Tentang Isu Panas Kini

Assalamualaikum wbt. Cerita ni aku tulis berdasarkan pengalaman dan pendapat aku mengenai isu yang tengah panas sekarang which is melawak pasal isu r0g01, gurauan 1uc@h dan gangguan s3ksu@l.

Firstly, aku nak cakap yang penulisan aku ni sengaja aku tulis secara tak detail.

Pada awalnya, aku dah tulis semua pengalaman dan butir-butir ‘kejadian’ dengan lengkap tapi bila dah siap, aku tak boleh nak baca balik benda tu. Aku akan menangis sampai mata aku bengkak.

So, aku decide untuk padam balik semua pengalaman yang aku tulis awal-awal tu dan aku tulis yang baru ni. **Warning, penulisan ni sedikit panjang.

Sepanjang 28 tahun aku hidup, inilah pertama kali aku ceritakan hal ini. Kejadian ni sangat-sangat traumatised. Even bila aku tiba-tiba teringat saja pasal kejadian tu, aku akan menangis.

Aku pernah cuba nak ceritakan benda ni dekat kawan baik aku, tapi aku end up menangis bagai tiada hari esok. Sampai ke sudah aku tak cerita dekat dia sebab entahlah, aku nak start cakap pasal benda ni pun tak boleh. Dia pun taknak lah paksa aku kalau aku tak bersedia.

Okay, berbalik kepada kisah aku.

Sedikit pengenalan, aku merupakan anak kedua daripada 4 orang adik-beradik. Aku merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Pada usia aku 5/6 tahun, aku balik ke kampung dan pada masa ni adik aku yang bongsu tak ada lagi.

Aku bermain dengan abang aku dan 2 orang sepupu lelaki yang lebih tua daripada aku. Masa ni memang dia orang saja yang ada sebab sepupu aku yang perempuan semua tak balik kampung.

Di sinilah bermulanya episod pertama di mana aku terkena gangguan s3ksu@l daripada mereka bertiga. Ya. Termasuk abang aku sekali.

Aku sedih bila ingat balik benda ni sebab masa ni cuma abang aku saja best friend aku. Kami berdua memang rapat and selalu bermain sekali sebab time ni adik aku kecil lagi.

Antara semua gangguan s3ksu@l yang aku alami, this is the worst one. Oh ya, abang aku ni dia lagi muda daripada 2 orang sepupu aku tu. So, aku just assume yang maybe time ni dia terpengaruh dengan sepupu aku? Entahlah. Wallahualam.

Keep in mind, masa ni aku sangat muda and aku tak tahu apa-apa pun pasal benda ni. Reaction aku?

Aku gelak sebab aku ingat dia orang mengusik aku. Begitulah naifnya kanak-kanak, sebab tu ibu bapa kena sentiasa pantau anak-anak korang bermain. Jangan lepas saja anak-anak walaupun dengan saudara sendiri.

Episod kedua adalah di rumah aku sendiri. Waktu ni umur aku maybe dalam 10/11 tahun. Ingat ye, zaman aku dulu budak umur 10/11 tahun tak sematang budak-budak sekarang.

Aku akui pada waktu tu, memang aku tak ada apa-apa knowledge pasal benda-benda macam ni. Kali ni, gangguan s3ksu@l adalah daripada ayah aku sendiri. Sedih. Kecewa.

Berkecai hati aku bila ingat balik. Ayah sendiri kot. Jujur aku cakap, masa ni aku tak tahu pun benda yang ayah aku buat tu adalah gangguan s3ksu@l sebab aku tak faham lagi pasal perkara ni. Plus, benda ni tak seteruk apa yang sepupu dan abang aku buat tu.

Bila aku dah meningkat remaja, baru aku faham pasal gangguan s3ksu@l dan automatically aku terus teringat pasal apa yang ayah aku pernah buat dekat aku.

And of course start dari aku dah faham tu, aku sentiasa menjauhkan diri dari ayah aku. Walaupun sekarang ni ayah aku dah bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik, tapi aku still tak rapat dengan dia.

Episod ketiga, adik-beradik aku sendiri. Sebelum kejadian ni, aku memang innocent gila sebab aku ingat adik-beradik aku baik. Tapi aku b0d0e. Masa ni umur aku dalam 14 tahun.

Firstly, adik aku yang bawah aku ni buat something dekat aku and disebabkan time tu aku dah matang sikit, aku terus cerita dekat mak aku sambil nangis-nangis.

Mak aku marah adik aku teruk gila and dia tak bagi dah adik-beradik aku masuk bilik aku. Dia suruh kunci pintu bilik setiap kali tidur and dia sorang saja yang pegang kunci bilik aku.

Tapi selamat jugaklah sebab time ni aku duduk asrama. So tak adalah aku jumpa adik aku ni selalu. Tapi aku ingatkan benda ni sampai di sini je, rupa-rupanya tak.

Beberapa bulan kemudian, aku baliklah ke rumah aku sebab cuti sekolah. Masa dekat rumah tu, tiba-tiba abang aku datang tengking aku. Waktu ni mak ayah aku kat dalam bilik so dia orang tak dengar.

Dia maki aku depan mak saudara aku yang sakit dan depan adik aku. Dia cakap sapa suruh tidur tak kunci pintu bilik time adik aku buat benda tu dekat aku. Allahuakhbar.

Rupanya dia marah kat aku pasal benda tu. Dia marah pasal adik aku kena marah dengan mak aku. Dan yang lagi bangangnya, dia marah aku and bela adik aku. Tapi aku tak berani melawan abang aku. So aku diam dan menangis sorang-sorang dalam bilik air.

So, korang boleh bayang tak hidup aku macam mana? Bagai jatuh ditimpa tangga dari tingkat 5 sampai ke basement. Dari kecik aku dah melalui perkara-perkara yang kotor dan jijik ni. Dahlah yang buat benda ni semua adalah orang yang rapat dengan aku.

Entahlah, aku pun tak tau macam mana aku still boleh hadap muka manusia-manusia jijik tu. Kalau korang tanya—

(1) Apa tindakan aku?

(2) Macam mana life aku sekarang?

(3) Macam mana hubungan aku dengan orang-orang yang buat onar dalam hidup aku?

(1) Okay, aku memang tak ada ambil apa-apa tindakan terhadap manusia-manusia bertopengkan syaitan tu.

Aku try maafkan dia orang sebab aku nak ketenangan untuk hati dan jiwa aku sendiri tapi, bohonglah kalau aku cakap aku maafkan dia orang 100%. Aku manusia biasa.

Bila aku teringat kejadian tu, kalau mood aku baik, aku akan try untuk tenangkan jiwa aku dan cakap ulang-ulang yang aku dah maafkan dia orang.

Tapi, bila datang rasa nak marah tu, aku akan maki dan sumpah dia orang dalam hati sampai aku puas. And aku jugak akan menangis puas-puas.

Apa-apapun, aku serahkan semuanya kepada Allah SWT. Dia Maha Mengetahui. Mungkin dia orang boleh terlepas dekat dunia ni, tapi di akhirat semuanya bakal diadili.

Btw, setakat ni, tak ada sorang pun yang datang minta maaf dekat aku. Entah dia orang ingat ke tak perbuatan dia orang tu dekat aku eh?

(2) Life aku sekarang— normal. Aku still single tapi aku happy je. Aku boleh cakap yang aku hidup macam manusia biasa yang lain.

Cumanya aku ni jadi seorang yang kuat melawan. Aku tak suka dipijak sebab mengenangkan diri aku yang terlalu naif sangat dulu sampai orang ambil kesempatan dekat aku.

One thing lagi yang aku perasan ialah aku tak suka dekat lelaki. Bukanlah bermaksud aku ‘suka’ perempuan pulak. Nauzubillah.

Maksudnya dekat sini ialah, aku tak suka bergaul dengan lelaki, aku tak suka bercakap dengan lelaki dan aku tak ada kawan lelaki pun even sampai ke alam universiti & pekerjaan.

Entahlah, sebab aku memang tak pernah percayakan lelaki since aku dah faham apa yang terjadi dekat aku dulu. Aku elakkan bercakap dengan dia orang kecuali atas urusan kerja, which is bagus jugalah sebab automatically aku dapat jaga batas pergaulan aku dengan lelaki.

Sampai ke tahap, classmate lelaki aku dekat universiti dulu cakap aku ni perasan bagus, poyo dan sombong sebab tak interact dengan dia orang. Heh. Kisah pulak aku. Colleagues lelaki aku dekat office pulak cakap aku ni ‘l3sbi@n’ sebab dia orang ingat aku ‘suka’ perempuan je.

Yelah, dah 3 orang dalam company tu aku reject (sorry bukan nak riak). Aku reject bukan saja-saja tau, of course lah aku siasat dulu perangai dia orang.

Aku memang siasat sampai ke lubang cacing sebab 1 company kan. Apa korang expect aku akan main pilih saja ke lelaki lepas apa yang aku dah lalui dulu?

Tapi don’t worry, aku still akan berkahwin, insyaAllah kalau ada rezeki dan jodoh aku dekat dunia ni, tapi biarlah aku pilih betul-betul dulu. Aku tak nak anak-anak aku rasa apa yang aku lalui. Perit dan pedih.

Tapi apa-apapun, sebab tu lah korang jangan suka-suka saja nak judge orang dari luaran, kita tak tahu apa struggle orang tu.

(3) Hubungan aku dengan ayah, abang, adik dan 2 orang sepupu tu aku pulak— tak rapat. Aku start tak rapat langsung dengan dia orang sejak aku dah mula faham pasal gangguan yang dia orang buat dekat aku dulu.

Hidup aku sekarang, dengan mak aku je. Aku tak bercakap sangat dengan family aku kecuali mak dan adik bongsu aku.

Fyi, mak aku cuma tahu pasal kes adik aku tu je, yang lain— nope. Tapi, cara mak aku handle aku lepas kejadian adik aku tu sangat tip top. Sebab tulah parents kena ada ilmu juga bab-bab ni.

Selain itu, ada beberapa perkara lain lagi yang mak aku buat dekat aku lepas kejadian tu yang aku taknak ceritakan di sini.

Cukuplah aku cakap yang mak aku adalah orang yang paling banyak membantu aku untuk hilangkan trauma tu. Walaupun kenyataannya trauma tu akan kekal duduk dalam kepala otak kau selagi kau bernafas tapi memadai untuk buat aku menjadi sedikit tenang.

Kenapa aku tak cerita dekat mak aku?

Firstly, aku pernah saja terfikir nak bagitahu mak aku since aku pun memang rapat sangat-sangat dengan dia sejak kecil lagi. Tapi, bila aku observe mak aku lama-lama, aku decide untuk rahsiakan hal ni. Mak aku ni, aku tengok dia seorang yang sangat lemah.

Lemah yang sampai ke tahap kau takut dia boleh buat perkara yang tak sepatutnya.

Aku bagi contoh yang tak berapa nak extreme lah eh, dia boleh tak makan dan tidur berhari-hari kalau sesuatu terjadi dekat anak-anak dia. Dia akan menangis non-stop bila ada benda buruk berlaku dekat kami.

Pecah hati aku tengok mak aku macam tu. Aku tak sanggup nak bebankan mak aku dengan benda ni. Lagipun aku fikir kalau aku cerita dekat dia pun, tak ada apa yang kami boleh buat sebab benda ni dah lama berlalu and aku tak ada bukti melainkan ingatan aku semasa kejadian.

So, kalau aku cerita dekat dia, benda ni hanya akan menambah bebanan dan kerisauan mak aku.

Okay setakat itu sahaja pengalaman aku. Sekarang, aku nak bagi pendapat aku pula pasal betapa ignorantnya (b0d0/ bengap/ bangang) kebanyakkan lelaki zaman sekarang bila bercakap pasal hal-hal berkaitan r0g01, s3xu@1 h@r@ssment & lawak 1uc@h.

Sorry to say, mostly yang ignorant ni adalah lelaki melayu.

Bukti? Korang buka saja mana-mana social media dan cari sendiri pasal isu ni. Terlalu banyak komen-komen b0d03 dari lelaki melayu sampai kau rasa nak “unmalay” kan diri kau. Malu giler kaum aku sendiri macam ni.

Aku tak tahu kenapa untuk sesetengah lelaki, korang anggap benda ni sebagai satu lawak jenaka.

Kenapa korang boleh bercakap pasal hal ni seolah-olah macam benda ni adalah satu kebiasaan untuk korang? Kenapa korang boleh menyokong tindakan pelaku bila keluar berita pasal benda ni?

Korang cakap benda ni tak sensitive? Korang sikit pun tak pernah kisah kan pasal trauma mangsa.

In the end of the day, orang macam nilah yang paling lantang bila bercakap bab aurat dan maruah perempuan. Padahal, bila bersembang benda-benda 1uc@h, kau punya berborak dah macam orang tak ada agama bang.

Mengenai isu ni jugak, aku ada terbaca komen-komen daripada lelaki yang cakap, mangsa r0g01/ gangguan s3ksu@1 ni sememangnya layak terkena macam tu sebab kitorang memang meminta.

Actually, banyak lagi komen-komen tanpa otak daripada lelaki dekat social media ni dengan pelbagai latar belakang.

Bila aku klik profile dia orang, ada yang bekerja sebagai guru, polis, pekerja swasta, penganggur, fake account pun ada. Imagine selama ni kau rupanya hidup dengan ‘predator’ dan ‘rape enabler’ bila kau tengok si tukang komen tu macam ayah dan pakcik-pakcik saudara kau je.

Sebagai mangsa, aku menangis bila aku baca komen-komen macam ni. Perkara yang sering terlintas dalam kepala otak aku– Apa salah aku? Apa salah aku? Apa salah aku?

Kenapa bila orang membunuh, pembunuh yang salah. Bila orang merompak, perompak yang salah. Tapi bila orang mer0g01, per0g01 dibela? Kenapa mangsa r0g01 atau gangguan s3ksu@1 pulak yang salah?

Komen-komen lelaki yang menyokong per0g01 dan pelaku gangguan s3ksu@1 memang banyak.

Kenapa bila jadi kejadian r0g01, korang tanya mangsa pakai baju apa? Korang judge pemakaian perempuan tu tapi pernah tak korang terpikir yang perbuatan r0g01 tu sendiri tak pernah betul in the first place?

Tak kiralah apa pun alasannya, tak pernah ada satu situasi pun yang melayakkan seseorang itu untuk dir0g01 atau terkena gangguan s3ksu@1.

Ok one more thing lagi yang banyak lelaki cakap ialah pasal aurat. Perempuan kena r0g0l sebab tak tutup aurat. Sebab pakai baju yang terdedah. Habistu macam mana dengan mangsa yang masih bayi? Budak-budak? Yang tutup aurat?

Ok selingan sikit, a true story– A friend of mine kena r0g0l semasa berpakaian baju kurung sekolah yang longgar dan tudung yang menutupi dada.

So, korang still nak justify pesalah? Korang still nak kesiankan pesalah yang tak menjaga pandangan dan mengawal nafsu? Ke sebab korang pun mempunyai pemikiran yang sama macam pesalah?

Let’s say, kalaulah one day, semua perempuan di dunia ni menutup aurat dengan sempurna, adakah kau boleh jamin jenayah s3ksu@1 ni tak akan berlaku lagi?

Kalau dah berfikiran kotor, haiwan pun boleh kena r0g01. Lelaki pun banyak saja yang pernah kena, cuma dia orang tak berani nak ke depan. Aku nak tegaskan sekali lagi, walau apapun pakaian wanita tu, tak pernah ada situasi pun yang melayakkan dia dia dir0g01.

“Pakailah pakaian macam mana sekalipun, kalau otak per0g01 penuh tahi, p0rn0graf1, melihat perempuan objek s#ks dan berjiwa syaitan, baby pun boleh kena r0g01.” – Akhi Fairuz

Sebab itulah, sebagai salah seorang mangsa, aku merayu sangat-sangat kepada pembaca dalam ni supaya korang didiklah anak-anak lelaki korang untuk menghormati kaum wanita, mengetahui batas-batas perbuatan dan tidak memandang wanita hanya sebagai objek s#ks semata-mata.

Untuk anak-anak perempuan pula, sedari kecil lagi korang ajarlah dia orang supaya melindungi diri daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Berikan dia orang ilmu-ilmu yang sepatutnya supaya dia orang tak naif sangat bila ada orang cuba buat benda-benda yang tak baik.

Setakat itu sajalah perkongsian aku. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca sampai habis.

Kepada mangsa-mangsa jenayah s3ksu@1 macam aku atau maybe yang lebih teruk, stay strong ya. Jangan pernah putus harapan dan semangat. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa mendengar doa-doa insan yang teraniaya.

Jadikan perkara buruk yang terjadi pada masa lalu sebagai penambah semangat untuk kita memastikan bahawa anak-anak pada masa akan datang tidak perlu melaluinya lagi.

Lastly, aku nak cakap yang aku sangat bangga dengan adik Ain sebab walaupun dia masih muda, dia berani untuk tampil ke depan dan educate rakyat Malaysia pasal perkara-pekara jijik yang dah menjadi kebiasaan masyarakat kita. Kau tengoklah orang kita, benda jijik pun boleh buat lawak.

Sekian, terima kasih.

– Idha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *