Hi readers. Aku nak luah rasa bilamana orang yang tak faham kesusahan orang lain dan rasa diri sentiasa betul. Susah nak cakap dan penat nak explain pada orang yang tak faham dan tak mahu faham.
Aku dan suami ditakdirkan PJJ dalam kalangan keluarganya yang tak PJJ. Bila orang PJJ, mestilah susah dalam banyak segi termasuklah bila suami isteri bekerja dalam industri yang memerlukan komitmen tinggi.
Untuk kes aku, anak-anak duduk dengan aku. Bagi yang pernah PJJ mesti faham peritnya rasa ini.
Untuk pengetahuan, aku bekerja dari pagi sampai lewat petang dan ada kalanya perlu sambung tugasan dekat rumah sampai malam atau pagi. Sebab kerja aku memang memerlukan komitmen sebegini. Nature of work.
Sedih tapi itulah kehidupan. Aku penat. Penat kerja pejabat yang tak pernah habis. Penat uruskan anak-anak yang memerlukan perhatian dan pengawasan rapi. Penat kemaskan rumah tatkala anak tengah fasa melasak seorang diri.
Aku cuba menjadi yang terbaik untuk keluarga aku sebab aku sayang keluarga aku.
Aku faham suami tak dapat balik setiap hari sebab jarak kami yang jauh. Mampu balik seminggu sekali pun aku dah sangat bersyukur.
Tapi aku penat juga kadang-kadang. Sebab bila suami balik, dia expect rumah tip top. Kemas berkilat. Anak-anak terjaga rapi. Kadang-kadang bila aku rasa nak rehat, aku order saja makanan.
Tapi kadang-kadang suami hint dah lama tak rasa air tangan isteri. Aku bukan tak masak tapi biasanya aku masak bila ada mood.
Masalah bila masak untuk suami, macam bertambah sikit kerja aku. Aku lah yang kena siang bahan mentah. Aku lah yang masak. Aku lah yang kemas semua. Aku lah yang hidang makanan. Aku lah yang kemas semua balik.
Kadang-kadang aku nak rehat sebab aku rasa penat. Bila mood masak aku sampai, memang aku buat dengan rela. Sebab aku pun sejenis yang suka makanan homemade, lebih sihat, bersih dan terjamin. Tapi aku bukan superwoman yang mampu buat semua. Sad truth.
Suami aku kadang-kadang ada tolong vakum rumah mop rumah. Tapi kadang-kadang tak berapa rajin nak kemaskan balik barang-barang yang diangkat masa proses mengemop. Jadi akulah yang kena sambung kerja itu.
Kadang-kadang bila mood dia rajin, dia buat semua. Bila tak rajin, kadang-kadang mop dan air dalam baldi terbiar lepas mop.
Aku penat tapi aku tetap kemaskan sebab kalau tak buat, dia akan cakap dia dah tolong mop, isteri nak tolong simpan pun tidak. Aku malas nak gaduh, so aku simpan.
Kadang-kadang aku sound balik, kalau aku yang buat, from a-z aku buat. Tak pula aku buat separuh jalan dan expect dia habiskan.
Tapi biasa suami aku cakap – untunglah dia tolong aku buat keja, kalau suami orang lain mungkin tak tolong pun. Sad truth. Mungkin dia tak tahu ada suami yang rajin buat from a-z.
Kehidupan PJJ memang cukup mencabar. Pernah sekali ada emergency dekat anak aku. Kelam kabut aku. Aku rasa aku sangat kuat, cekal dan tabah handle semua tu sorang-sorang tanpa suami di sisi.
Lepas diberitahu emergency tu, suami bergegas pulang. Tapi perjalanan yang jauh memakan masa.
So bila semua dah stabil dan tenang, barulah suami sampai. Aku okay saja sebab faham perjalanan jauh.
Tapi yang buat aku terasa hati sikit bila keluarga dia cakap kesian dekat suami kelam kabut balik jauh-jauh meredah onak duri bla bla. Terasa aku. Yang meredah perjalanan tu memang la susah.
Tapi aku yang terkontang-kanting berdepan situasi cemas seorang diri dari mula sampai stabil, tak diendahkan?
Dan perkara ini diceritakan berulang kali kepada saudara mara, betapa hebatnya perjalanan suami aku. Hahahaha. Sad truth. Aku tak minta faham, aku hanya nak minta dia diam.
Masa PJJ dan masa belum ada anak, kami memang kerap ulang-alik jumpa suami isteri. Tapi keluarga dia pernah cakap baik duit itu disimpan dari dihabiskan untuk beli tiket atau duit minyak. Allah. Sentap aku. Dah kahwin tapi tak perlu jumpa selalu sebab nak simpan duit.
Duit simpan untuk apa kalau bukan untuk spend dekat keluarga? Nak simpan sampai matikah duit itu? Berbaloikah simpan duit sampai tak jumpa suami isteri?
Tapi aku tahu kenapa di sound begitu. Sebab diorang suka spend duit suami sebab katanya suami aku mampu. Ingat duit gaji suami aku macam anak tauke megah holding agaknya.
Aku tak kisah pun nak tolong keluarga tapi bagi aku berpadalah. Takkan nak beli langsir baru setiap tahun? Takkan kau nak tengok astro semua channel (perlu ke?) tapi nak minta suami bayarkan?
Aku rasa ada yang boleh dijimatkan duit tapi tidak. Mereka pilih untuk spend macam orang kaya tapi hakikatnya sedih. Konsepnya dengan keluarga sana boleh diminta-minta, dengan isteri dan anak-anak jangan membazir. Sedih.
Bila suami suarakan pendapat untuk cut down unnecessary cost sebab suami dah ada tanggungjawab lain (komitmen keluarga kecik kami), keluarga sana seolah ingat aku yang queen control.
Pelik tapi benar. Macam tak nampak aku kerja apa. Banyak barang aku, aku beli sendiri tanpa harapkan suami.
Apa aku teringin nak makan, anak aku nak makan, aku beli. Aku tak claim dari suami. Kalau suami bayar balik, rezeki, kalau tidak, aku belanja saja keluarga sendiri.
Padahal kalau orang lain, ada yang claim sekecil-kecil alam dari suami diorang. Tapi semua orang tak sedar agaknya.
Aku pernah cakap dekat suami pesan dekat diorang, kalau takde duit buat cara takde duit. No one will judge you.
Tapi ramai tak suka dengan orang yang jenis biar papa asal bergaya sebab biasanya orang ni suka spend on lavish and unnecessary things and then hujung bulan tak cukup duit untuk beli barang penting.
Ini yang kita tak suka. Tapi nak buat macam mana, itu keluarganya. Suami pun boleh tegur sikit-sikit, sebab diorang kaki sentap. Cakap lebih-lebih nanti dikata bila dah berjaya lupakan keluarga.
Saja nak highlight kot-kot ada yang ingat keluarga dia jenis bergadai itu ini untuk menolong suami berjaya and so now it is payback time. Tidak ye.
Suami pakai PTPTN and siap buat part time job during his studies. Tapi aku tak nafikan mungkin doa keluarga memainkan peranan. Tak salah nak tolong keluarga tapi tolonglah keluarga pun berpada, jangan membazir tak tentu hala.
Bercakap mengenai PJJ, diorang tak pernah PJJ dan memang tak faham perasaan pasangan PJJ. Kadang-kadang diminta kami balik kampung dengan lebih kerap.
Tapi since kami suami isteri duduk asing. Nak balik kampung akan menambahkan masa, cuti hujung minggu 2 hari tu memang tak sempat untuk balik sekadar gathering BBQ etc, kena ambil cuti.
Jadi dah inform diorang, kalau nak kumpul keluarga dan nak kami ada, inform awal sebab nak kena ambil cuti dan prepare. Tapi tidak. Katanya cuti hujung minggu sempat saja balik kampung tanpa cuti (sebab suka inform last minute dan expect kami ada).
Dicadangkan suami aku balik kampung straight dari tempat kerja dia dan aku pulak balik kampung bawak anak-anak sendiri.
Haha. Aku cakap susah sebab anak-anak aku kecil lagi, susah untuk aku drive, tenangkan budak sambil bertenang. Tapi dikatanya orang lain boleh, aku saja bagi alasan. Stress aku. Sebab stress, susu aku pun drop sikit. Sapa yang pernah bf, mesti faham.
Kadang-kadang aku tak larat nak explain aku penat. Penat kerja. Penat jaga anak. Performance aku dekat tempat kerja pun drop sebab aku penat dan tak boleh fokus.
As much as aku sayang keluarga aku dan inginkan yang terbaik, aku juga sayang kerjaya aku. Sebab kerjaya aku ni mungkin idaman orang lain di luar sana.
Lagipun aku dah terbiasa ada duit sendiri, mudah untuk aku berdikari tanpa meminta-minta dari suami atau sesiapa sahaja.
Kau bayangkan kalau aku tak kerja dan mengharapkan sepenuhnya duit suami, entah apa yang aku kena hadap nanti. Nanti keluarganya fikir aku kaki kikis pula sebab lepas ni mungkin lagi kurang diorang boleh depend on suami aku.
Keluarga sana ada jenis yang tak kerja tapi suka nak beli barang mahal untuk feed IG dia.
Aku tak kisah pun tapi jadi rimas bila asyik menunjuk beli itu ini tapi hujung bulan bila dah sempit, dimintanya duit dari suami aku sebab susu anak dah habis. Tak bagi, adik-beradik. Bagi sambil nasihat tapi nanti jadi lagi.
Sama saja. Nak tegur suami selalu pun takut kena marah sebab itu duit dia. Tapi penatlah macam ni. Tersepit rasa. Bukan tak highlight. Tapi bila highlight, katanya kita tak faham keluarga sana bukan senang.
Bila dah cakap, kalau susah buat cara susah, dikatanya dah memang peel macam tu. Entahlah. Malas dah layan. Suka hatilah pasal bukan duit aku. Tapi yang buat aku geram, barang yang aku beli sendiri dipertikai.
Aku penat. Tapi aku tak mahu berhenti kerja selagi boleh. Aku takut nak fikir apa akan jadi kalau aku berhenti kerja. Aku pula jenis suka beli emas as self reward.
Aku beli tapi tak menunjuk pun cuma kadang-kadang diorang perasan bila balik kampung and auto expect suami aku yang belikan,
Dan terus masing-masing minta suami aku belikan diorang siap cakap diorang dululah yang menjaga suami sampai berjaya tapi isteri yang dibelanja. Panjang ayatnya tapi terhenti bila suami cakap aku beli pakai duit sendiri. Haha.
Okay la. Dah penat nak taip. Cuma aku harap kalau ada yang pernah ada pengalaman sama, mohon share tips. Aku bukan nak burukkan sesiapa tapi aku penat. Bila diluah kena balik. Bila tak luah, kecik hati.
Aku cuma harap suami aku nampak pengorbanan aku, sejenis isteri bagaimanakah aku ini untuk dia hargai.
Jangan compare aku dengan isteri lain yang bukan dalam situasi aku. Contohnya jangan compare kebolehan si polan yang boleh jaga anak sambil kerja bila mana orang itu itu bukan PJJ berbatu-batu seperti aku.
Jangan compare rumah orang bersih berkilat bila mana orang itu ambil part time maid. Jangan compare orang itu mampu masak untuk keluarga bila mana dia tidak ada anak kecil dan tak perlu bawa kerja ofis balik rumah.
Aku harap suami dan sesiapa saja bersyukur dengan rezeki yang ada kini. Aku mungkin bukan isteri/ menantu/ ipar terbaik dambaan kalian kerana aku bukan sempurna.
Tapi ingatlah tiada yang sempurna termasuk anda. Aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan dengan keadaan ni.
Bila aku cakap aku stress, suami rasa aku yang seolah tak pandai manage time. Bila aku terbangun lewat, suami sound banyak tidur sebab tu kerja tak jalan. Mungkin dia pengsan masa aku buat kerja-kerja rumah etc, sebab tu tak nampak. Aku husnudzon.
Penat dipersalahkan. Aku nampak permainan diorang ni suka salahkan orang untuk nampak hebat dan kambus kelemahan sendiri. Tolonglah. This is not a good habit, ya.
I don’t know until when I can stand this. I don’t know how long I’ll live. I don’t know how long I can tolerate this. Aku takut aku tawar hati. Sebab bila aku dah tawar hati, I’ll leave with the kids.
I wish to find my inner peace, be with my family who treasured and accepted me for who I am. Penat layan karenah orang tapi tak dihargai.
I wish to stay strong but I really don’t know if this is worth it. I hope my husband be more understanding.
To my husband, I told you that im tired and not able to cope with so many things alone. But you’ve compared me with other wives who managed to survive and stand still.
I told you that I need your support to stay healthy and reduce stress, but you told me to stay strong because you are doing this for our future.
I know the future is important but will it be worth it if once you’ve achieved all your dreams, but when the time comes, I may no longer be by your side to celebrate it with you.
Pernah baca coretan suami yang kehilangan isteri dan not able to share his success with his wife? And he wished he spend more time with her instead of chasing his dreams?
I read that article multiple times and still feel sad about it. Sebab rasa dekat. Rasa sama. Kejayaan yang dikejar adakah pasti mampu dikongsi bersama nanti? Adakah berbaloi?
As much as I want to support your dreams, I have let go of my dreams too. I once wanted to be a pekerja contoh yang hebat serba serbi but now I have revised my dreams and plan to suit current situation.
I know my priorities; my family and kids. I love to travel freely but I cant now because of my responsibilities as a wife and a mother.
I let go those things for my family, to make you and our little family happy. Is that not enough? You on the other hand still have plans with the boys outing. Dah la PJJ, nak bercuti dengan kawan-kawan lagi. I feel ‘great’.
As much as I want to support you, sometimes I feel I can no longer stay strong. i just wish to be a good daughter, wife and mother to my family. Itu saja cita-cita terbaru aku. Lari banyak dari masa zaman muda. Haha. Tipikal mak-mak.
Okay readers. Banyak pula luahan. Tolong doakan aku kuat. Aku sayang suami dan keluarga aku. Aku just nak luah sebab nak tenangkan diri sikit.
Thanks for reading.
– Teringin nak jadi perfect (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit