada anak-anak ibu. Malah ibu sentiasa menjadi bahan rujukan kami adik beradik didalam pelajaran.

Aku kagum dengan ibu, jarang keluar perkataan PENAT dari mulut dia, jarang dengar ibu merungut dan satu perkara tentang ibu, she is my superwomen.

Dalam pelajaran kami adik beradik bermula dari rumah. Ibu rajin melayan kami adik beradik dengan membeli buku dan alat tulis untuk memupuk sikap rajin belajar.

Daripada buku warna, buku tulis, buku conteng-conteng atau apa sahaja berkaitan pelajaran, ibu layankan. Dan layanan istimewa ini kekal hingga sekarang.

Sepanjang kami adik beradik bersekolah, alhamdulillah kami sentiasa membanggakan ibu. Setiap tahun kami akan memperolehi pelbagai anugerah, sama ada dari sekecil-kecil hadiah pasti terselit nama anak-anak ibu.

Walaupun ibu merupakan tulang belakang kami tapi ibu jarang dapat peluang untuk melihat kami meraikan kejayaan di sekolah. Semuanya ABAH yang dapat.

Malah abah siap keluar statement lagi inilah anak saya, saya lah ajar mereka, saya lah didik mereka. Caiiiitttttt…. pegang pensil kami pun tidak pernah, inikan pulak ajar.

Jujur aku benci. Benci dengan sikap abah yang sentiasa mengarah ibu. Sentiasa nak perfect, yang dia tau misi berjaya tapi jangan ceritakan apa-apa masalah. Dia tak suka.

Kalau kami adik beradik merosot aje, ibu yang kene, kalau ada cerita tidak baik aje, ibu dimaki hamun, jangan ada apa-apa yang tidak baik, siaplah ibu kene telan segala kemarahan abah.

Oleh kerana kami melihat abah bersikap seperti itu, aku set pada diri aku, aku PERLU berjaya, aku PERLU usaha gigih demi ibu.

Serius aku sedih saat melihat abah melayan ibu seperti orang bawahan dia. Ibu tidak dilayan sepatutnya dari seorang suami.

Hari ini kejayaan kami adik beradik semuanya datang ibu. Semua dengan sokongan dan doa dari seorang ibu.

Malah ibu sanggup menemani kami study setiap malam, sanggup tolong sama-sama pikir jalan penyelesaian matematik walaupun penghujungnya hanya dapat 2 markah daripada 5 markah. Lucu bila aku teringat. Sungguh aku rindu saat ini.

Hari ini, kak Long seorang pensyarah di institusi awam, aku baru saja mengajar di sekolah berhampiran tidak jauh dari rumah dan adik kembar aku sedang belajar di UPSI, rezeki mereka dapat tempat yang sama.

Aku sememangnya berdoa agar berada dekat dengan ibu. Aku mahu jaga kebajikan ibu, aku mahu memberi sepenuh perhatian pada ibu, aku mahu bahagiakan ibu.

Aku tidak mungkin membalas segalanya tapi pada aku biarlah aku ada dengan ibu pada usia emas.

Ibu, terima kasih atas segala kasih sayang ibu, atas segala perit jerih ibu mendidik angah, sentiasa menasihati angah jangan bencikan abah kerana abah sememangnya sikap begitu tapi abah penyayang.

Maaf ibu, angah tidak mampu beri kebaikkan sepertimana angah berikan pada ibu.

Cukuplah angah menjadi anak yang baik buat abah tapi bukan terbaik. Cukuplah angah masih menyedari kewujudan abah.

Dalam doa angah tidak ada sebesar zarah pun angah lupakan ibu. Malah setiap nafas angah adalah kerana ibu.

Terima kasih Allah berikan aku ibu yang hebat yang tiada tandingan. Semoga segala pengorbanan ibu, Kau berikanlah syurga tanpa hisap.

ANGAH SAYANG IBU,

– Angah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *