Assalamualaikum and Hi semua. Nama saya Fayyaz. Thanks admin kalau lu siarkan cerita saya ni.
Sambil2 tunggu masa nak lelap ni, saya share lah kisah hidup saya untuk tatapan pembaca semua. Boleh share @ tag juga dekat laki kau orang kalau rasa cerita saya ni boleh di ambil pengajaran.
Umur saya around akhir 30an. Saya dah kawin, almost 12 years. Alhamdulillah so far ada dua orang anak. Saya ni kiranya budak pandai sejak dari kecil, masuk boarding school, kemudian sambung oversea, balik dapat kerja bagus, income bulanan lebih 5 angka,
Wife saya pun kerja professional juga, income lebih kurang sama macam saya. So far kitaorang memang tak ada isu pasal kewangan. Hidup stable lek2 saja..
Sebab family pun kecil, isteri pun seorang, saya memang tabur segala kemewahan pada family dan anak2 saya. Anak dua orang saja, apa mereka nak, saya tunaikan.
Saya tak ada isu pasal rumah tangga, kerjaya atau apa2. Hidup lek2 saja, mat saleh kata smooth, tapi jiwa kosong. Kosong yang amat sangat, sampai hari-hari berlalu macam dah tak ada makna, tak ada bahagia..
Anak2 saya, saya tabur dengan kesenangan, beli macam2. Penuh rumah dengan segala kehendak mereka.
Tapi saya tengok, mereka pun tak betul2 happy walaupun mainan penuh rumah, sebab saya hidup dengan dunia saya sendiri. Sibuk dengan kerja, meeting, kerja, meeting sampai ke sudah.
Jadi saya realize, material banyak penuh satu rumah pun tak guna kalau saya tak mampu spend masa main dengan mereka. Bagi budak2, equation kepada kasih sayang bukan kebendaan = love, tapi rupanya quality time together = love.
Back to story, jiwa saya memang parah “kosong, kosong, kosong” (macam lagu lah pula.. Hehe). Dalam disiplin ilmu psikologi business, ada satu istilah dipanggil “the law of diminishing marginal utility.”
Maksudnya bila kita guna sesuatu barang, semakin kerap kita gunakan barang tersebut, kegembiraan kita terhadap barang tersebut semakin berkurangan, jika dibandingkan dengan peringkat awal kita menggunakannya dahulu.
Begitu juga dengan life saya. Duit banyak dah tak beri kegembiraan pada saya. Feeling dah tak sama macam mula2 dulu. Simpanan dah ada, rumah dah ada, kereta dah ada, tanah dah ada, takkan saya nak beli hotel atau kapal selam pula.
Saya tak nak peningkan kepala dengan buat perkara2 yang diluar pengetahuan dan kawalan saya. Dalam life saya, bukanlah tak ada ujian langsung, normal lah hidup ada ujian di sana sini, tapi alhamdulillah saya mampu selesaikan.
Satu hari, masa dekat2 Ramadhan tahun lepas, saya ambil masa untuk bertenang. Saya pikir apasal saya ni macam tak happy aa, rasa kosong saja, rasa lonely, walaupun bini ada, anak2 pun ada, family okay, kawan2 supportive, kerjaya pun stable.
Then saya realized, saya ni sangat kosong dari aspek spirituality. Walaupun lahir Islam, part solat saya buat tak buat (suka hati), part puasa kadang puasa kadang tak, hisap rokok konon sebagai terapi minda, Quran memang tinggal terus, porn0 pun kadang2 layan.
Senang cerita, saya ni Islam atas nama dan surat beranak saja. Amalan memang tak praktis, out..
Kalau ikut Alfred Adler (one of the prominent figures in Psychology), manusia ni ada lima tugas asas kehidupan. If salah satu dari kelima2 aspek ni tak berfungsi manusia akan bermasalah.
Kelima-lima tu ialah love, job, friendship, self and spirituality. So far, dari kelima2 ni semuanya saya okay kecuali part sipirituality, part ni memang saya failed, totally out!
Tahun lepas masa dekat2 Ramadhan, kebetulan masa tu MCO, so saya most of the time memang WFH saja.
Jadi time tu sampai satu peringkat, saya buat timbang tara, sama ada saya sendiri nak pilih Islam (bukan disebabkan keturunan @ persekitaran) @ nak terus kekal macam keadaan saya yang sedia ada.
Selepas mena’kul beberapa ketika, saya ambil keputusan, yang saya pilih to be a good muslim/ believer. Sudah sampai masanya, saya berubah. Once decision is made, saya tahu saya mesti serius dan berkomitmen dengannya.
Start dari tu, saya cuba rapatkan diri saya dengan Quran (baca dan tadabbur- kebetulan pula bulan tu Ramadhan), solat saya jaga awal waktu, puasa saya penuh, cuba bangun awal sedikit sebelum subuh dan buat solat sunat etc.
I chose to make Islam not only as my religion (belief), but also as a way of life. I immersed my self fully with Islam.
Bila dengar azan, saya stop segala kerja saya, dan pergi solat dulu. Saya betul2 jadikan Islam tu sebagai cara hidup. Masa lapang, saya paksa diri saya untuk baca Quran.
Maksudnya kat sini, saya tanam azam untuk betul2 untuk jadi muslim practitioner, bukan sekadar nama saja Islam. Saya buat perancangan hari2, apa amalan yang saya nak improve, dan cuba untuk capai.
Surprisingly, hidup saya totally berubah. Jiwa dan mental saya jadi tenang, as definition of islam is salam which mean sejahtera, I can feel the real meaning of sejahtera inside myself.
Feel calm, feel peaceful and feel protected. Maksud Islam juga adalah submission, so everything I do in my life, I fully submitted to Allah.
Dengan menjadi begini, saya juga dapat rasakan inilah sebenarnya pembuktian iman kita kepada rukun iman yang keenam, percaya kepada Qada’ dan Qadar.
Saya dah tak kesah apa yang berlaku, rahmat datang ke, ujian datang tunggang terbalik ke, what I know is, Allah is there, and I submitted everything to Him.
So automatically jiwa jadi tenang. Kita dah tak kisah sebab kita tahu semuanya dari DIA. Sebesar mana pun rezeki @ ujian yang datang, saya redha dan yakin sebab Tuhan saya adalah Maha Besar, lagi besar dari segala2nya.
Alhamdulillah dah setahun berlalu, dan ini Ramadhan kedua bagi saya yang baru memeluk Islam (peluk Islam secara pilihan sendiri, bukan keturunan). Hidup saya dan family banyak berubah.
Sikap panas baran saya, beransur-ansur hilang. saya cuba praktis betul2 sunnah nabi dalam kehidupan saya, dan alhamdulillah kesannya kepada seluruh ahli keluarga.
Betullah sabda Rasulullah SAW:
“Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Pesan Saidina Umar kepada Abu Ubaidah:
“Sesungguhnya kita semua ini adalah sehina-hina manusia, adapun kamu semua dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah.”
Malam tadi, lepas tarawikh saya tadabbur surah al-fajr. dalam tu memang ada dinyatakan yang manusia ni pelik, memuja2 dunia secara berlebihan walaupun sedar semuanya akan hilang. Dan itupun yang banyak berlaku hari ini.
Dan paling menyentuh hati saya 4 baris terakhir ayat terakhir surah tersebut (ayat 27-30), dan menjadi azam saya untuk tergolong dalam golongan ini.
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaku.
Azam saya, moga di akhirat nanti (juga salah satu rukun iman), saya termasuk dalam kalangan hamba yang dipanggil oleh Tuhan untuk masuk ke dalam syurganya.
Semoga bermanfaat.
– Fayyaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit