Kisah Harta Ayahku

Aku Yanie. Anak kedua isteri ketiga. Isteri pertama dan kedua cerai hidup. Ibuku isteri ketiga cerai mati.

Kisahnya bermula bila aku menguruskan segala harta pusaka ayah ku. Ayahku meninggalkan 9 orang waris. 2 orang anak lelaki dan 7 orang anak perempuan dan seorang isteri.

Aku di amanahkan oleh arwah ayahku sebelum meninggal untuk menguruskan segala hartanya. Harta tidak seberapa ya. Abang dan adik lelaki aku tidak sihat dan itulah kenapa ayahku amanahkan untuk aku uruskan semuanya.

Pada mulanya kami semua sepakat bersetuju. Tapi sebaliknya berlaku. Semasa bicara seorang anak bekas isteri pertama dan seorang anak bekas isteri kedua tidak bersetuju. Kedua-duanya adalah perempuan.

Sebelum bicara kes di pusaka aku panggil semua ahli waris untuk membuat perbincangan dalam pembahagian harta pusaka. Ia bertujuan untuk memudahkan proses dalam segala urusan.

Dari semua waris hanya seorang sahaja yang tidak hadir semasa perbincangan. Selepas perbicangan itu aku maklumkan apa yang dibincangkan kepadanya. Dan dia faham apa yang dibincangkan dan bersetuju.

Tapi sebaliknya terjadi semasa hari bicara. Siap berdrama lagi selepas habis bicara. Sudahnya bicara di tangguhkan sebab ada yang tidak bersetuju.

Akhirnya, selepas tiada jalan penyelesaian dan perbincangan aku failkan harta sepencarian untuk ibuku.

50 tahun usia perkahwinan ayahku dan ibuku. Aku mesti pertahankan apa usaha yang ibu dan ayah aku usahakan bersama. Kerja kampong tau. Bukan kerja pejabat.

Mak aku cakap kerja teruk. Sangat teruk. Tidak kira hujan panas mak aku tolong ayah aku buat kerja.

Masa ni memang hati aku sekeras batu dah. Sebab usaha aku untuk berbincang mereka tidak layan. Malah tengking-tengking aku lagi bila aku telefon. Aku pergi rumah tak buka pintu. Ya aku tahu mereka ada dirumah.

Alhamdulilah berkat sabar aku dan adik beradik yang lain, mak aku berjaya dalam tuntutan harta sepencarian. Aku perjuangkan hak mak aku. Mak aku sakit. Perlukan rawatan dan kos rawatan yang tinggi. Alhamdulillah aku bersyukur.

Selepas mendapat perintah mahkamah harta sepencarian, aku terus failkan semula ke pejabat pusaka untuk sambung bicara semula.

Hari yang ditunggu-tunggu untuk sambung bicara telah tiba. Aku berdebar-debar sangat. Aku sediakan fail selengkap-lengkapnya. Debaran tu rasa macam nak berjuang melahirkan anak.

Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Tetapi semasa hakim tanya arwah meninggalkan harta dan hutang. Jadi kita perlu selesaikan dengan menggunakan harta arwah.

Semua setuju ker? Ya semua orang bersetuju. Sekali lagi mereka dengan angkuhnya berkata saya tidak setuju. Bila tidak setuju, kami tanya la kenapa tidak setuju.

Berlaku kekecohan semasa dalam bilik bicara bilamana adik aku tanya kenapa tidak bersetuju. Kita nak harta arwah ayah tetapi kenapa kita tak nak bayar hutangnya.

Sudahnya hakim memberi nasihat dan putuskan hutang arwah perlu dilunaskan. Selepas itu hakim tanya lagi sekali awak bersetuju ker?

Dengan perlahan dan terpaksa aku rasa mereka menjawab bersetuju. Hampir 4 tahun dah kes tertangguh. Tak kan nak tangguh lagi.

Terus dia marah adik aku dalam bilik bicara itu yang kata kami tak nak berbincang terlebih dahulu dengannya.

Pelik kan. Aku panggil datang bincang macam-macam alasan yang diberi. Tapi bila sampai masanya boleh cakap kita tak nak bincang. Serius aku penat melayan keranah mereka.

Dalam tempoh itu juga emosi aku terganggu. Yerla aku fikirkan ayahku disana. Macam mana agaknya. Aku pun tidak tahu apa yang mereka fikirkan sampai perasaan tamak menguasai diri. Lagipun bahagian faraid perempuan memang sedikit sahaja.

Kalau ikutkan semasa ayah aku ada lagi kami baik-baik sahaja dengan mereka. Tidak pernah bergaduh. Malah aku sendiri pernah tolong mereka. Ayahku sangat bertanggungjawab.

Tapi pada hari biacara Allah tunjuk kan mereka yang sebenar. Segala jin tonjit mereka keluar.

Aku sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Mak aku pun mereka tidak hormat. Ini aku yang pangkat adik sahaja. Lagilah.. Bagi mereka kami ni musuh mereka sekarang.

Alhamdulilah sekarang dah selesai semuanya. Sudahnya mereka meroyan tidak mendapat apa yang dihajati. Allah nampak setiap kejadian. Allah tahu niat kita. Allah menguji aku sebenarnya.

Aku doakan mereka berubah. Nak sesuatu usaha sendiri. Bukan mengharapkan durian runtuh semata-mata.

Alhamdulilah aku, emak dan adik beradik aku akan wakafkan harta yang ayah aku tinggalkan itu. Hanya bahagian mak aku akan digunakan untuk rawatan sakitnya. Semoga menjadi saham buat ayahku disana.

Doakan urusan kami dimudahkan ya dan jadikan juga pengajaran dalam kisah harta ayahku ini.

Nasihat aku rancanglah harta semasa hidup agar tidak berlaku persengketaan. Kesan harta yang tiada perancangan akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Hidup ini terlalu singkat berilah manfaat kepada semua orang.

Sekian terima kasih kepada semua sudi membaca kisahku. Doakan aku berjaya bangunkan tahfiz untuk ayah dan ibuku.

– Yanie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *