Baru baru ini dekat tempat aku, sebuah Pusat Perubatan Swasta di Selangor, kisah seorang isteri mencari bekas suaminya yang telah menceraikannya secara dalam talian dan memutuskan semua komunikasi untuk dihubungi. Mereka PJJ dan tidak tinggal bersama.
Aku sangat simpati dengan Puan N yang bersusah payah menghubungi pelbagai pihak minta disampaikan apa apa kepada bekas suaminya yang katanya seorang doktor pakar bedah kaki perempuan dan hidung belang, berdasarkan beberapa bukti yang ada disertakan.
Aku yakin apa yang cuba disampaikan oleh Puan N itu memang benar kerana aku punya kenalan rapat yang juga mangsa kepada lelaki itu namun mereka tidak sampai berkahwin.
Kenalan aku cuma tempat lelaki tersebut melempiaskan nafsu sahaja dengan janji janji manis nikah juga.
Aku tak berapa pasti kisah Puan N namun daripada beberapa kisah dengan bekas suaminya, aku yakin Puan N tidak dengan sengaja mereka reka cerita terhadap bekas suaminya kerana kisah lelaki tersebut penah disiarkan dengan beberapa kisah yang berlainan juga memperdaya perempuan.
Puan N juga tidak berselindung di sebalik identitinya seorang yang berpendidikan, menguatkan kisah dia benar.
Mungkin mereka adalah sebahagian daripada mangsa mangsanya yang diperlakukan dengan cara yang sama. Tetapi ada beberapa komen dalam media sosial beberapa kisah lelaki tersebut daripada beberapa individu, yang menguatkan kisah tersebut.
Aku tak pasti setakat mana kebenaran namun yang terjadi kepada kenalan aku juga mangsa kepada lelaki tersebut memang kisah perdaya semata mata.
Dan yang pernah disiarkan sebelum ini pun kisah terpedaya juga. Bahkan khabarnya ada isteri orang juga.
Yang terjadi kepada bekas isteri lelaki tersebut, Puan N juga sebuah cerita yang aku amat yakin Puan N juga mangsanya. Cuma Puan N terikat dalam ikatan nikah yang memerlukan dia mencari lelaki tesebut untuk menyelesaikan masalah pernikahan mereka.
Katanya Puan N terperangkap sehingga dipoligami kerana penipuan status dan dengan ikatan nikah di sempadan. Namun diceraikan dalam talian dan dia berusaha mencari bekas suaminya untuk diselesaikan isu pernikahan dan penceraian mereka.
Bekas suami sudah sekat semua cara untuk Puan N hubungi. Aku sangat simpati.
Lelaki tersebut khabarnya mempunyai teman wanita baharu yang mungkin mangsa seterusnya.
Aku bersimpati kepada semua bekas isteri lelaki tersebut dan perempuan perempuan yang telah diambil kehormatan mereka atas janji cinta. Katanya lelaki itu mempunyai ramai anak dari perkahwinan dia yang banyak dulu.
Begitu juga kenalan aku yang menjalinkan hubungan bertahun tahun dengan lelaki tersebut dengan hubungan haram yang penuh dosa.
Menjalinkan hubungan ke katil di rumah sewa kenalan aku tanpa rasa bersalah dan pada masa sama ada mangsa lain diperlakukan dengan cara yang sama.
Aku ingin mengingatkan kaum perempuan perempuan agar jangan mudah tergoda dengan lelaki dalam FB atau IG yang terpesona dengan keindahan anda.
Mereka akan memasang perangkap ingin berkenalan sehingga menjalinkan hubungan yang hanya untuk dipermainkan.
Jika anda dengan mudah dijadikan mangsa, dia boleh buat perkara yang sama kepada orang lain juga. Dan lebih teruk lagi mereka mengaku duda seperti yang aku baca dalam kisah Puan N bahawa dia terpedaya dengan status lelaki tersebut di peringkat awal.
Kenalan aku juga dijanjikan untuk dijadikan isteri kedua kerana lelaki tersebut sedang berusaha memujuk isteri pertamanya. Namun sudah bertahun hanya janji manis untuk menjadikan kenalan aku tempat dia memuaskan nafsunya.
Untuk semua kaum perempuan , sekarang ini kita boleh semak status syariah seseorang dalam E Syariah. Jadi untuk tempoh awal berkenalan bolehlah cuba semak nombor kad pengenalan lelaki tersebut dan lihat sendiri rekod syariah yang telah ada.
Khabarnya lelaki tersebut mempunyai berbelas belas hampir 20 rekod syariah nikah cerai dan jenayah syariah juga. Jika diketahui lebih awal, perempuan lain mungkin dapat elak daripada menjadi mangsa seterusnya.
Apabila seseorang lelaki ingin berkenalan dengan kita dalam FB atau IG, kita lihat dulu komen dalam status mereka dan cuba cari kenalan rapat mereka.
Bolehlah kita PM kepada beberapa orang kenalan rapat mereka untuk mengetahui status lelaki tersebut dan selidiklah dulu peribadi mereka untuk membuat pertimbangan awal.
Jangan mudah tergoda dengan sikap lelaki yang kaki perempuan. Mereka mudah memujuk dan pandai mencairkan hati perempuan. Mereka ada pengalaman untuk menundukkan perempuan.
Seorang lelaki yang baik tidak akan cepat menjanjikan pernikahan dengan mudah. Itu cuma janji manis mereka untuk dapatkan anda dengan cara yang senang.
Apabila sudah dapat maruah anda, anda akan ditemukan dengan segala keburukan dan dijadikan alasan untuk mereka meninggalkan anda.
Pada ketika ini, mungkin mereka mempunyai perempuan lain untuk dijadikan mangsa. Mangsa mangsa akan ditinggalkan dalam keadaan maruah yang dibuang begitu sahaja.
Untuk semua kaum hawa janganlah memilih untuk bernikah di sempadan walau apa jadi sekali pun. Ini sebenarnya membuka ruang kepada suami anda untuk mengambil mudah masa depan anda.
Contoh pada kisah Puan N, lelaki tersebut sudah ceraikannya dan tidak mahu menguruskan pendaftaran nikah dan cerai mereka kerana ingin lepas tangan terhadap isteri.
Bayangkan kalau ada anak, isteri mesti bersusah payah menguruskannya sendiri demi masa depan anak. Si bapa sudah gelap mata dengan perempuan lain. Apa nak dihirau tentang bekas isteri dan anak.
Lebih kejam lagi entah mereka tidak mahu mengaku itu anak mereka dengan status nikah di Malaysia tidak wujud, mereka mudah lepaskan diri.
Akhir sekali, janganlah mengejar status dan kedudukan. Sesiapa sahaja mahukan pasangan yang bekerjaya hebat dan ternama.
Tengok lelaki hebat hendak berkenalan terus melayan dan akhirnya hanyut dalam dosa maksiat dan zina. Lelaki yang baik tidak akan memperlakukan bakal isterinya semurah itu.
Tambahan pula lelaki yang berselindung di sebalik identiti soleh dengan menampakkan ciri ciri warak.
Kepada kenalan baik aku bernama EZ, aku simpati dengan kau. Kau sangat percaya semua kata kata lelaki tersebut sehingga kau masih tunggu dia sedangkan dia tidak ingin menjadikan kau sebagai isterinya. Dalam tempoh bersama kau, dia menikahi Puan N.
Aku juga simpati kepada Puan N berdasarkan kisahnya. Aku tahu dia sudah habis cara untuk mencari jalan selesai.
Biarlah doktor lelaki itu terus hanyut dengan mengejar perempuan. Berdasarkan kisah yang ada sebelum ini, memang itu kegilaan dia dari dulu lagi sehingga beberapa belas kali pernikahan dan penceraian,
Pernah bernikah di sempadan juga, lebih tiga kali menceraikan isteri yang berbeza di luar mahkamah dan luahan mangsanya yang belum dinikahi, diperdaya dengan cara yang sama.
Mungkin dari modus operandi yang sama menghubungi melalui FB dan IG dengan kata kata manis. Angkatlah tangan dan berdoalah. Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.
– SN D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc. com/submit