Penat Dengan Prinsip Sendiri, Aku Nak Rentas Negeri

Salam rakyat Malaysia. Saat membaca ni mesti hati kamu semua berderau kan pasal rentas negeri? Dah berapa lama korang tak balik kampung?

Aku sendiri dah setahun lebih tak dapat balik. Puncanya masa PKP fasa 1 dilonggarkan, aku ada komitmen kerja dan memang tak sempat balik. Bila ada dah plan nak cuti panjang, sekali PKP fasa 2 dilaksanakan pula.

Jadi aku tersangkut di rumah sewa seorang diri. Lama-lama aku murung dan mula berkurung di rumah. Lama sangat tak jumpa ibu ayah. Raya tahun lepas pun aku raya sendiri dengan kawan serumah. Tak sama feelnya.

Kesian ibu ayah raya berdua. Sudahlah aku anak tunggal, tak sampai hati rasanya lama tak jenguk mereka. Sebenarnya aku ada saja jalan cilok balik kampung.

Dari negeri aku kerja nak merentas balik kampung, aku tahu ada jalan dalam tapi masanya memang agak lama. Kalau ikut jalan biasa 1 jam lebih sahaja dah sampai.

Tapi bila ikut jalan tikus ni, dekat 3 jam juga. Kalau ikutkan hati, aku boleh saja balik ikut situ. Langgar je. Aku ada kawan sekampung kerja di negeri sama.

Dialah yang beritahu aku ikutlah jalan dalam tapi aku ada prinsip. Bila KKM dan pihak balai tak benarkan rentas negeri, mestilah ada sebab. Aku sangat takut macam mana bila balik, aku bawa wabak pada ibu ayah?

Jadi fikiran aku, biarlah tunggu bagi rentas. Kemudian aku akan balik dengan saluran dan cara yang betul. Bukan ikut jalan tikus bagai.

Ada sekali tu aku terlampau rindu, pagi-pagi aku pergi balai dan terus terang saja. “Boleh tak saya nak minta jasa Tuan izinkan saya balik kampung jenguk mak ayah? Sekejap 1 hari pun jadilah”.

Tapi anggota disitu sound dia cakap “sekarang bukan awak seorang saja yang rindu. Kami pun sama. Rakyat lain pun sama. Awak jangan pentingkan diri. Lagipun mak ayah awak sihat lagi kan?”.

Aku getus dalam hati. “Habis takkan nak tunggu sakit/mati baru aku boleh rentas?”. Aku rasa kecik hati sebab aku ada dengar orang dapat budi bicara balik jenguk mak ayah. Sebab tu aku cuba tapi takpelah bukan rezeki aku.

Aku alami depression, aku bukan diagnosis sendiri. Tapi memang akan berjumpa kaunselor setiap bulan 2-3 kali.

Selain masalah kerja, masalah rindu pada keluarga juga buat semangat aku down. Ibu ayah kita makin tua, kesiannya waktu macam ni aku dah setahun tak balik rumah. Biasanya setiap hujung minggu balik untuk recharge energy.

Bila masalah mental aku makin serius, doktor cadangkan aku balik kampung sebab hanya keluarga yang boleh berikan aku moral support. Kalau balik sekejap pun dah syukur sangat.

Aku bawa surat tu ke balai. Tapi ini balai di kawasan lain. Jawapan tetap sama. Ada surat sokongan perubatan pun balai tetap tak bagi lepas.

Mungkin sebab sakit mental ni adalah benda yang kita tak boleh nampak secara fizikla jadi bagi mereka mungkin aku boleh cure dengan duduk di rumah sahaja?

Sedangkan di rumah sewa, aku selalu menangis terlalu rindu ibu ayah. Beberapa kali cubaan aku gagal. Ada kan jalan dalam tapi aku tetap tak nak guna. Cara aku ni tertib. Apa-apa kena dengan kebenaran. Aku tak biasa langgar undang-undang. Itulah aku.

TAPI PRINSIP AKU TU AKHIRNYA ROBOH RANAP SEKELIP MATA.

Bila tercetus isu artis kahwin, dekat situ rakyat Malaysia memang dah mula bengang. Mungkin mereka rentas dengan dokumen tujuan kerja tapi rupanya pergi bulan madu?

Kertas siasatan dah berapa kali berputar bagi sana sini tapi masih di situ? Nasib dah sah kena compound RM60 ribu. Tapi sedih lagi kes peniaga kecik kena RM50k seorang.

Korang ada baca kes orang di Sabah keluar kampung bawa anak OKU beli barang dapur (sebab bekalan makanan habis), mereka dikompaun Allahuakhbar.

Tak cukup dengan tu, siapa entah instafamous dapat rentas negeri untuk berikan kejutan pada mak ayah? Bagi kereta mewah. Siap kongsikan video di instagram lagi. Masa tu aku dah sangat-sangat kecewa dan kecil hati.

Lagi terkilan bila si perempuan tu bagi pesan kononnya “bab mak ayah kat kampung jangan main-main. Cuba minta dekat balai elok-elok. Minta sungguh-sungguh. Jangan tunggu-tunggu lagi-lagi kalau parent dah tua”.

Dari situ aku sangat bencikan dia. Apa dia ingat kita ni taknak balik kampung ke? Apa dia ingat kita tak merayu-rayu ke di balai?

Aku baca cerita ada yang mak dah nazak pun tak dapat balik. Haaaa kalau rakyat biasa memang kena tunggu ada kematian baru dapat balik ke?

Kami tak mampu balik bagi hadiah mewah pada mak ayah. Tapi kami juga seorang anak yang cuma mahu melunaskan rindu pada mak ayah di kampung.

Balik sehari pun dah terasa syukur.

Aku terfikir semula. balai ketatkan syarat rentas negeri dan kebenaran untuk 3 sebab utama iaitu KEMATIAN, KECEMASAN, URUSAN KERJA macam tu la.

Jadi Puan Leey*na tu kategori mana? Adakah balik untuk buat surprise tu satu KECEMASAN yang merupakan salah 1 syarat pelepasan rentas negeri. Atau sebenarnya kita salah kerana MENJADI MISKIN DAN TIDAK KAYA?

Ada lagi isu artis baru kahwin honeymoon ke Sabah. Paling aku sakit hati, hari tu aku telefon seorang kawan di tempat kerja lama zaman lepas SPM dahulu. Tergerak nak bercerita pasal rentas negeri. Aku tak beritahu pasal masalah aku.

Tapi dia terlepas cakap. Raya nanti dia dapat balik kampung. Pelik aku, dari Seremban macam dia akan rentas balik Batu Pahat? “Dengan alasan apa kau nak balik?” aku tanya dia. Rupanya kakak ipar dia seorang anggota balai.

Jadi keluarga dia yang juga berada di Bangsar KL dan Kedah pakat dapat surat special. Surat rentas negeri pakai cable siap boleh bahagi-bahagi lagi. Agih2 dah macam borang apa. Remuk hati aku bila dengar.

Ahli keluarga ada orang dalam. Mudahnya urusan mereka nak rentas untuk bergembira sambut raya nanti. Kita semua yang tak ada apa-apa ni jela akan terperuk menahan rindu.

Bayangkan yang dari Kedah tu berapa roadblock kena hadap? Tapi tak payah risau kan. Mereka ada surat istimewa kan. Aku tak ada. Korang pun tak ada. Mereka SPECIAL.

Dari situ aku mula ada rasa hilang respect. Apa guna aku gila babi patuh kalau orang lain senang-senang dapat kelebihan? Perlaksanaan SOP berat sebelah. Tak sama rata. Golongan B40 hanya mampu terperuk sangat ketat nak balik.

Tapi golongan VVIP termasuk artis begitu mudah sangat. Sampailah satu hari aku call kawan sekampung aku tanya pasal jalan dalam.

Sekarang aku dah kenalpasti selok belok jalan tu. Bila-bila masa saja jika aku mahu, aku boleh hidupkan enjin kereta dan balik jumpa ibu ayah. Boleh begitu?

Aku ada prinsip sendiri. Tapi aku muak sebab wujud double standard melampau. Kita mati-matian ikut SOP tapi bila si kayangan langgar kebenaran atau ambil kesempatan, kita orang biasa kena tempias.

Tak rentas pun kes naik. Sedih rasa setahun sabar dengan harapan kes turun. Tapi orang lain punya pasal kita still tak dapat balik. Macam sia-sia.

Yang jadi mangsanya kita. Sedangkan nak masuk 2 tahun kita tahan rindu. Maaf. Mungkin sampai sini saja prinsip aku sampai sini sahaja.

Andai kata kalian di tempat aku, adakah kalian akan ambil keputusan balik dengan jalan dalam juga? Atau korang akan terus berpegang dengan prinsip “PATUH” dalam keadaan yang kurang adil sekarang?

Aku perlukan jawapan. Hati aku kuat nak langgar balik saja ikut jalan dalam. Cuma separuh lagi hati aku ada rasa bersalah. Sangat bersalah.

Minta pendapat kakak-kakak dan abang-abang semua.

Sekian, insan yang MUAK dengan perlaksanaan undang-undang berat sebelah.

– Rizalnam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *