Aku early 30. So susulan daripada kes Ain, pelajar yang mengadu pasal cikgu dia melawak rogol tu, dan normalisasi lawak lucah dikalangan cikgu tu, aku pun terfikir balik. Masa zaman sekolah or belajar dulu aku pun pernah kena.
Tapi masa tu dah besar, so kami boleh la protes, so pensyarah tu tak buat lagi untuk next lecture. Aku tulislah dekat status aku pasal guru melucah is real, tak lama lepas tu aku dapat phone called as reply dari junior sekolah aku.
Dia cerita, dulu batch dia pernah kena. Aku keluar sekolah tu form 3. So depa kena masa depa lower 6. So aku memang dah lama tak de lah dekat sekolah tu.
Dan batch aku tak pernah kena sebab cikgu ni aim budak-budak besar.So dia suruh teka sape guru tu. Dengan dua kali teka, ia betul.
Aku tak tau kenapa aku teka nama cikgu tu, tapi he is so suspicious. Padahal dah tua kut, anak perempuan dia sebaya junior aku tu kot.
Cuma masa tu anak dia dah pindah sekolah masa kejadian berlaku so maybe dia rasa selamat nak buat benda tu. So this happened like 10 years ago? Lama dah. Then aku baru tau sekarang.
So yang kena adalah pelajar aku namakan sebagai Hawa (bukan nama sebenar). Hawa adalah pelajar yang sopan je.
Dia bukan budak perempuan yang gedik, dia tutup aurat sebagaimana peraturan sekolah suruh. Tudung labuh bawah perut, kain tak senteng atas buku lali, Dan dia adalah ajk asrama.
Means bukan budak bermasalah jenis cari perhatian lelaki tu tau. So aku nak buat penegasan di sini, betapalah perempuan itu menutup aurat, tetaplah juga diganggu oleh makhluk lelaki yang tak reti tundukkan nafsu.
So aurat is not the issues here, the issues is, why this old fart man can do this jerky things with his own students?
Berbalik pada kisah kita. Walaupun Hawa ni dah jaga aurat dan perlakuan dia, tetap dia kena aim guru ni. Aku dah mula mual nak tulis ‘guru’ pun.
Dalam kelas, nama Hawa sering kena up ngan ustaz ni. Not in a good way pastinya. Aku bagi nama Ustaz R la. Ye. Ustaz sebenarnya. (Ni kalau Sister in Islam baca mesti kena tuju la)
Kalau dalam kelas dia memang kena renung je la ngan ustaz R ni. Sampai satu hari, ustaz R bagi latihan dekat kelas, pastu ustaz pergi dekat tempat duduk Hawa ni,
Lepas tu dia suruh member sebelah Hawa ni duduk tempat lain, sebab dia nak duduk situ. So duduklah ustaz ni sebelah Hawa, sambil renung Hawa ni. Gila psycho!
So Hawa pun, dengan nak nangisnya bangun dan meluru keluar dari kelas. So sejak hari tu Ustaz R tak masuk kelas. Depa nak exam tapi tak belajar, so susah hati lah satu kelas tu.
Masa cuti hari raya budak laki kelas ni pergi raya rumah ustaz R ni. Dan minta ustaz R masuk kelas depa ngajar macam biasa.
Ustaz ni cakap apa? Dia suruh budak-budak laki ni pujuk Hawa supaya Hawa ni, minta maaf ngan dia dulu, baru dia masuk kelas mengajar macam biasa. What? Salah Hawa ke skang?
Disebabkan budak-budak lelaki ni nerd dan pentingkan diri, depa suruh Hawa minta maaf. Hawa pun tak ada pilihan. Dia pun buatlah. So ustaz tu masuk ngajar balik dan dia kena kacau semula dikhalayak ramai.
Ada satu topic subjek ni, (aku tak tau apasal boleh ke laut ustaz tu pergi). Tapi dia kata gini,
Kalau kita sedang susukan anak, tiba-tiba suami kata dia ‘mahu susu’ juga ketika tu, kita kena lepaskan anak tu dan turut kehendak suami. “Ya Hawa ya!” Sempat dia mention nama Hawa dekat hujung tu.
(Aku dah tukar ayat ni in proper way, dalam kisah sebenar pasti korang nak muntah)
Wey, this is sexual harassment!
Budak-budak lelaki kelas tu semua dah terkedu. Dah tak boleh nak gelak dah.Aku dengar junior aku cerita ni, aku menggigil dah. Marah!!!
Aku tak faham la wey macam mana cikgu ni boleh memisahkan palotak dia dari tengkorak dia masa dia bully junior aku ni. Sempat pulak dia letak otak dia dekat lutut.
Dia tak nampak ke anak murid tu macam anak perempuan dia. Sebaya lagi! What if ada orang buat macam ni dekat anak dia! Dia tak boleh ke fikir macam tu? Yang dia nampak, ini perempuan. Okey, ini objek se*s. Kalau dulu zaman viral, lama dah viral ustaz ni.
Then, budak perempuan sekelas ni pakat-pakat dan nekad bagitau guru perempuan. Sadly, cikgu tu kata, mereka tak boleh tolong. Kalau nak, beritahulah sendiri dekat pengetua terus.
So mereka pergi jumpa pengetua untuk mengadu. Pengetua cakap apa? “I can’t do anything. Ustaz ni dilindungi oleh atasan.”
Ei bodo ke?
Alasan dia ustaz ni dah lama mengajar so dia adalah seorang yang expertise in his field. Jadi penceramah subjek tersebut untuk sekolah sekitar negeri. Kalau ustaz R kena pecat, Jabatan Oendidikan Negeri akan susah bila pencapaian depa merosot.
Aku tak sangka pengetua yang dulu aku hormati tu boleh cakap macam tu. Dia tegas dengan kami pelajar. Aku ingat dia tegas jugak dengan orang bawahan dia dan akan bela pelajar. Tapi dia buat macam ni. Menjawab la dekat akhirat nanti.
Dan aku syak ini bukan pertama kali dia buat, entah-entah dia pindah sekolah aku pun sebab ada kes.
Nampak tak bobroknya dunia kita sekarang. Lelaki sepatutnya pemegang tag pelindung, dah hilang taringnya, dah hilang fungsi!
Walaupun dilihat seperti ada kuasa, hakikatnya tunduk dan membela perbuatan kaum sendiri yang terang-terang salah! Sebab tu kami perempuan dipandang sebagai golongan kelas kedua yang boleh diperkotak katikkan!
Kat sini aku dapat konklusi kenapa kaum pelawak lucah ni masih boleh hidup dan ‘beramal’ dengan tabiat mereka sehingga mamp*s.
Sebab lelaki lain yang sudah hilang sifat lelaki yang sebenar sebagai pelindung. Kejahatan berlaku bukan sebab orang jahat tu ramai dan kuat, tapi sebab ramainya orang baik yang diam. Dalam kes ni pengetua ni lah yang tak guna!
Ok aku bagi contoh, kalau dalam 5 orang lelaki, ada sorang nama A suka melucah, dan yang lain gelak, tapi sorang nama B tak suka tapi diam, ia tak mengubah apa-apa.
Tapi cuba kalau B yang tak suka ni stand up,dengan tegur. So lelaki yang 3 orang lagi tu at least takkan gelak.
Kalau tak ada orang gelak, tak ada la A nak sambung melawak lucah tu. Faham kan maksud aku ni? So A yang suka melawak lucah ni akan pupus sebab ego dia kena pijak bila lawak dia krikkkk krikkkk.
‘Tak boleh gurau masuk surau la!’
Wei, banyak lagi benda lawak dekat dunia ni, apsal perempuan dan se*s jugak yang nak dijadikan lawak??
So please lelaki yang ingat korang nampak kuat dengan bina badan, pergi gym sampai dapat six pack etc. Salah! Korang kuat kalau korang jadi pelindung. Anggap wanita tu macam adik korang, mak korang. Saudara seagama. Jadilah kuat dan tak mementingkan diri.
Dan pada wanita, kalau ada orang buat lawak macam tu, tolong lawan balik. “Ko fikir benda ni lawak ke?” Atau buatlah macam mana pun sampai budaya ni boleh mati sekarang.
Baik, aku bagi satu persoalan dekat korang pembaca. How can we make this world a better place for our kids?
Ia bermula dengan kita ibu bapa. Kalau anak perempuan kita boleh ajarkan mereka untuk pelihara maruah dengan tutup aurat, jaga perlakuan, kenapa tidak kita didik anak lelaki kita untuk pelihara kehormatan perempuan walau siapa pun mereka?
Bagaimana kita nak didik anak lelaki kita supaya tundukkan pandangan dan menghormati wanita as if mereka adalah saudara perempuan dan ibu sendiri?
It needs a village to raise a child. dekat rumah dah didik, tapi dekat luar, kita perlukan sokongan dari orang dewasa yang beri contoh lebih baik untuk mereka. So, pandangan korang bagaimana nak didik anak lelaki ni?
P/s : Sebelum pengetua tu bersara dia pindah sekolah lain, dan tak lama lepas tu ustaz tu dipindahkan ke sekolah lain. Itu je la pun penyelesaiannya. (Smirk)
Hawa pun dah berkahwin, tapi bila dia cerita semula dia masih boleh menangis macam benda ni baru berlaku.
– Mai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit