Ada Kisah Lain Disebalik Tak Boleh Move On

Selama ini saya fikir, saya yang tak move on. Saya asyik tertanya – tanya apa salah aku, sampai dia tergamak buat saya macam tak ada perasaan langsung. Sesuka hati saja nak buat apa. Saya masih ingat lagi kata – kata Adam (bukan nama sebenar).

“Saya ramai scandal pun, tetap kau yang saya pilih”..

Saya dah mula sentap time tu, sampai bila saya nak biarkan hati ini terus disakiti, bukan sekali tapi dah 4 kali Adam curang dengan saya. Yang menambahkan rasa sentap saya masa tu, scandalnya kali ini rakan sepejabatnya.

Bermulalah saya minta kekuatan, hari – hari saya doa “Ya Allah, jika dia baik untuk permudahkan urusan aku, jika tidak jauhkanlah dia daripada saya”.. Allah makbulkan doa aku, memang sungguh menjauh, dia lansung tak peduli saya (ego nak mampus)..

Itu yang berlaku 8 tahun lepas. Kami masing – masing sudah bekeluarga, Adam ada anak sorang, saya pun ada anak sorang.

Kisah disebalik cerita ini, bermula selepas saya kahwin (Adam kahwin dulu, perempuan scandalnya yang terakhir, dah berapa ramai scandal dia saya pun tak tahu).

Saya baru kahwin, dia dah ada anak sorang. Bermula dari situ saya asyik mimpi yang Adam datang menangis, merayu meminta maaf, mulanya saya fikir.. Ala, mimpi saja pun, mainan syaitan.

Tapi bila dah kerap sangat saya pun tanyalah husband saya (Husband tau pasal Adam). Suami saya usap kepala saya sambil bagi kata semangat “Sayang maafkanlah dia, redha dengan apa yang dia buat”.

Maafkan?? tak semudah itu

Begitulah berlarutan sampai saya pula ada anak, asyik mimpi dia merayu minta maaf seolah – olah menyesal dengan apa yang jadi diantara kami dulu.

Adakalahnya situasi mimpi tu saya melihat Adam, memandang saya dengan penuh kesal, ingin berpatah balik tapi disebelahnya ada isterinya.

Saya pun menadah tangan, jika ada mimpi itu ingin sampaikan sesuatu, tunjukkanlah jalan. Makin lama makin menggangu, asyik terfikir pasal dia. Bila saya terfikir saya akan kongsi dengan husband.

Bertahun juga berlarutan, sampailah ditakdirkan satu hari saya contact semula dengan Adam, belum sempat saya bertanya, Adam terlebih dahulu bertanya,

“Kau sayang saya lagi tak??”

Saya tanya dia balik “Sayang saya lagi tak?”

Adam jawab YES!!! Mengaku semua apa yang jadi sebelum ini, adalah salah dia dan dia benar – benar sayang rindu aku.

Terkejutlah juga, kalau sayang kenapa kau kahwin dengan orang lain? Kenapa tak datang cari dan bagitau saya, yang kau tak boleh hidup tanpa saya??

Sebab EGO kau masa tu, bila saya dah jadi hak orang lain baru Adam sedar yang dia masih sayang saya. Tapi dah terlambat.

Dan kami berkawan, contact macam biasa.

Husband?

Tetap dengan sabarnya melayan kerenah isterinya yang takleh move on dengan cerita lama, dia tau saya terluka macam mana. Saat saya jatuh menyembah bumi suami sayalah yang sambut saya.

Adam? Masih menghantui fikiran saya. Tapi sepanjang contact dengan dia, rupanya perangai lama dia tu masih saja, tak pernah berubah.

Bersyukurnya saya sebab tak jadi isteri dia. Segarang – garang saya tak pernah lagi suami saya baling kipas dinding dekat saya.

Saya terfikir, kenapa allah tunjuk semua ni? Saya ingatkan dia bahagia? Rupanya isteri dia rasa terabai. Setiap malam keluar, lepak jumpa kawan, bersukan.

Sampailah satu ketika keluarga saya diuji dengan sihir. Cari perawat sana sini, dan dari situ saya dapat tahu, yang saya juga disihir. Sihir pengasih dan pemisah.

Ada orang berkenan sangat dengan saya. Saya tak terkejut pun, sebab memang sebelum ni saya tau memang ada saja yang bagitau suka saya, tapi saya tak layan.

Sebab fikir orang lain buat, saya share dengan Adam. Dia pun cakap “Ye la.. mungkin ada orang suka kau, tapi kau tak layan”.

Suami saya senyum – senyum sahaja. Dia tau isteri dia ni ada orang memang berkenan sangat. Tolak pinangan orang. Jadi tak hairan sangatlah.

Berlalu macam tu saja, ingat tak adalah serius sangat perawat tu dah buang. Bukan makin kurang tapi, makin serius. Orang tu topup sihir lagi kuat. Sampilah jumpa perawat hebat dekat Malaysia ni.

Selepas sesi rawatan pertama, saya lagi mimpi yang menakutkan dan mimpi – mimpi tu mesti ada Adam.

Hari pertama kedua saya ok lagi, tapi masuk hari ketiga mimpi yang sama dan saya pun peliklah kenapa mesti dia? Suami pun dah start macam pelik saja, dah masuk hari ketiga..

Saya pun fikir mungkin sebab saya masih tak boleh lupakan dia, mimpi mainan tidur. Tapi kalau mimpi tu kosong, kenapa mimpi – mimpi yang lain tepat ??? (Setiap apa yang saya mimpi saya akan update dengan perawat, mana tau ada petunjuk)

Besar sungguh kehebatan Al-quran. saya tak akan tidur selagi tak selesai baca zikir – zikir tertentu, yang perawat ajar. Mulut tak akan berhenti baca Al fatihah Ayat kursi sampailah saya tertidur.

Semua mimpi – mimpi saya tu ada maknanya cuma saya tak faham, mimpi – mimpi seram tu kenapa mesti ada Adam??

Mimpi lembaga hitam nak bunuh saya, mimpi orang berbaju hitam tapi muka dia sembunyikan, kadang – kadang tutup muka pakai topi. Macam – macam lagilah, sampailah perawat tu bagitau saya, orang tu ada masalah cinta, orang tu pernah ada dalam hidup saya dulu.

Saya jadi ha?? Saya tahu saya disihir, tapi saya tak tau siapa. Saya bagitau Ustaz, kenapa mesti Adam?? Tak kan lah Adam nak buat something kata saya pula?? Ustaz kata, jangan percaya sangat mimpi itu tipu helah jin & syaitan untuk kita. Saya pun ye la.

Saya tanya Adam (dia tau saya dalam sesi rawatan, dia pun sarankan saya buat rawatan dengan kadar segera). Saya tanya dia ada mimpi pelik – pelik tak??

Saya pun ceritalah dekat Adam. Saya selalu mimpi seolah – olah Adam nak suruh saya pandang dia, dia berusaha tarik perhatian saya dalam mimpi tu, tapi saya tak endahkan.

Perawat pun ajarkan lagi satu ilmu, Allah akan izinkan kita tahu siapa yang sihir kita melalui mimpi. Jadi malam tu, sebelum tidur gigihlah suami saya lumurkan 1 badan saya dengan limau nipis, seperti biasa baca zikir doa selawat, diakhiri ayatul kursi sampai saya tertidur.

Saya mimpi Adam!!!!! Bila bagun tu saya berdebar – debar. Kenapa mesti dia?? Kenapa bukan orang saya suspek selama ni?? Terang – terang orang tu calit minyak dekat tangan saya, kenapa tak dia yang saya mimpi??

Esoknya saya tanya Adam lagi, pernah mimpi pelik – pelik tak ? (Saya fikir mungkin Adam juga terkena tempias sihir yang dihantar pada saya. Contohnya masa saya berkawan dengan Adam, orang tu hantar sihir, saya dan Adam terpisah).

Tiba – tiba Adam marah, kata saya ni mengarut, banyak sangat fikir, tidur tak baca doa, then block saya.

Saya pun hurmm oklah. Sampailah saya kena Ruqyah buat kali ke2. Allahuakhabar!!!! Nama Adam yang keluar dari mulut saya. Masa tak sedarkan diri berakhir dengan saya muntah – muntah barang sihir.

Dan tiba – tiba jelas teringat saat terakhir Adam belikan saya makanan. Hanya Allah sahaja yang tahu cerita sebenar.

Start dari situ saya berfikir ingat balik, macam mana saya boleh jatuh cinta dengan Adam, walhal saya tahu perihal Adam yang terkenal dengan sikap playboy.

Kadang – kadang tengok gambar Adam ja pun, saya jadi mual pening.

Tapi saya masih mencari Adam, dia macam tu la, kejap block kejap unblock kejap add kejap remove.

Saya minta maaf sebab tuduh dia. Ye la tak kanlah dia nak buat benda – benda yang tak elok pula kan? Dan anggap saja time kena ruqyah tu, jin sihir tu menipu sebab nak laga – lagakan kami..

Tapi dalam masa yang sama saya dah mula rasa macam eh kenapalah saya boleh jatuh hati dekat dia ni? Ya Allah nasib baiklah tak ada jodoh dengan dia. Macam dah tak heran sangat dia block ke tak block ke lantak dialah.

Ingat habis dekat situ saja, setahun pun berlalu gangguan – gangguan pun tak kuat sangat, tingkatkan amalan selawat 1000x sehari tak tinggal, cuma masih teringat – ingat Adam. Kalau teringat saya cepat – cepat istighfar, lepas tu hilanglah kenapa pula saya kena ingat dia?

Suami saya jauh lebih baik daripada dia. Pada saya Adam tu satu kesilapan, tak ada – apa pun yang lebih, entah macam mana boleh sangkut dekat dia dulu..

Kesetiaan wanita akan diuji bila lelaki yang dia sayang tidak punya apa – apa dan kesetiaan lelaki teruji disaat dia memiliki segalanya.

Sekurang – kurang semasa jadi teman istimewa Adam, saya berjaya buat dia berubah dari 0 to hero. Dari merokok sampai tak merokok. Dari tak ada kerja, sampai dapat kerja dari suka main – mainkan perasaan perempuan, sampai fokus dekat saya sorang.

Tapi dia diuji bila dia dah berjaya. Dia di uji dengan tak menghargai saya ketika itu, membuatkan saya yang bertahan dengan dia selama 6 tahun terpaksa akur mengundurkan diri. Itupun saya difitnah curang dan tak menghargai dia.

Kemuncaknya lepas setahun buat rawatan. Saya pergi lagi jumpa perawat untuk rawatan susulan, yang ni perawat lain bukan yang first dulu saya jumpa.

Then dengan izin Allah, terbongkarlah segala apa yang Adam buat. Adam sihir saya seru jasad, jiwa saya ingat dia selalu dan nak pisahkan saya dengan husband.

Mungkin kali pertama kena ruqyah saya masih boleh kata tipu daya jin. Sebab hanya jin sihir yang ada. Tapi kali ni jin sihir, bomoh, penyihir sekali gus datang!!!!! Terkejut saya sampai hati Adam.

Saya marah geram sangat dekat Adam!!! Saya cakap terus terang yang saya dah tau segalanya, mesti dia pun rasa panas semasa saya kena ruqyah.

Adam tak reply membisu.. saya forward wasap saya tu pada wife Adam, gelabah Adam terus reply wasap saya. Kata saya fitnah dia, patutlah selama ni kalau saya tanya mesti dia marah.

Saya tak marah kalau dia mengaku sekali pun, tapi saya kenal Adam. Ego nak mampus, benda dah jadi buat apa nak marah – marah lagi, yang penting saya dah sedar, sebenarnya saya dah tak ada apa – apa perasaan terhadap Adam. Tu semua tipu daya syaitan.

Saya bersyukur dikurniakan suami yang ‘kebal’ dalam kami menghadapi ujian ni. Sihir pemisah tu wujud!!!

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *