Kangen Bangat!

Asalammualaikum pembaca IIUM Confessions, ini kali pertama aku menulis di page ini. Aku nak cerita pengalaman berpuasa aku ketika darjah 3.

Puasa pada waktu aku darjah 3 amat lah menyeronokkan aku rasa sebab yelah masih budak budak. Lagi seronok bila pak cik aku yang bekerja dan menetap di ibu kota balik ke kampung.

Aku yang memang sudah sedia ada di kampung (rumah aku berada berdekatan dengan kampung jadi mak aku selalu menjadi antara orang terawal yang balik kampung) memang syok la kalau pak cik aku balik.

Salah satu sebab kenapa aku suka pak cik aku balik sebab pak cik aku ni sporting, apa pun boleh even dia ada family sendiri dah time tu.

Second sebab dia la supplier bunga api, mercun pop pop dan sebagainya yang aku dengan cousin cousin aku main. Aku tak tau kenapa tapi memang selalunya dia lah yang selalu bawak.

And aku paling suka kalau malam raya tu kita orang (aku dengan cousin cousin aku main bunga api dari panjut) seronok, main mercun pop pop pun aku rasa bahagia sangat time tu, orang ni attack kaki orang ni, orang ni baling lah mana mana yang dia nak.

Dan esoknya nenek akan bising sebab tangga rumah kampung akan dipenuhi dengan serbuk kayu dari mercun pop pop dengan mercun pop pop yang dah kena baling. Tapi nenek aku tak garang melainkan teramat penyayang. (Al-Fatihah buat nenek yang telah pergi hampir 3 tahun).

So berbalik pada cerita, ada suatu tahun ni ketika darjah 3, pak cik aku balik raya ke rumah aku sebab nenek aku ada dekat rumah aku time tu jadi kami tak balik kampung sepanjang puasa.

So pak cik aku pun balik dalam beberapa hari sebelum raya. Pak cik aku bukan lah orang yang senang, dia lebih ke arah sederhana tapi satu perkara yang aku sampai sekarang amaze pada dia ialah dia ni pemurah, senyuman satu, want ringgit juga satu.

Jadi hari second last puasa pak cik aku membawa aku dengan sukacitanya pergi ke bazar,

Aku jarang pergi bazar time tu sebab mak dengan nenek aku dah masak di rumah dengan mak cik aku sekali la tolong masak tapi maybe sebab pak cik aku teringin nak pergi bazar lagi lagi sebab bazar dekat rumah aku ni meriah.

Memang jammed la jalan lagi lagi bila hujung hujung puasa. Jadi apabila cousin aku dah ajak aku pergi bazar aku pun apa lagi, bawah lah beg dompet biru penguin aku. Tahun ni, pak cik aku tukar kereta mungkin sebab jumlah cousin aku (anak-anak dia) bertambah.

Jadi cousin aku dengan bangganya tunjuk kereta baru ayah dia yang luas, ada tingkap atas yang boleh dibuka hanya dengan menekan butang. Aku yang budak budak ni pun bukan main amaze ada tingkap dekat atas kereta.

Sampai di bazar pak cik aku tanya aku nak apa, sampai 2 kali aku dengan cousin aku dengan pak cik aku pusing sebab kita orang tak tau nak beli apa.

Tapi kita orang memang pulang dengan berbungkus bungkus makanan sampai mak cik aku cekak pinggang tanya pak cik aku beli apa sampai banyak banyak gini. Pak cik aku hanya senyum kerang.

Malam tu lepas berbuka, badan aku jadi tak sedap. Semua cousin aku main mercun pop pop kot dekat luar, ada yang tengok TV tapi memang rumah aku padat la. Cuma aku jer berdiri di sisi singki dapur sebab tiba tiba aku rasa nak muntah. Dan yer, aku muntah.

Pastu aku pun pergi ke depan (ruang tamu) sebab semua orang ada dekat sana tapi sampai sampai saja bluek aku terus muntah pastu kepala aku rasa berpusing and aku jatuh ke belakang sebab entah aku rasa pening gila.

Pastu semua attention dapat dekat aku. Nenek aku dah panik dah. Time tu parents aku tak ada dekat rumah.

Jadi pak cik aku call mereka and mereka suruh tungg u sehingga mereka pulang sebab pak cik aku tatau klinik mana area situ (time ni tak ada maps waze etc) peta saja ada. Time tu aku dah berpinar dah.

Aku terbaring lesu dekat lantai sambil cousin cousin aku ada yang kipas lah. Mak cik aku siap lap muka aku sebab lepas muntah memang aku terus terbaring kat lantai. Mak cik aku lah lapkan muntah tu. (thanks mak cik).

Bila parents aku sampai, pak cik aku, aku dengan ayah aku terus pergi klinik. Tak pasal kena cucuk. And waktu cucuk tu aku dah all out dah. Macam separuh sedar so aku tak rasa sakit sangat.

Yang aku tau lepas cucuk tu aku ngantuk. Sedar-sedar dekat rumah. And aku terjaga sendiri pagi pagi tu.

Pagi-pagi tu aku terus pergi dapur sebab nak sahur. Hari last puasa. Jadi aku dengan sendirinya makan dekat meja makan.

Time tu aku rasa pelik sebab semua orang tak ada dekat meja. Mana semua orang pergi, takkan harini raya kot. Lama sangat aku pengsan ni. Tiba tiba nenek aku muncul (macam boleh baca saja fikiran aku).

Aku kata lah dekat nenek, nenek tak sahur ke, semua orang tak sahur lagi ke. Tiba tiba nenek aku kata, ish budak ni sahur apa dah nak dekat pukul 7.

Aku yang tengah makan jadi berhenti makan. Allah. Pastu nenek aku sambung dah kamu tak payah nak puasa, makan ubat doktor bagi. Aku pun sambung makan lah apa lagi.

Tiba tiba cousin aku yang otw nak pergi mandi lalu (sebab bilik air rumah aku belakang dapur). Eh kau tak puasa eh. Habis lah kau. Dia dengan muka tak berus giginya kacau aku. Apalagi aku mintak la nenek backup aku.

Lalu nenek pun kata tak dia kena makan ubat. Mak cik aku pun join backup aku ‘kamu tak payah puasa nanti kena makan ubat’. Aku pun sengih sengih sambil minum air sambil jeling cousin aku.

And di sebabkan aku saja sorang yang tak puasa time tu. Aku jadi pekerja nenek, mak dan mak cik aku di mana kerja aku sangat lah senang. Menjadi tukang rasa rendang yang mereka buat.

“Niiii sini kejap, cuba rasa ni, cukup rasa tak” aku pun jawab “sedap je” nenek aku pun mempersoalkan aku, dari tadi jawapan aku sama.

Semua sedap jadi disebabkan begitu aku pun kena tegur, rupanya kena explain secara terperinci rasa dia. “Tak cukup masin” “tawar” dan sebagainya. Hehehe jadi lah aku tukang rasa tak bergaji pada hari itu.

Tiba tiba dah azan, aku pun tumpang sekaki berbuka dengan mereka. Tahu tahu saja dah raya, raya dengan mereka. Cumanya aku dengan cousin cousin aku macam biasa lah apa lagi main pop pop kami.

Inilah kenangan aku ketika raya, banyak lagi yang aku dah lalui ketika raya cumanya, yang ini aku paling ingat sebab first time puasa aku tak cukup sebulan.

Aku rindu raya pada masa itu, ada nenek, ada pak cik mak cik aku. Sekarang mereka dah tak ada. Mak cik aku pergi dahulu di ikuti nenek, dan paling baru pak cik kesayangan aku.

Nangis aku tulis ni. Kami semua rindu mereka. Sesungguhnya raya dan puasa berubah apabila mereka pergi. Lagi lagi nenek yang seperti emak kedua buat aku.

Aku cuma nak cakap, hargailah orang yang masih ada sesungguhnya nikmat berpuasa juga dapat dirasa apabila adanya kehadiran kehadiran mereka yang sayang kan kita.

Sesungguhnya nilai sesuatu perkara akan lebih dapat kita rasa apabila ia terlepas dari genggaman kita. Sayangilah keluarga selagi mereka masih ada.

Itu sahaja dari aku. Tolong baca kan Al-Fatihah buat nenek, pak cik dan mak cik aku. Doakan mereka di sana tenang dan di tempatkan di antara orang orang yang beriman.

Doakan family besar aku dimurahkan rezeki, diberi kan ketabahan dan dipanjangkan usia. Sesungguhnya aku masih tak kuat untuk sebarang kehilangan lagi.

Doakan kami semua kuat. Terima kasih kerana membaca cerita aku. Bye.

– Furqan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *