Di Mana Adab Mu?

Assalamualaikum kepada pembaca IIUM Confession semua.

Just straight to the point, saya cuma sekadar ingin meluahkan rasa kecewa saya semasa saya berada di hospital untuk menjaga ibu saudara saya di sini.

17.4.2021, hari pertama aku ditugaskan untuk menjaga ibu saudaraku di hospital. (Ini adalah kali pertama aku harus menjaga orang sakit di hospital yer).

Pada waktu maghrib begitu, datang seorang jururawat perempuan yang membawa susu untuk dimasukkan ke tiub ibu saudaraku.

Aku yang baru pertama kali merasakan pengalaman itu, sekadar melihat sahaja apa yang dia lakukan memandangkan dia tidak berkata sepatah pun pada aku di situ.

Tiba-tiba, “Adik, nanti adik kena buat benda ni sendiri na, bukan duk saja, nanti kat rumah pun sama”. Kata jururawat tersebut.

Aku terdiam, tergamam dan terpaku pada waktu itu yer …cuma sekadar mengangguk sebagai tanda faham.

Bukan aku duduk sahaja main fon dekat situ, ada waktu, ada jugak aku tolong lapkan air liur ibu saudara aku yang keluar… haish.. sabar jelah.

“Tapi, saya tak tinggal serumah dengan makcik sedara saya”. Ujar ku.

“Kenapa adik yang kena jaga?”. Ujar jururawat tu lagi dengan muka yang serius.

Aku dalam hati, “urrmmmmmm”

Aku sambung lagi, “sebab pakcik saya ada hal dekat rumah”.

(Dia terus berpaling dari aku dan meneruskan kerjanya)

Tidak lama selepas itu, aku mulakan perbualan semula dengan pertanyaan berkaitan cara memberikan susu melalui tiub, memandangkan itu kali pertama ibu saudaraku jadi begitu.

Dia membalas, namun caranya kita boleh nampak dia menjawab secara acuh tak acuh sahaja… lagaknya seperti malas untuk menjawab pertanyaanku.. Aku diam sehinggalah dia beredar dari situ.

Wait, tapi dia boleh saja kan kata macam ni, “Adik, nanti susu ni adik kena bagi sendiri tau, sebab nurse tak buat kerja ni, nanti nurse tunjuk caranya kalau awak tak tau”.

Entahlah… aku taulah yang aku ni budak mentah lagi, tapi perlu ke cakap dengan cara macam tu?

Aku minta maaf kalau ada pembaca yang tak setuju dengan apa yang aku kata ni,

Tapi bagi aku cara ni bukanlah cara yang terbaik untuk dipraktikkan ketika melaksanakan pekerjaan terutama sekali kerja yang harus berinteraksi dengan orang ramai.

Mujurlah doktor perempuan india dan jururawat yang seterusnya datang selepas itu baik layanannya.

Ada seorang jururawat ni mahu menunjukkan cara untuk aku bagi susu melalui tiub kerana aku tidak ada pengalaman berkaitan itu. Alhamdulillah.

Cuma, tujuan aku tulis ni bukan sekadar meluahkan kecewa aku sahaja,

Tapi ingin aku pesan kepada warga pembaca di sini yang mungkin sudah bekerja atau mempunyai anak atau saudara yang bekerja supaya mempunyai ADAB sesama manusia lain ketika melakukan pekerjaan.

Mungkin aku tak layak untuk menasihati orang lain memandangkan usiaku baru setahun jagung.. baru berusia 18 tahun, masih sikit pengalaman yang aku ada jika nak dihandingkan dengan pembaca di sini.

Akhir kata, selamat berpuasa bagi yang berpuasa yer.

Bak kata SAJAT, “di manakah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT, jika anda tidak menggunakannya?”

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *