Perigi Yang Tak Dihargai

Salam & Hi semuanya, sebagaimana tertulis di tajuk, iya, akulah perigi itu.

Ceritanya bermula, aku berkenalan seorang lelaki yang menunjukkan satu warna baru dalam hidup aku. Kami mempunyai personaliti yang berbeza dan pemikiran yang juga berbeza.

Aku dan dia berumur lewat 20-an dan kami sama sama bekerja dalam satu kumpulan.

Pada mulanya, dia sama sahaja dengan lelaki lain tapi lagi lama aku kenal, lagi tertarik aku padanya. Kenapa ?

Sebab wataknya yang “clingy” dengan aku. Apa apa masalah tentang dirinya, keluarganya dan kerjanya, akan dia ceritakan pada aku dan minta pandangan aku.

Sakitnya juga mengeluh padaku dan minta perhatian dariku. Dia buatkan aku rasa penting dalam hidup dia.

Sebagai seorang yang tidak pernah bercinta seperti aku, siapa yang tak rasa berbunga kalau dibelikan makanan kegemaran,

Tolong dibukakan pintu, kalau demam, dia concern dan malam malam ada orang gayut. Semua itu pula, datang tanpa diminta.

Disebabkan perwatakannya dengan ku buat aku runsing dan kerna aku juga mahu menjaga diriku daripada jatuh cinta di kancah yang tak pasti,

Aku mula kan bertanya padanya, apa pendapat dia terhadap aku dan aku maklumkan sudah mula sukakan dia.

Tetapi, aku salah, aku sebenarnya adalah sekadar peneman dia menjalani hari2 dia.

Macammana terciptanya kekasih bayangan cakra khan, begitu jugalah kisah aku. Dengan alasan, hatinya belum terbuka dan akrabnya dia dengan aku adalah sekadar kawan.

Jadi, diatas dasar kawan, aku hormat keputusannya dan berkawan seperti biasa.

Hari berganti hari, dia masih datang pada aku seperti biasa walau dia tahu tentang perasaan aku pada dia.

Aku sebagai seorang yang sayang dan suka, tak mungkin aku boleh bersenang lenang mengabaikan text dan call dia. Aku belum sekuat itu.

Sampailah satu masa, dia bercerita pada aku tentang dia ada menyimpan perasaan dengan kawan sekerja kami. Seorang yang tidak mesra dengannya dan itu yang membuatkan dia tertarik katanya.

Mungkin itulah fitrah manusia, mendambakan orang yang menolak kita. Aku mula berpikir, mungkin rupa paras ku bukanlah seperti yang dia mahukan sebagai seorang isteri.

Kenapa aku berkata begitu, kerana kawan ku itu seorang wanita yang cantik. Dan dia pernah katakan, kalau kawanku itu melayannya, dia akan mula kan langkah serious.

Jadi, tercetus lah anggapan ku mungkin diriku ditolak bukan kerana dia tidak bersedia, tapi perkara lain.

Jangan risau, aku masih tetap bersyukur dengan diri aku sekarang. Cuma ayah yang sentiasa mengatakan “cantik lah anak ayah ni”.

Tetapi, apa yang paling aku marah sekarang adalah dengan diriku sendiri, kenapa susahnya aku untuk lepaskan dia.

Dan haritu aku sudah memberitahu dia yang aku bertujuan untuk membawa diriku dan berharap dia tidak lagi clingy pada aku.

Malunya aku, ini bukan pertama kali aku berkata begitu tapi aku kalah dan masih melayannya seperti biasa bila dia text dan call aku.

Tetapi kali ini, aku tekad, aku akan abaikan text text nya setelah aku maklumkan niat goodbye aku itu.

Oleh itu, aku mohon doa kalian di bulan Ramadhan ni semoga rezeki jodoh ku cepat jadi aku tidak merisaukan ayah aku.

Kuatkan aku, Ya Allah. Terima kasih atas bunga yang kau hadirkan walaupun sekejap, aku sempat merasakannya.

Terima kasih membaca :)

– Nona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *