Assalamualaikum semua, nama aku Ana. Hari isnin 11/4 , aku bawa mak aku pergi klinik swasta. Sebab mata dia sakit hampir 2 minggu. Kebetulan aku dan kakak aku balik. Aku turutkan. Aku bawak dia.
Mula cadang nak bawa ke Klinik Kesihatan daerah tempat kami ni dulu. Tapi bila sampai, berduyun orang beratur. Jadi kami batalkan niat. Pusing stereng, pergi klinik swasta.
Dekat klinik swasta pun boleh tahan ramai orang. Kami daftar dulu lepastu bawa mak jalan-jalan cari barang. Masa tu mak masih larat lagi even banyak duduk dalam kereta. Dua jam lepas tu kami balik ke klinik swasta tu balik.
Duduk kejap sementara tunggu turn kami. Lepas pembantu klinik panggil nama mak. Kami pun masuk. Doktor perempuan yang cek. Macam-macam doktor tanya. Aku tolong jawabkan bagi pihak mak.
Doktor tanya mak ada kencing manis tak. Aku jawab ada. Tanya ada darah tinggi tak. Aku jawab ada. Bila doktor tanya ubat masih makan tak. Mak aku pulak yang jawab.
Dia cakap ubat dah stop makan. Lama dah. Hampir 3 tahun. Just try makan ubat herba atau tradisional je. Masa tu aku macam blur kejap.
Mak aku stop makan ubat? Pasal apa aku taktau ni? Tapi aku diam je. Aku biarkan doktor cek. Lepastu doktor tanya berkenaan simptom itu ini dekat mak. Mak mengiyakan. Semua simptom tu mak rasa.
Then doktor cakap ada dua kemungkinan, satu adalah glaucoma satu lagi Covid. Tapi dia cakap besar kemungkinan mak ni glaucoma. Terus dia bagi refer letter untuk Klinik Kesihatan dekat tempat lain yang boleh buat ujian mata.
Esoknya kami pergi ke KK tu, tunggu giliran untuk jumpa doktor. Jumpa pulak bahagian mata untuk cek. Pergi makmal cek gula dalam darah. Memang tinggi.
Mula-mula ambil darah guna prick finger kot nama dia, mesin tak boleh baca. Bacaan gula mak terlalu tinggi. Lepastu doktor suruh buat urine test.
Barulah boleh baca. Tapi masih lagi tinggi. So doktor KK sini suruh mak insulin dulu dalam dua botol, lepastu baru pergi Hospital daerah yang ada pakar mata.
So dalam petang semalam juga kami pergi ke hospital jumpa pakar. First round jumpa pakar, aku temankan mak. Aku ikut sekali tengok cara pakar cek mata mak aku.
Sedih aku tengok mak aku ditonyoh-tonyoh matanya dengan lensa apa tah. Tapi ini yang terbaik untuk mak.
Masa tengok mak terkebil-kebil bulatkan mata sebab pakar nak cek, hati ni dah sayu sangat dah. Lepas pakar cek, pakar sahkan mak memang kena glaucoma.
Kemudian aku tanya, boleh sembuh ke ni doktor? Doktor cakap tak boleh sembuh. Apa yang dah jadi kat mata mak ni akan kekal.
Cuma rawatan lepas ni boleh kawal supaya glaucoma ni tak jadi lebih teruk. Tapi diabetes dengan darah tinggi dia pun kena kawal jugak. Sebab itu punca utama dia dapat glaucoma tu.
Masa doktor cakap macam tu, aku sendiri takdapat tahan airmata aku. Depan doktor aku nangis. Cuma tak meraung. Aku keep menangis. Sampai doktor berhenti explain sebab doktor tengok aku nangis tak henti.
Memang glaucoma tu effect dia kat mata sebelah kiri mak je buat masa sekarang. Tapi aku yang dengar explanation doktor ni rasa tak boleh terima. Aku menangis.
Aku membayangkan mak dah tak nampak muka anak-anak menantu dia. Muka cucu-cucu dia. Muka anak aku pun aku takut mak tak sempat tengok.
Aku dah kahwin cuma belum lagi dikurniakan rezeki untuk ada anak. Adik-beradik aku pun masih ada lagi yang belum kahwin.
Aku nak mak tengok muka bakal cucu dia, muka bakal menantu dia. Aku mengaku aku overthinking masa tu, dan benda tu yang melemahkan aku.
Kemudian, doktor minta kami keluar kejap. Lepasni dia akan panggil balik untuk test pengembangan mata. Aku pun keluar. Aku bawak mak keluar jugak.
Kami duduk depan bilik doktor. Aku angkat jari, aku tanya mak. Mak nampak tak berapa jari orang ni? Mak jawab mak nampak. Mak sebut bilangan jari aku.
Kemudian aku tanya, mak nampak tak muka orang ni? Jelas lagi tak? Mak cakap mak nampak, jelas lagi. Masa tu aku dah breakdown. Aku menangis lagi depan bilik doktor.
Mak tertunduk sayu. Mak tanya apa doktor cakap? Aku cakap mak mungkin tak boleh nampak apa dah kalau tak jaga kencing manis ni.
And explanation macam doktor terangkan kat aku kat atas tadi. Mak tunduk lagi. Mak tak nangis tak apa. Aku je yang nangis.
Bila aku rasa aku tak mampu nak jumpa doktor kali kedua. Aku keluar dari ruangan tu. Aku cakap kat mak, nanti orang suruh kakak masuk. Orang nak keluar kejap. Kemudian aku sambung nangis kat luar sambil on call dengan suami.
Maaf kalau coretan aku panjang, aku cuma ingin meluahkan. Hari ni mak pergi hospital lagi, kali ni untuk buat laser mata. Aku harap semoga semua dipermudahkan.
Aku dengan kakak aku pun masing-masing dah nak balik ke negeri tempat kami mencari rezeki.
Aku cuma mampu pesan pada pembaca yang masih ada ibu bapa, sama ada sakit atau tak, jenguk-jenguklah. Tanya khabar. Ambil tahu sakit mereka. Jangan jadi terlambat. Cakna masalah kesihatan mereka. Sentiasa ada disisi mereka.
Mungkin akan ada yang rasa aku buat teruk, tapi ini adalah apa yang aku rasa sebagai anak dia. Darah daging dia. Aku cuma minta doa dari kalian di bulan mulia ni agar kesihatan mak aku makin membaik. In shaa Allah, Aamiin.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit