Ipar Yang Overacting

Assalamualaikum. Namaku Melor, 30an. Berkahwin lebih 10 tahun (pernah bercerai dan rujuk semula), dan mempunyai 2 anak.

Seperti yang selalu kita dengar, orang cakap perkahwinan tu bukan hanya dengan pasangan, tetapi turut melibatkan keluarga spouse kita. Begitulah yang kucuba buat di awal perkahwinan

Namun, dari awal perkahwinan, sudah nampak perangai iparku yang tak semenggah.

Selalu datang rumah tak kena masa, kami balik kerja/ oncall datang terjah tanpa bagitau dan apabila datang ke rumah tanpa segan silu buka semua bilik/ peti sejuk macam rumah sendiri.

Kalau kami buat kenduri/ keramaian di rumah, kawan mereka & kawan anak- anak mereka pula yang ramai mereka jemput.

Suami selalu sparekan guest list untuk kawan mereka. Sampai ada sekali tu kawan mereka yang ‘transgender’ bergambar di atas katil kelamin kami pula.

Sedikit latar belakang, aku & suami kedua-duanya dari broken family, kami sama-sama dibesarkan oleh ibu tunggal.

Alhamdulillah, ibuku memang sangat menitik beratkan didikan agama& encourage kami adik beradik untuk belajar sehingga at least degree.

Manakala arwah ibu mertua seorang muallaf, keluarga suami agak jauh dgn cara hidup islam dan juga ilmiah. Aku cuba untuk tidak highlight jurang tersebut dan sebaik mungkin membimbing suami.

Kakak-kakaknya sangat kasar melayan ibu mereka yang sudah nyanyuk. Banyak kali ditengking & ditinggal sendirian.

Akhirnya adik beradik lelaki yang banyak menguruskan makan pakai arwah ibu mertua.

Bagiku agak malu juga untuk membenarkan adik beradik lelaki memandikan ibu, sedangkan ada lagi anak perempuan yang boleh membantu.

Aku pernah bagi cadangan pada suami untuk ajak ibu mertua tinggal sekali. Tapi alasan nya takut adik beradik lain tuduh kami mau merebut harta.

Setelah ibu mertua meninggal, suami yang dari dulu masih baik dengan ayahnya mengajak bapanya untuk tinggal bersama kami.

Aku pada mulanya agak tak selesa, bimbang kurang privasi dan aku memang tidak biasa dengan kehadiran seorang ayah kerana tidak pernah tinggal dengan ayah sendiri.

Tapi ku turuntukan juga permintaan suami , walaupun kekok. 8 tahun lamanya ayah mertua tinggal bersama kami.

Setiap kali adik beradik suami datang ke rumah, pasti dia tak mahu keluar bilik jumpa anak-anaknya. Memang anak-anak dan cucunya kasar dengannya.

Walaupun perangai kakak-kakak dan abang (Lili, Fifi dan Abu) suami sebegitu, suami selalu memenangkan sikap mereka. Kononnya sewaktu dia kecil merekalah yang banyak menyara & menjaga dia.

Suamiku bekerja di bidang pengurusan kewangan. Alhamdulillah hidup kami sekeluarga cukup dari kewangan, dan suamiku pemurah dengan keluarganya.

Namun sikap pemurahnya sering diambil kesempatan oleh adik-beradiknya. Kalau kami berjalan pasti ada yang mau ikut. Aku tak kisah kalau mereka jenis membantu & boleh bertolak ansur.

Sebaliknya mereka sibuk bershopping, tak mempedulikan anakku yang masih bayi menangis kepanasan & kelaparan, terpaksa sama-sama mengikut makciknya.

Suamiku tak benarkan kami berpecah pulang, kononnya kakak nya tak pandai berjalan di negara orang.

Ada satu ketika kami pergi bercuti di apartment tempat kerja suami, kakak-kakaknya juga mahu ikut. Diajaknya pula kawan² nya yang lain.

Selepas makan malam, tiba-tiba rajin pula kakak iparku Fifi mengemas meja. Rupa-rupanya ingin mengajak kawan-kawan berjudi di meja makan tersebut.

Sangat tidak patut, sudahlah tumpang percutian kami, anak masing-masing pun ada, ditunjukkan perangai berjudi. Bila aku tunjuk reaksi tidak setuju , aku pula yang dikecam.

Walaupun aku banyak tak bersetuju dengan sikap ipar-iparku, aku tiada masalah dengan anak-anak mereka. Aku sangat menyokong mereka untuk menlanjuntukan pelajaran.

Malah aku yang menjadi penjamin anak Lili untuk pinjaman pelajarannya di Amerika.

Sepanjang dia di sana, aku & suami banyak membantu dari segi pembelian tiket dan sebagainya. Sehinggalah urusan hendak meminang bagi pihak anaknya pun meminta bantuanku dan ibuku.

Dipendekkan cerita, tahun lepas aku sudah tidak mampu bertahan dengan sikap suami (mungkin di posting lain akan kuceritakan tentang ini). Aku memfailkan tuntutan cerai.

Tiba-tiba sahaja kakak iparku membuang aku dari group whatsapp family sebelum kami bercerai. Alasannya ayah mertua tak suka aku.

Walhal, 8 tahun bapanya tinggal bersama kami dan akan mengelak untuk berjumpa anaknya itu.

Tapi aku bersyukur sebenarnya tak perlu lagi melayan karenah iparku. Aku terus block semua sosial media iparku.

Aku & suami bercerai tepat sebelum PKP 1. 0, namun seorang dari keluarga suami pun tidak tahu, kerana dia tak mahu menceritakan kepada keluarganya.

Tak pasti kenapa dia tidak berkongsi cerita kami berpisah ini dengan adik- beradiknya, yang pada hal selalu ambil kesempatan & dimenangkan oleh suami.

Namun sejurus sebelum habis iddah suami mohon untuk rujuk. Aku terpaksa akur untuk rujuk memandangkan pejabat agama tidak menguruskn kes bantahn rujuk ketika PKP,

Bagi ku mungkin Allah dah tetapkan jodoh kami masih ada. Namun aku berikan syarat supaya tidak memaksa aku melayan karenah adik-beradiknya.

Sudah hampir setahun aku tidak perlu melayan karenah ipar-iparku. Aku sebenarnya masih cuba ‘forgive&forget’ dan cuba redha dengan apa yang telah dilalui.

Bukan mudah untuk move on walaupun telah bebas dari dunia mereka, 10 tahun hidup ‘dibuli’ dan suami pula dulu menambah tekanan. Sungguh aku lebih tenang apabila putus hubungan dengan mereka.

Tapi sejak bulan lalu, dengar cerita anak kepada Lili hendak berkahwin. Sungguh, aku gembira dengan berita itu, tapi aku sangkakan aku tidak dijemput memandangkan aku dah setahun pun ‘dibuang’ dari keluarga mereka.

Namun suami maklumkan Lili menjempuntuku. Tak tahu mengapa aku jadi berang, dan masih tak boleh terima untuk masuk semula ke dalam ‘circle’ mereka. Aku cakap pada suami, tak ada perasaan bersalah atau malu kah?

Dah setahun boikot aku, tiba-tiba mengharapkan aku join acara tertutup mereka itu (bilangan tetamu terhad kerana masih PKPB), siap beri arahan untuk beli 3 pasang baju untuk 3 acara berasingan.

Suamiku pula bagitau sebelum majlis Lili akan datang berjumpaku untuk minta maaf dan sekali untuk menjemput.

Tiga hari sebelum anaknya bernikah baru Lili datang, seperti tak ada apa-apa pernah berlaku, Lili bagitau tujuan datang untuk menjemput ke majlis nikah anaknya.

Sekali lagi aku tak mampu kawal marah, aku tanya kenapa baru datang, sedangkan dah setahun tak bertegur dan aku tanya apa salah aku. Dia terkedu dan pulang.

Oleh kerana hanya short notice untuk jemputan tersebut, aku tidak pergi (tidak dapat cuti) dan dalam masa yang sama aku belum bersedia untuk masuk dalam circle toxic mereka.

Aku sekadar berkongsi cerita di sini. Pada pendapat semua, perlu kah aku berbaik semula dengan family ipar?

– Melor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *