Nak Beriadah Ke Nak Buat Body-Show?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini aku nak meluahkan sedikit pandangan aku berkenaan aktiviti Running / Jogging / Hiking dan seangkatannya.

Aku juga salah seorang yang begitu aktif melibatkan diri dalam ketiga-tiga aktiviti di atas; baik secara santai ataupun menerusi acara-acara pertandingan marathon, climbathon.

Aku begitu bangga apabila melihat sukan-sukan sebegini semakin mendapat tempat di mata anak muda, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Apa tidaknya, aktiviti2 ini bukan sahaja membantu meningkatkan aras fitness/ kecegasan fizikal dan mental seseorang,

Malah turut membuka ruang untuk manusia saling mengenali, taaruf, networking untuk peluang yang lebih baik.

Namun begitu, dukacita ingin aku membawa fokus kepada etika pemakaian, khususnya kepada umat Islam.

Ada sesetengah pihak masih memandang enteng berkenaan bab aurat sedangkan ia begitu dititikberatkan dalam Islam, baik untuk lelaki mahupun wanita.

Apabila berada di sesebuah event, aku memerhatikan, ada ramai sangat lelaki yang berseluar short (atas lutut), tidak berbaju semasa melakukan aktiviti.

Lebih parah lagi, sesetengah kaum wanita juga tidak kurang hebatkan.

Pakaian yang ketat, sendat, bangga diperagakan, ada juga yang tanpa lengan, dengan selambanya dibiarkan diri sebegitu dikhalayak umum.

Sedarkah kalian, kalian diperhatikan oleh masyarakat umum, dan ajnabi.

Kalau pakai macamtu naik podium, at least okay la juga kan (tetap jangan buat).

Kawal la pemakaian korang dari sekarang mengikut syariah tetapkan. Janganlah mudah terpengaruh dengan pemikiran barat sangat. KITA ada identiti kita yang tersendiri.

Ingat, kita semua ni adalah contoh dan role model kepada warga2 cilik dan kanak2 pada harini yang akan membentuk saf kepimpinan di masa akan datang.

Tepuk dada, tanyalah imam, fikir betul2, apa faedah korang nak dedah semuanya bagai. Fikirlah.. hormat sikit eh, aku budak darjah 5, korang baru darjah 5.

Sekian saja. Tolonglah.. jaga aurat, tolong juga sesama kita menjaga mata dari terjolok mata.

Assalamualaikum…

– Sauron (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *