Suruh Mak Jaga Anak?

Baru baru ini saya ada terbaca di sebuat page mengenai seorang isteri yang meluahkan kesedihan kerana MIL pukul anak dia sepanjang anak dia dibawah jagaan MIL dia.

Kisah dia mengingatkan saya pada kisah Mak saya.

Adik saya dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri adik saya surirumah. Tetapi, adik saya gemar hantar anak2 nya kerumah Mak. Semakin hari, semakin kerap.

Saya perasan, Mak juga berubah, Mak jadi makin panas baran, kadang benda bukan salah sesiapa pun, Mak akan cepat melenting.

Satu hari, saya dapat whatapps dari ibu saudara saya, ibu saudara saya minta saya nasihat adik, sebab suka hantar anak ke rumah Mak.

Mak mengadu dekat ibu saudara saya yang Mak penat jaga anak2 adik saya. Ibu saudara tunjukkan video anak2 adik saya panjat sofa Mak, panjat pokok jiran, sampai jiran bising dekat Mak apa semua.

Saya pula anggap benda tu macam Mak ok. Sebab tiap kali adik hantar anak2 ke Rumah Mak, Mak tak ada cakap apa pun.

Cuma nampak like Mak tak welcoming cucu2 dia tu. Macam.. ko nak masuk, masuk. Tak nak sudah. Ikut korang lah nak buat apa.

Dan sabtu ahad biasanya saya balik Rumah Mak sekejap, ajak Mak beli barang basah dapur Mak ke apa, apa yang Mak perlu, or Mak nak makan luar ke, haih mmg budak2 tu ada.

Saya pelik jugak kan, macam.. eh ahad pun ada? Mak cuma jawab “entah”.

Pernah nampak Mak ambik rotan, rotan budak2 tu bila budak2 tu buat sepah depan Rumah jiran. Jiran datang rumah mengadu dekat Mak saya. Takut saya tengok mak saya marah budak2 tu.

Jadi, saya contact adik saya. Saya tanya apa sebab sampai hantar anak2 dia ke Rumah Mak? Ahad pun anak2 ko ada. Isteri dah kerja ke apa?

Jawapan adik saya sangatlah membuatkan saya rasa, “ko ni bebal lah dik” boleh dia jawab “bini aku letih, dia yang suruh aku hantar rumah mak”

Saya tanya, berapa bayar Mak untuk jaga anak2 ko tu? Dia jawab “mana ada duit nak bagi”,

Maaflah, saya berangin gila bila adik saya cakap macam tu, saya call bini dia saya maki ajer terus. Sampai adik ipar saya block saya.

Saya sambung maki adik saya, dan on the spot saya suruh adik saya ambik anak2 dia bawak balik ke Rumah dia.

Adik saya ikut, mintak kerja half day and ambik anak2 dia. Saya sambung lagi maki depan2 pula, sebab saya tak boleh terima alasan adik saya yang hantar anak2 dia ke rumah mak just sebab bini dia letih.

Memang sejak ada anak2 dia, saya susah nak bawak mak keluar, kalau bawak Mak keluar, TERPAKSA bawak 3 orang budak tu sekali.

Saya pula yang tengokkan budak2 tu, anak saya suami pegangkan. Saya bukanlah ibu saudara yang jahat. But, sometime, kita nak ketenangan juga dengan Mak kita.

Bini awak senang lenang dekat Rumah. Eh kita pula yang kena jaga anak2 awak. Saya balik rumah mak bukan nak serve kan diri ni untuk jaga tengok anak2 awak.

After kejadian tu, saya tanya Mak, kenapa Mak diam tak bersuara bila Mak letih jaga anak2 adik. Mak kata, Mak kesian dekat adik.

Haha. Sebagai anak no 2, dah tentu saya tak akan senyum tersimpul dan menerima seadanya dengan jawapan Mak tu. Dah tentu saya bebel juga dekat mak saya.

How can Mak bagi jawapan macam tu? Mak kemain ye, dengan anak lelaki. Cuba kalau saya,

Mak pernah cakap dekat kawan2 saya, “anak Ana nanti makcik malas nak jaga, biar Ana berdikari sendiri jaga anak, jaga suami.

Dia cikgu, pandailah dia cari pengasuh ke, makcik tak bagi dia hantar anak2 dia ke Rumah makcik, Rumah Mak mertua dia pun makcik tak bagi. Ana kena belajar urus Rumah tangga, anak2 dengan Suami dia”

Now what happen Mak? Why dekat anak lelaki Mak tak ajar, tak cakap macam tu?

Mak cakap, mak tak sangka anak lelaki boleh buat Mak macam tu.

Tapi Mak berterima kasih dekat saya juga sebab saya nasihatkan (saya marahkan) adik saya tu. Sebab Mak kata Mak letih sangat jaga budak2 tu. Mak juga kata, emosi Mak juga terganggu.

Itu lah silap ibu2bapa ni. dekat anak perempuan, macam2 dia. Tapi bila anak lelaki, “redha” sangat kan apa yang anak lelaki tu buat.

Hubungan saya dengan adik saya ok. Kak long saya di utara juga ada nasihatkan adik lelaki saya. Cuma isteri adik saya ja masih block saya. But I don’t care. Ok jer.

Kadang Kak long ada juga bagi screenshot dekat saya status isteri adik saya tu dulu yang kononnya saya ni toxic la apa. Lantak engkau lah. Kesah pulak aku.

Saya tak boleh jadi macam Kak long yang very lembut, nak tunggu dulu, nak tengok dulu. That why lah saya ni bukan Kak long agaknya. Well, Makngah kan memang terkenal dengan sikap terus terangnya.

Ok itu saja kisah. Confession di page tu benar2 mengingatkan kisah adik saya. Hopefully confessor tu bukan sejenis sespesis isteri yang ambil kesempatan kepada orang tuanya.

Kepada lelaki, bertindak bijaklah dalam menguruskan Rumah tangga anda. Kepada isteri dan suami, janganlah kita ambil kesempatan dengan kebaikan orang tua.

Suami saya juga pernah bagi cadangan hantar anak2 ke Rumah mak saya or Mak dia saja since kami ni dua2 bekerja,

Tapi sebab Mak dah cakap, dan ajar saya untuk saya dan Suami jangan susahkan ibu bapa selepas berkahwin, so kami usaha carikan pengasuh. Cuma terkilan Mak tak ajar anak lelaki dia macam tu.

Ok, jangan kecam saya ye. I’m not the toxic one. Kot ada pula kecam saya kata saya kakak ipar toxic.

Huhu daaaaa…

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *