Assalammualaikum admin dan para pembaca.
Saya Airis, berusia pertengahan 30an, punya 2 cahayamata lelaki berusia 6 dan 2 tahun dan sudah hampir 1 tahun menjadi surirumah kerana beberapa faktor dan salah satunya ialah anak.
Sewaktu bekerja pendapatan saya melebihi suami dan saya menyumbang 50% kepada segala perbelanjaan di rumah.
Saya terpanggil untuk menulis asbab membaca confession yang ditulis oleh Papa John semalam, (https://iiumc.com/salah-ke-anak-seorang/).
Maaf andai confession ini sangat panjang. Ini cuma nukilan yang saya ingin kongsikan berdasarkan pengalaman hidup saya sepanjang berkahwin selama 10 tahun.
Untuk memendekkan cerita, saya juga punya pemikiran dan perancangan yang sama seperti Papa John – punya seorang anak dan perancangan persaraan masa depan.
Malahan saya juga punya misi untuk bersama-sama suami mengembara ketika anak sudah membesar.
Namun benar kata orang, kita hanya mampu merancang dan perjalanan hidup kita tidak mungkin sama. Saya mungkin agak malang kerana bila perihal tentang anak, senantiasa akan ada ujian buat saya.
Anak didera pengasuh, pengasuh yang berhenti tiba2, anak allergy kepada sesuatu sampai memerlukan makanan khas.
Untuk pengetahuan saya pernah bercuti tanpa gaji 3 bulan saat pengasuh tiba2 berhenti kerja kerana sakit dan sekarang saya berhenti tahun lalu kerana anak juga – taska tutup angkara covid, anak yang tidak boleh bersekolah.
Cari pengasuh gantian? Tiada yang mahu membantu. Keluarga mertua, keluarga sendiri. TIADA yang sudi untuk membantu.
Bukan kerana kami suami isteri tidak baik, tapi entah, memang kami berdua ini adalah manusia yang membantu keluarga saat diperlukan tapi mereka hilang saat kami memerlukan.
Disebabkan segala yang berlaku dalam hidup saya, saya telah menghidapi sakit mental (depresi dan anxiety) – sedang dan masih dalam perawatan.
Kenapa cerita saya sama seperti Papa John? Kerana ketika dan saat ini, orang2 keliling termasuk suami saya masih lagi mengharap, meminta saya mengandung lagi dengan harapan saya bisa memberi anak perempuan kepada suami.
Sadis bukan???
Apa kurangnya saya? saya sudah mengandung. Punya dua anak lelaki. Apa lagi yang tak mencukupi????
Pasti anda tertanya2kan saat saya sudah tidak bekerja apa jadi dengan perbelanjaan. Segala simpanan sepanjang saya 11 tahun saya bekerja saya gunakan. Suami?
Saya yang memilih untuk berhenti, jadi saya harus fikirkan jalan untuk membayar segala perbelanjaan seperti saya bekerja dulu.
Dan suami juga masih kadang2 meminta supaya saya memikirkan soal menambah zuriat. Kalau lah suami tahu apa yang saya rasakan ketika ini.
Saat saya ‘bersama’ suami walaupun saya mengamalkan perancang, saya tetap berasa sangat takut, sangat panic andai kata saya mengandung. Lebih parah andai kata ada kelewatan period pada bila-bila masa – penyakit anxiety saya akan menjadi teruk.
Saya selalu berkias dengan anak2 bahawa yang abang anak sulung saya, yang adik adalah si bongsu.
Reaksi suami – kadang2 suami membalas jokingly yang mereka bakal beradik atau suami hanya menggelengkan kepala sahaja.
Mertua dan keluarga saya?? Tetap mereka akan bertanya dan meminta saya mengandung lagi.
Kadang2 bila datang rasa tak tahan saya, memang saya menjawab kembali-nanti kalau tiada pengasuh atau anak perlu dijaga oleh kami untuk tempoh yang agak lama atau kalau kami perlu bantuan kewangan membesarkan anak boleh ke mereka membantu?
Response mereka – jangan lah doa begitu or jangan berfikiran negative.
Entahlah, sekarang ini duit simpanan saya bakal kehabisan lagi 3, 4 bulan. Dalam keadaan kesihatan mental saya begini, doktor tidak menyarankan saya untuk berkerja kerana kerja harian saya berhadapan dengan tekanan yang tinggi.
Tentang anak – kadang-kadang saya memikirkan untuk berpisah sahaja dengan suami. Biarlah suami beristeri lain untuk mengejar impian mempunyai anak perempuan. Biarlah saya menjaga kedua-dua anak lelaki kami.
Buat anda di luar sana, kita tidak akan pernah tahu masalah dalaman sesebuah keluarga. Janganlah menambahkan masalah, lebih-lebih jika anda tidak juga mahu membantu. Doakan sahaja yang baik-baik atas apa sahaja keputusan ahli keluarga kita.
Buat suami, maafkan saya tidak dapat memberi zuriat perempuan buat mu. Bukan niat saya untuk merancang tidak menambah anak selama-lamanya tapi sayag juga sedia maklum keadaan kewangan kita dan juga keadaan kesihatan mental saya.
Saya sedih kerana sayang sepatutnya lebih memahami keadaan saya. Bagaimana tertekan nya saya saat diasak dan didesak tekanan kerja dan juga permasaalahan anak-anak kita.
Saya mohon di bulan ramadhan, kalian doakan semoga keadaan kesihatan saya akan bertambah baik, semoga saya boleh kembali semula bekerja dan semoga issue zuriat ini tidak anak menjadi tragedi buat keluarga kecil yang saya sayangi.
Terima kasih dari saya, Pn Airis – seorang ibu depresi yang cuba membantu diri sendiri.
– Airis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit