Hi. Nama aku Bunga dan berumur 34 tahun. Aku telah berkahwin selama 7 tahun dan umur suami aku 36 tahun. Kami mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun.
Seperti tajuk, aku tujukan buat suami aku. Aku cinta, sayang dan menyampah dengan suami aku. Entahlah kenapa. Aku mengada-ngada ke, atau aku berkira, atau aku tak pandai bersyukur. Entah aku tak pasti.
Aku bercerita ni lebih kepada meluah perasaan. Tak pasti sebab aku da tak mampu nak tanggung atau aku sendiri entah apa-apa.
Maaflah aku pun tak berapa pandai nak mengarang. Aku cerita serba sedikit berkenaan suami aku dalam bentuk point.
1. Suami aku seorang yang bertanggungjawab. Segala perbelanjaan isi rumah suami aku yang tanggung. Aku membantu dari segi beberapa perkara seperti yuran bulanan anak dan bayaran bulanan kereta sahaja.
2. Suami aku seorang yang romantik. Selalu memberikan aku hadiah2 dan sering juga membuat kejutan.
3. Suami aku seorang yang bercakap lembut. Tidak pernah tinggi suara dan tidak mengeluarkan perkataan yang tidak elok.
4. Suami aku seorang yang menghormati orang dan selalu suka membantu orang lain.
Sepertinya bahagia bukan? Apa lagi aku nak? Point2 ini selalunya orang2 keliling aku yang berkata pada aku betapa bertuah aku ada suami seperti ini. Aku memang bertuah dan aku tak nafikan perkara-perkara baik tersebut yang sememangnya ada pada suami aku.
Jadi, apa yang aku tak puas hati? Jadi apa yang aku menyampah? Ini antara point2 nya.
1. Suami aku seperti menjadi hamba telefon dan seperti telefon adalah nyawanya. Tangan suami aku takkan lepas dari telefon di mana2 sahaja. Kalau di rumah di bilik, di tandas, di bilik kerja, di ruang tamu dan di beranda rumah. Sentiasa dengan telefon.
2. Suami aku terlalu bernafsu dengan game. Setiap malam akan berjaga sehingga menjelang subuh.
3. Suami aku menganggap hal-hal rumah seperti bukan sebahagian dari hidup dia. Kalau rasa dia nak buat, dia akan buat. Kalau rasa dia tak nak buat, dia akan tak nampak langsung.
4. Suami aku membawa diri dia sahaja untuk hidup. Bangun, takde tengok pun aku atau anak. Terus uruskan diri mandi, makan dan buat kerja dia.
Salah aku ke kalau aku rasa menyampah? Pelbagai cara dah aku meluah pada suami aku. Seperti tak ada kesan dalam hidup dia.
Kalau aku tak puas hati aku akan terus terang. Banyak kali aku buat macam ni. Tapi suami aku suka putar beli kenyataan. Aku cuma nak dia faham bahawa hidup ni kena kerjasama. Tapi dia tetap tak faham atau tak pernah cuba nak faham.
Aku pernah cakap, kalau aku memasak, kemas rumah dan uruskan anak, aku nak dia faham kena bantu aku contoh macam sidai kain atau paling tidak kemas mainan anak.
Ni kalau aku minta tolong, kejap saja la buatnya. Hari2 lain jadi semula dia dengan diri dia. Macam bukan hidup sama-sama. Apa kalau hal-hal dekat rumah tu mesti kena minta tolong ke? Walhal kena saja faham sendiri tanggungjawab masing-masing. Aku letih.
Pernah juga banyak kali aku buat diam je. Aku uruskan segala hal rumah. Lagi la suami aku melepak seperti hidup keseorangan. Langsung tak membantu.
Aku bermasam muka dan berdiam diri. Suami aku turut berdiam diri. Aku tak bercakap sepanjang hari, suami aku turut tak bercakap sepanjang hari.
Aku pernah tak bercakap sehingga 3 hari, dia lagi la berdiam diri. Apa lagi aku nak buat. Lagi dia diam lagi dia tak sentuh segala benda dalam rumah. Anak? Lagi dia buat tak tahu.
Ada pula tu, aku marah-marah. Pun dah banyak kali aku marah-marah. Aku meluah segala hal. Oklah kejap, suami aku jadi rajin bantu membantu. Kejap saja adalah dalam seminggu. Lepas tu jadi lagi. Hujung-hujung aku yang terkontang-kanting uruskan rumah.
Bukan lah aku kata rumah bersepah sangat. Tapi aku sangat2 tak faham aku yang ngada-ngada atau suami aku yang memang hidup dalam dunia dia sahaja. Dah 7 tahun macam ni je. Balik-balik aku yang macam orang tak betul keja nak memendam perasaan je.
Macam mana lagi aku nak buat? Aku terus terang pada suami pun dah. Aku meluah pun dah.
Aku pernah sampai tahap sangat stress. Stress memikirkan kenapa aku sakit hati dan rasa menyampah. Padahal kalau aku renung-renung balik perkara2 tersebut aku boleh settle saja sorang2 tanpa harapkan suami aku.
Aku pernah sampai satu tahap aku sakit hati dengan diri aku, aku geram, aku sakittttt hatiiii sangat dengan diri aku sebab aku stress.
Aku boleh saja buat macam mana dia buat. Melepak sepanjang hari. Aku pernah buat. Tapi lepas beberapa hari aku biar semua benda, balik2 aku juga kena settle kn sorang2. Lagi bertambah stress sebab kerja bertambah.
Suami aku anggap perkara ni biasa je. Sebab apa, sebab aku akan cair semula. Lepas tu jadi lagi. aku rasa macam tak ada kesudahan. Aku semakin sakit dekat dalam diri aku ni.
Mungkin orang akan cakap aku tak bersyukur sebab suami bukan kaki pukul, kaki dadah, atau lain2. Entah la. Ini hanya luahan aku sahaja.
Ke aku yang sakit? Aku ada masalah dalaman ke? Aku yang mengada lebih ke? Aku tak tahu bersyukur ke? Aku terlalu berkira ke?
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit