Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca IIUM Confession sekalian… Terima kasih admin andai dapat siarkan tulisan saya ini.
Tujuan saya menulis disini adalah untuk memohon pandangan dan kalau boleh saya amat memerlukan jalan penyelesaian bagi masalah yang saya hadapi.
Hendak minta pendapat orang yang dikenali memang tak sanggup… Yelah, macam buka pekung di dada.
Saya NSK, ibu kepada 2 orang anak remaja dan telah kehilangan suami hampir 10 tahun yang lalu kerana sakit semasa anak-anak masih di sekolah rendah.
Gaji bulanan hampir 3K, alhamdulillah cukup untuk keluarga kecil saya dan adik-beradik pun sesekali ada membantu walaupun tanpa saya minta.
Yang menjadi masalah saya sekarang ialah nama saya telah blacklist. Secara ringkasnya berpunca dari menjadi guarantor untuk arwah dan jumlahnya semasa tu yang saya tahu dalam 30K (tahun 2010).
Dulunya arwah bekerja sendiri dan saya pula pekerja swasta bergaji tetap. Mohon jangan kecam kerana arwah pun telah tiada.
Berbalik kepada tujuan asal saya menulis di sini ialah mahu cari jalan penyelesaian untuk clearkan blacklist nama saya. Andai anda pembaca ada jalan, mohon berikan tunjuk ajar.
Mungkin ada pembaca yang terdiri daripada pekerja bank yang biasa/ tahu cara penyelesaian hal/ masalah sebegini, mohon sangat-sangat tunjukkan cara yang betul supaya saya dapat menyelesaikan masalah ini.
Sejujurnya saya takut jika ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan kerana ia melibatkan jumlah wang yang banyak untuk diri saya.
Saya benar-benar ingin clearkan nama saya. Bukan sahaja kerana tanggungjawab sebagai seorang peminjam tetapi juga kerana tidak mahu ada hutang andai sampai masa saya ‘kembali ke sana’ nanti.
Juga, sebolehnya tak mahu anak-anak menanggung susah di kemudian hari akibat hutang ini.
Saya ada beberapa pertanyaan…
a) Apakah jalan/ langkah terbaik untuk menyelesaikan hutang tertunggak? Siapa individu di bank yang perlu saya hubungi dahulu?
b) Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan pengurangan jumlah wang untuk dibayar?
c) Masih bolehkah untuk saya membuat bayaran bulanan secara ansuran mengikut kemampuan saya?
d) Betulkah pihak bank akan mengambil wang dalam akaun KWSP kita semasa kita berusia 55/60 tahun nanti, jika kita tidak dapat langsaikan hutang tersebut?
e) Andai saya ‘pergi dulu’ tanpa sempat mengeluarkan simpanan KWSP pada had umur yang ditetapkan, adakah pihak bank juga masih boleh mengambil wang dalam akaun KWSP?
Akhir kata, terima kasih andai sudi kongsikan pendapat dan tunjukkan langkah yang perlu saya lakukan.
Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat membantu golongan seperti saya yang kurang arif isu berkaitan blacklist.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan kalian dengan limpahan rahmat dunia dan akhirat. Aamiin…
– NSK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit