Assalamualaikum.. Nama aku Fija. Tinggal di selangor. Berkahwin pada umur 23 tahun. Masa ni suami bekerja sebagai polis dan dah beli rumah teres dua tingkat.
Gaji suami hanya RM3500 sebulan. Kalau dikira memang cukup belanja setiap bulan. Sebab kami dua orang je. Belum ada anak lagi. Masa tu kami ada hutang riba kereta myvi dan rumah.
Sepanjang membayar riba ini, hidup amat tertekan, stress! Kereta asyik rosak yang pelik-pelik sepanjang kami bayar riba secara bulanan.
Rumah tangga kami pun agak goyah masa tu. Disebabkan hutang yang melilit kami. Sampailah satu masa, Allah bukakan jalan untuk kami berniaga!
Satu hari untung tak banyak pun.. RM50 je. kadang-kadang dapatlah RM100 sehari. Disebabkan perniagaan ini, suami berhenti kerja.
Suami bagitahu dia kerja sambil lewa, duit yang dapat pun mungkin tak berkat dan masa tu aku mengandung. Tapi aku redha dengan ketentuan Allah. Rezeki Allah yang bagi, bukan manusia.
Dalam beberapa bulan sahaja, kami dapat kumpul duit nak cashkan myvi. Rumah memang tak mampu lagi nak cash. Kami cashkan myvi yang hanya berbaki 2 tahun je lagi ansuran bulanan.
Selepas cashkan myvi, hidup kami tak stress. Hubungan makin baik. Yang paling suprise, myvi dah tak meragam pelik-pelik sepanjang aku bayar riba dulu. Sampai sekarang elok.
Disebabkan aku tahu buruknya riba, jahatnya riba, aku niat nak beli kereta kedua secara tunai. Tak mahu hutang lagi. Tak sampai beberapa bulan aku dapat membeli kereta sedan second hand secara tunai yang berharga RM58000.
Aku sumpah! Sepanjang aku pakai kereta kedua ni tak pernah rosak walaupun second hand! Aku dapat kereta ni masih berbalut plastik dibahagian-bahagian tertentu. Buku servis cantik, sebiji macam kereta baru.
Suatu hari tu, pakcik aku call. Dia pun berminat nak beli kereta yang sama macam aku. TETAPI dia beli secara full loan.
Aku dah nasihatkan dia tentang riba, tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mungkin sebab dah tertewas dengan nafsu maka dia beli juga. Pakcik aku beli second hand sebab dia tengok aku pakai elok tak rosak.
Dia beli lagi murah.. RM45000 saje. Biasalah kereta cepat turun harga. Sepanjang dia pakai kereta tu tak pernah yang tak meragam! Eksiden.. Tayar pecah lah.. Rim patah lah.. Airbag problem dan macam-macam lagi.
Berbeza dengan kereta aku. Sedangkan dua-dua second hand. Nampak kan.. bila sesuatu yang terpalit dengan riba, memang ada yang tak kena.
Jadi kalau korang asyik eksiden, kereta meragam tu jangan mandikan kereta dengan air baca-baca pula ya. Fikir balik apa yang kita dah buat salah dengan Allah. Selidik semula kehidupan kita.
Sekarang aku tengah berusaha keras nak cashkan rumah. Setiap bulan aku bayar lebih dari yang sepatutnya. Sekarang Rumah berbaki RM100 ribu sahaja. Aku target tahun ini juga aku nak langsaikan. Doakan aku.
Kenapa beli kereta kedua? Kenapa tak cashkan rumah dulu? Itulah dia cabaran-cabaran bila kau nak buat sesuatu yang baik. Duit yang sepatutnya aku buat bayar rumah, aku beli kereta lagi 1.
Semua sebab keluarga aku tanya pasal bisnes yang aku jalankan. Family aku tak habis-habis suruh kami kerja semula. Katanya, bisnes kami tak jadi, tak nampak kemajuan. So aku beli kereta lagi 1 tu, untuk tutup mulut family aku.
Rupa-rupanya tak tutup mana pun. Sekarang family suruh aku beli kereta besar lagi. Jadi aku persetankan kata-kata tu. Aku buat pekak dan teruskan target aku untuk cash rumah! Memang rasa susah nak bayar riba tu meninggi dalam diri.
Syaitan kadang – kadang berbisik.. “Buat apa kau cashkan rumah. Kau masih boleh bayar. Lebih baik kau tambah lagi kereta baru. Kau renovate rumah cantik-cantik. Hutang tu nanti dulu. Bila lagi kau nak merasa kereta mewah, rumah cantik, travel sana sini, makan sedap-sedap?”
Kadang-kadang kita rasa kenapa susah sangat nak settle riba ni kan? Sebab syaitan suka kau berhutang! Syaitan suka kau dalam riba.
Syaitan suruh kita buat riba sampai mati. Tarik hutang dari 30 tahun hingga jadi 40 tahun. Tambah lagi hutang sampai kau sendiri terbelit dengan personal loan, kad kredit, ahlong dan sebagainya.
Syaitan suruh kau tambah lagi aset konon kaya dan berjaya. Hakikatnya kau hidup dalam dunia tipu daya saja. Nak beli sesuatu kau fikir apa faedahnya pada kau lagi 5 tahun akan datang. Berbaloikah nak beli sampai berhutang??
Aku pun dah termakan bisikan-bisikan jahat sampai Terbeli kereta lagi 1. Tapi nasib baik cash bukan hutang.
Dapat juga aku tengok depan mata aku sendiri perbezaan aku beli kereta secara tunai berbanding pakcik aku beli full loan! Ada juga yang kata tu nasib-nasiblah kalau beli kereta second. Ada yang elok dan tak.
Aduhh! tepuk dahi.. tu bukan nasib, itu rezeki Allah bagi. Kalau semua bergantung pada nasib, macam berjudi pula ya. Kalau kau beli nombor ni, nasib-nasib la kau menang.. macam tu?
Nafsu manusia susah dikawal. Tapi kawal lah! Allah sayangkan kita. Memang ujian bila nak berbuat baik tu, lebih besar onak durinya. Usahalah jadi yang lebih baik. Jangan putus asa.
Sekian cerita aku tentang jahatnya RIBA. Yang tengah berusaha keras nak langsaikan hutang, aku doa semoga dipermudahkan. Terima kasih sudi baca sampai habis…
– Fija (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit