Salah kah pergi mencari timba?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Ini kali pertama aku menulis di sini. Biar aku perkenalkan diriku sebagai Mira, berusia 32 tahun dan merupakan salah seorang kakitangan kerajaan. Alhamdulillah, rezeki untuk aku.

Aku pernah berkahwin pada usia 25 tahun, namun jodohku tidak panjang kerana setahun selepas itu suamiku meninggal pada usiaku 26 tahun,

Dan aku merupakan salah seorang mangsa kekejaman suami dimana aku pernah didera secara mental dan fizikal sehingga terbawa perasaan itu sampai sekarang.

Antaranya aku pernah di pijak, di pukul dan di kurung di rumah tanpa di tinggalkan kunci. Wang dan kad Bank aku diambil dan dilarikan suamiku ketika dia hangat bercinta dengan seorang wanita lain.

Pasangan lain setahun masih melayani manisnya bahtera perkahwinan, tetapi aku derita dengan pilihanku sendiri.

Dan maafkan aku jika aku mengatakan aku tersangat lega disaat dia meninggal dunia kerana segala kesakitan yang aku terima tidak lagi aku lalui cuma pintu kemaafan untuknya masih belum terbuka sepenuhnya.

Setelah itu, aku dipindahkan ke bahagian lain dan aku mengenali seorang lelaki yang pada aku sangat baik dari segi akhlak dan agamanya. Bacaan Alquran dan tajwidnya semasa menyertai tilawah Alquran sangat menyentuh hati aku, sungguh aku terasa syahdu..

Pernah aku terdetik di hati, kenapa aku tidak diberikan suami yang sebaik ini untuk membimbingku? Dan kenapa aku yang harus menerima ujian ini.

Sampaikan terlintas doa di HatiKu yang menginginkannya sebagai suamiku.. Allah. Bukan aku tidak mencuba mengenai lelaki lain, aku mencuba tetapi tidak pernah terbuka HatiKu..

Dijadikan cerita, tidak lama aku diundang ke Majlis perkahwinannya, aku terima dengan redha mungkin dia bukan jodohku dan aku mendoakan kebahagiaannya.

Sangat beruntung isterinya kerana memilikinya sebagai suami kerana ciri-ciri yang dimilikinya memang cukup baik untuk dijadikan suami.

Dan kemudian aku teruskan teman kerja dan aku cuba mengusir sejauhnya perasaan itu dan Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menghakis perasan ini, dan dia dikurniakan seorang anak gadis yang sangat cantik.

Kemudian, 3 bulan yang lepas aku mendapat khabar yang dia telah bercerai dengan isterinya. Allah.. Aku terkejut. Sungguh aku tak mendunga kerana di mataku mereka cukup bahagia dan pasangan yang sempurna.

Disebabkan sekarang dia single kadang-kadang dia mengajakku keluar. Aku dijadikan tempat untuk dia meluahkan perasaannya, dia ada bercerita masalahnya dan kadang meminta pendapat ku..

Pernah aku menyuruh dia untuk kembali bersama isterinya kerana anaknya tetapi isterinya yang tidak mahu untuk teruskan hubungan tersebut.

Disebabkan selalu menjadi tempat luahannya kerana aku seorang sahaja yang single di tempat aku bekerja, perasaan lama yang dulu aku tanam sedalamnya tumbuh kembali.. Ya Allah, aku sangat menyukainya..

Ibu aku pernah berpesan jika aku ditemukan dengan lelaki yang baik yang aku yakin dapat memimpinku.. Ibuku Pesan untuk ‘grab’ terus.. Hihihi.

Dan sekarang aku teringin untuk mengikut Pesan Ibuku.. Cuma aku takut untuk diriject..

Dan setiap hujung minggu dia mengajakku untuk keluar berbuka bersama dan ditemani kawan aku yang dia turut kenali.. Aku mengambil kesempatan ini untuk memasak kerana aku tahu dia sangat suka makanan yang di masak berbanding makanan kedai.

Sahabat-sahabat sekalian.. Adakah baik untuk aku menjadi pergi yang mencari timba?

Atau biarkan sahaja perasaan ini berlalu.. Atau pun adakah tips yang baik untuk aku cuba kerana aku sudah lupa bagaimana untuk memikat..

Terima kasih sahabat kerana membaca coretan hati aku.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *