Assalamualaikum, hai semua, nama ku Tita (bukan nama sebenar). Terima kasih banyak2 kepada admin IIUM Confession sekiranya tulisan aku ni disiarkan.
Aku baru berkahwin bulan 12 tahun lepas. Apa yang aku nak kongsikan ni bukan berkisar tentang kehidupan aku dan suami, tapi apa yang aku lihat pada orang sekeliling aku.
Tak dinafikan, setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Tapi kalau suami isteri itu saling melengkapi, bagi aku datang la segala ribut taufan pun, mesti boleh hadapi dengan baik.
Aku dan suami bukan la sempurna. Suami aku anak tunggal, ibunya pula ibu tunggal. Jadi pasti keutamaan seorang anak lelaki adalah ibunya. Ya, kebiasaan anak tunggal ni selalu di ‘control’ oleh ibunya. Tapi Alhamdulillah, ibu mertuaku tidak seperti itu.
Sungguh, aku sangat bersyukur dapat ibu mertua yang baik dan sporting. Buat masa ni aku dan suami masih berulang alik tinggal di rumah mertua dan rumah ibu bapaku sendiri. Nasib baik dalam 1 daerah yang sama rumah ibubapa kami berdua.
Baru 5 bulan usia perkahwinan, buat masa ni belum ada masalah yang besar memandangkan aku dan suami belum tinggal di rumah sendiri. Jadi belum tahu lagi cabaran rumah tangga yang sebenar kan.
Baik, stop tentang kisah rumahtangga aku. Aku nak cerita tentang apa yang orang sekeliling aku hadapi. Iaitu suami mereka sendiri.
Rakan sewaktu sekolahku, aku namakan Tati (Bukan nama sebenar). Tati, bagiku, seorang isteri dambaan semua lelaki. Pakejnya lengkap. Cantik, dan hebat dalam menguruskan rumah tangga.
Dia ada 3 orang anak, 2 orang lelaki, seorang perempuan. Comel2 belaka. Tati juga bekerja. Jadi anak2 nya diberi kepada ibu saudaranya untuk asuhan.
Bagi aku dia isteri dambaan lelaki kerana hebatnya Tati menguruskan semuanya sendiri. Pagi hari bermula jam 5 pagi, Tati bangun dan memasak untuk bekal diri sendiri dan suami. Selepas itu, Tati mengemas barang permainan anak2 nyaa dan barang rumah.
Sekitar jam 6.45 pagi, dia mula menguruskan anak2 nyaa. Selepas itu, sebelum 7.30 pagi dia sudah keluar untuk menghantar anaknya ke taska dan kemudian ke rumah ibu saudaranya. Sebelum jam 8, Tati sudah sampai pun ke pejabat.
Hebat kan.
Tepat Jam 5 petang, Tati terus pulang dan mengambil anak2 nya. Sekiranya tidak larat untuk masak, Tati akan menempah makanan dia restoran, itu pun bukan selalu. Kebiasaannya, Tati akan memasak sendiri.
Di mana suami Tati?? Suami Tati ada. Sentiasa ada tapi seperti tak nampak apa jasanya, betul? Sebab bagi ku, Kesemuanya Tati yang uruskan.
Tati selalu bercerita padaku, tentang penatnya dia menguruskan rumah tangga. Hingga menangis lah setiap kali dia bercerita.
Suami Tati bukanlah tak baik. bagi aku mereka masih saling berkomunikasi. Ini kerana, Tati yang lembut hati. Apa yang aku lihat pada suami Tati, dia memang mengharapkan Tati boleh uruskan semuanya. Tugas isteri lah katakan.
Tugas suami apa? Mencari nafkah? Tati juga bekerja. Malah Tati yang membayar duit pengasuh dan bil rumah. Bukan isu ini yang aku nak timbulkan. Tapi isu suaminya yang tak menyumbang langsung untuk uruskan hal rumah dan anak2.
Sekiranya Tati mampu bekerja dan membayar sebahagian dari perbelanjaan bulanan, mengapa suaminya tidak boleh berbuat yang sama dalam rumahtangga.
Malah, bila Tati ada buat salah, suaminya boleh memarahi nya tanpa menjaga perasaan Tati sendiri. Bayangkan, sampah pun diharap Tati untuk buang.
Pernah beberapa kali Tati tak sempat buang kerana kejar masa untuk hantar anak2 nya dan ke pejabat, suaminya buat tak nampak saja.
Bila sampah dicakar kucing hingga terburai, dimarahnya Tati kerana tak buang. Sedangkan suaminya sendiri boleh buang sampah tu.
Tentang anak2 pula, anak2 Tati jarak 2 tahun setengah. Tati memang ambil pil perancang. Untuk anak ketiga ini pun, Tati berhenti ambil kerana suaminya nak anak lagi. Dikatakan keluarga suami Tati sentiasa bertanya bila nak tambah anak.
Bagi aku anak memang anugerah terindah. Tapi, dalam kes Tati, aku tak rasa terindah untuk Tati. Mungkin akan indah, sekiranya suaminya mengambil bahagian untuk menjaga anak2 nya.
Bukan maksudku suami Tati tak peduli langsung. Cuma urusan cuci kencing dan berak serta mandikan anak pun Tati uruskan.
Apabila anak menangis. Suaminya menjerit ‘Tati, anak menangis ni. Buat susu’. ‘Tati, anak berak ni. Busuk sangat, cepat pergi basuh’.
Dahla penat uruskan anak, bila nak kemana2, setelah selesai siapkan anak2, Tati pula baru boleh mandi dan bersiap. Di tanya pula kenapa tak siap2 lagi.
Dah lewat, Buat apa dari tadi. Dia tak nampak ke anak2 nya dah kemas berbaju, berbedak. Siapa yang siapkan? Budak2 tu siap sendiri? Suaminya pula cuma bermain fon atau berbual dengan jiran.
Aku yang dengar cerita Tati kadang2 rasa nak pergi jumpa dan maki betul depan muka dia. Tapi, aku sendiri tak berani. Aku selalu doakan ada seseorang yang mampu menegur suaminya.
Aku risau, Tati dah terbiasa uruskan semuanya sendiri. Boleh jadi sekiranya hatinya dah betul2 tawar, waktu itu baru suaminya akan sedar.
Aku minta, suami yang ada isteri sesempurna seperti Tati ini, jagalah dia baik2. Sentiasa tolong mereka. Yang penting hargailah mereka. Isteri bukan pembantu anda.
Minta maaf sekiranya ayat aku berterabur. Aku menaip pun dalam keadaan emosi. Tati cuma bercerita pada aku. Aku pula cuma boleh minta Tati bersabar.
Apa lagi aku boleh buat kan. Tak tahula tulisan aku ni lari tajuk atau tak. Yang aku tahu, aku sendiri takkan boleh jadi macam Tati.
Aku ada lagi orang sekeliling aku yang ada masalah yang sama. Semuanya memilih aku untuk bercerita. Mungkin aku ni bukan jenis bercerita dengan orang.
Aku tahu, ramai lagi wanita hebat di luar sana. Aku tahu, di sebalik ikhlasnya mereka susah payah uruskan rumahtangga, ada pahala yang mengalir selajunya untuk mereka.
Aku doakan yang terbaik untuk semua.
Sekian…
– Tita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit