Penipuan Pakej Berpantang

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan penulisan ini. Aku Dz, berusia lewat 30an.

Seperti tajuk di atas, penulisanku mengenai penipuan pakej berpantang. Penulisan ini lebih kepada until memohon nasihat untuk tindakan seterusnya yang boleh aku ambil ke atas owner tersebut.

Aku telah booking pakej berpantang yang berpusat di Terengganu dan Kuantan, selama 21 hari mengambilkira kemungkinan akan bersalin secara pembedahan.

Pakej tersebut aku booking dengan deposit sebanyak RM1.5k, kononnya untuk secure tarikh bersalin. Jangkaan bersalin pada masa tersebut adalah pada bulan Januari/2021.

Walau bagaimanapun, aku terpaksa bersalin pada minggu ke-38 kerana aku GDM on insulin.

Hal ini telah aku maklumkan lebih awal kepada owner pakej berpantang tersebut. Malah, aku juga telah memaklumkan tarikh pembedahan dan tarikh keluar dari hospital.

Untuk makluman, aku telah menukar alamat berpantang dari Selangor ke Pahang dan telah dipersetujui oleh owner pakej.

Asalnya nak berpantang di Selangor sebab tak nak susahkan mak yang sedang menjaga ayah sakit, tetapi perubahan alamat dibuat apabila ayah meninggal awal bulan Disember 2019 yang lalu, sekurang-kurangnya mak ada kawan di rumah.

Sebelum pembedahan, untuk tak nak serabut dan tenang-tenang, aku telah membuat bayaran penuh sebanyak RM1.8k lagi (jumlah keseluruhan RM3.3k).

Ya, di sini memang aku akui kesilapanku sebab terlalu percaya dengan owner tu memandangkan review & feedback di FB Page dia semuanya baik-baik.

Namun, sehingga hari ke-21 berpantang, owner tanpa sebarang update (kecuali bila aku mesej dan consistent mesej aku hanya dibalas pada pukul 2-4 pagi) masih belum sampai dengan Confinement Lady (CL).

Alasan yang diberi adalah Terengganu sedang banjir. Alasan ini aku terima kerana Pahang juga banjir.

Selepas alasan banjir, alasan PKP pula diberikan, sedangkan pada masa itu, Pahang dalam tempoh PKPB dan tiada masalah untuk merentas selagi ada surat dari Balai Polis untuk tujuan bekerja.

Selepas alasan PKPB, alasan dirinya ditahan di wad pula diberikan. Sudahnya, duit dah bayar tapi perkhidmatan langsung tak dapat.

Pada hari ke-21 aku membatalkan pakej tersebut, no point untuk tunggu lagi sedangkan badan aku dah beransur kuat dan tak nampak tanda-tanda dia akan datang dengan CL.

Selepas itu, isu refund pula menjadi masalah. Bayaran dibuat ke dalam akaun personal owner, berdasarkan terma dan syarat, refund akan dipulangkan dalam tempoh 30 hari selepas pembatalan pakej.

Maka, selepas habis tempoh 30 hari tersebut, aku telah memohon refund daripada owner melalui WhatsApp.

Alasan untuk refund juga bermacam-macam diberikan. Alasan mula-mula sekali, katanya akaun dibekukan kedana transaksi menggunakan akaun personal dan perlu ke balai polis untuk urusan buka semula (tak pasti apa istilahnya).

Selesai urusan di balai polis, katanya duit telah ditransfer kepada staf untuk menyegerakan lagi bayaran refund kepada customer (Dalam list yang diberi, ada 10 orang).

Kat sini, bukan bank tapi owner maklumkan duit dikeluarkan dari akaun ASB. Aku tak pasti kalau nak keluar duit dari akaun ASB sendiri, perlukan surat balai ke?

Bila dah transfer kepada staff, tiba-tiba staff dia maklumkan online banking limit RM3k sahaja sehari. Jadi, dengan baik hatinya, aku screenshot cara-cara macam mana nak naikkan limit guna akaun CIMB tanpa perlu ke bank/ ATM.

Bila dah ajar, katanya tak jadi, tak boleh buat. Line internet slow dan katanya nak transfer RM500/ hari. Siap bagi tarikh bila turn aku. Tapi sampai sekarang, sesen pun tak ada.

Laporan polis dah dibuat dan baru sahaja keluarkan Letter of demand, tapi tak sampai kepada penerima, tengah tunggu kalau dia akan collect LOD tu di pejabat pos within 7 hari.

Kalau selepas 7 hari LOD tu tak di collect dan return, boleh sesiapa share/ advice apa tindakan seterusnya yang aku boleh ambil?

Terima kasih.

– Dz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *