Aku ada seorang kawan lelaki. Sejujurnya dia ni dulu ex bf aku. Sepanjang pengenalan aku, dia adalah seorang lelaki yang baik.
Kami putus sebab tak sehaluan dan terlalu muda pada waktu itu. Tapi setelah 10 tahun aku terfikir untuk hubungi dia kembali. Niat aku hanya sekadar bertanya khabar.
Dia sekarang sudah bekerjaya dan telah berkahwin. Dari luaran nampak diorang ni sebagai pasangan yang sangat sweet. Aku bahagia melihat mereka.
Untuk pengetahuan aku juga telah berkeluarga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Namun sebaliknya bagi mereka, diuji belum dikurniakan rezeki anak.
Suami aku tahu tentang hal ni dan membenarkan untuk aku berkawan.
Dengan pengalaman yang aku dah lalui, aku ikhlas berkongsi apa sahaja rawatan atau ilmu pengetahuan yang sekadar aku tahu untuk mereka ikhtiar hamil. Ternyata mereka juga telah melakukan pelbagai rawatan dari segi perubatan moden dan juga tradisional.
Aku juga kenalkan seorang ustaz yang boleh membantu sekiranya terdapat masalah gangguan yang tidak diketahui oleh mata kasar manusia.
Aku juga pesakit sebelum ni dan telah mendapatkan rawatan. Beza nya aku bukan la ihtiar zuriat tapi konsep yang sama. Kita tak tahu kalau kita sebenarnya di dampingi.
Sebagai seorang bekas pesakit aku sangat mudah untuk berkongsi apa yang aku lalui. Aku juga merasakan aku seolah mempunyai deria rase ke 6 apabila aku selalu dapat kaitkan masalah yang kawan2 hadapi.
Berbalik kepada kawan aku ni, ternyata dia seorang yang sangat terbuka menerima pandangan. Dia bersetuju untuk hubungi ustaz dan ternyata isterinya telah didampingi saka keturunan.
Bermula dengan ustaz melakukan rawatan di rumah mereka, mengikut perubatan ustaz, mereka perlu habiskan rawatan sekurang-kurang nya 3 biji rumah bagi memutuskan gangguan tersebut.
Aku memuji kesungguhan kawan aku ni sebab dia sangat berusaha dan ternyata setelah rawatan mereka sendiri dapat merasakan perubahannya.
Contohnya sebelum jumpa ustaz, mereka dapati rahim si isteri tidak berada di tempat yang betul sebelum ini telah kembali elok di tempat asal. Alhamdulillah pastilah aku sebagai kawan gembira untuk perubahan ini.
Cuma tinggal 1 rumah belum diselesaikan lantaran kawalan pergerakan yang ketat, mereka bercadang nak selesaikan selepas raya nanti.
Setelah beberapa minggu berlalu sekali lagi aku dikejutkan dengan 1 berita yang aku sendiri tak pasti kesahihan nya. Cuma aku pasti kawan aku ni seorang yang jujur.
Terbongkar 1 rahsia yang mana kawan aku ni mendapati isterinya masih lagi pengamal hubungan sejenis (LGBT). Dan hubungan terlarang itu masih berjalan sehingga sekarang.
Perkara ini diakui sendiri oleh isterinya. sebelum mereka bernikah dia sememangnya dah tahu isterinye adalah seorang lesbian.
Tapi menurutnya dia telah berjaya membendung semua nya menjadi normal selama 6 tahun perkahwinan mereka. Alangkah terkejutnya aku menerima berita seperti ni.
Aku pasti tamparan hebat ni lebih memberi kesan pada kawan aku. Sungguh aku tak sangka sehebat ini dia diuji sebagai seorang suami. Sebagai kawan aku juga terikut beremosi.
Sedikit sebanyak aku juga terlibat dalam hal ni kerana kebanyakan gambaran awal dalam episod kantoi ni aku yang beri. Entah la sukar aku nak jelaskan, adakah ia kebetulan atau aku benar benar mempunyai deria ke 6.
Bermula la episod ketegangan dalam hubungan kami. Aku buntu di mana silapnya aku sebagai seorang kawan.
Pada mulanya dia menerima nasihat yang aku berikan. Kemudian dia cuba mengelak diri daripada aku. Punca nya aku telah mengeluarkan kata kata yang agak menuduh dan aku pasti dia telah terasa hati. Namun dah terlambat, whatsaap dan fb aku telah di block.
Aku termenung sendiri. Adakah dia salahkan aku atas segalanya atau adekah aku terlalu lantang bersuara.
Tujuan aku buat confession ni sebab aku rasa terlalu sedih. Sedih sebab adekah kesalahan aku terlalu besar sampai aku kena block.
Aku tak pernah berharap semua ni terjadi dari awal permulaan lagi. Semua nya dah suratan, aku faham jika dia perlukan ruang untuk selesaikan masalah rumahtangga mereka,
Tapi kenapa sampai block aku di socmed. Seolah olah aku lah pesalah dalam semua perkara yang berlaku.
Aku tiada niat untuk hancurkan rumahtangga seorang kawan. Niat aku nak membantu tapi aku telah disalah ertikan.
Aku ambil pengajaran dalam hal ni berpada lah dalam membuat kebaikan. Tidak semua orang boleh terima sebuah kejujuran.
Akhir kata, kalau kau baca confession ni aku minta maaf sangat. Aku faham kau dalam tekanan. aku masih mendoakan kau sebagai kawan. Semoga kau menemui kebahagiaan yang terbaik untuk kau.
– Nunu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit