Salam sejahtera kepada semua pembaca, dan aku sangat berterima kasih kepada IIUM Confession sekiranya menyiarkan luahan aku ini.
Nama aku H (bukan nama sebenar). Aku bekerja sebagai seorang peguam junior dalam bidang hartanah dan bekerja di sebuah firma guaman kecil di sebuah negeri dalam Malaysia.
Menjadi seorang peguam merupakan cita-cita aku sejak sekolah menengah, dan aku sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki menjadi seorang peguam seperti yang dicita-citakan.
Tapi setelah masuk ke dalam bidang peguam hartanah, aku boleh simpulkan bidang peguam pada hari ini tak ubah seperti ‘budak suruhan yang pakai suit’ sahaja.
Kenapa? Aku berpendapat ianya berpunca daripada lambakan firma guaman dan peguam-peguam yang membawa kepada persaingan yang sangat sengit dan tidak sama rata.
Aku masih teringat kata-kata seorang mak cik selepas dia tahu pada masa itu aku sedang belajar ijazah undang-undang ketika kenduri kawen abang aku beberapa tahun sebelum PKP, dia cakap,
“lawyer kat Malaysia ni dah terlalu ramai, kalau kita baling batu mesti akan kena kepala lawyer dulu”.
Aku tak ambik pusing sangat kata mak cik tu sebab pada aku masing2 ada rezeki tersendiri. Dia cakap macam tu sebab anak dia susah cari tempat untuk chambering. Pada aku kalau memilih sangat, memang lah susah.
Ok, back to the point, tapi aku mulai sedar yang kata-kata tersebut ada betulnya. Dan sekarang aku perhatikan, lambakan peguam telah membawa kepasa persaingan yang sengit, oleh sebab itulah peguam-peguam perlu ‘kreatif’ dalam mendapatkan job.
Sebagai contoh, seperti apa yang aku sedang lalui ialah peguam hartanah perlu buat deal dengan agen-agen hartanah untuk dapatkan job.
Dan deal tersebut ialah peguam perlu berkongsi percentage legal fee yang patut hanya diterima oleh peguam,
Dan kebanyakkan atau hampir semua peguam sanggup atau paksa rela untuk berkongsi legal fee dengan agen2 hartanah, walaupun agen2 hartanah tu tak akan berkongsi pun komisyen diorang jual rumah dengan peguam. Sedih kan?
Agen2 hartanah pun pandai ambil kesempatan dengan persaingan sesama lawyer ni, kalau dulu cukup lah setakat 10%, 20%, 25%, 30%, 40% tapi sekarang dah demand sampai 50%.
Contohnya kalau legal fee tu RM5000, RM2500 akan diberikan kepada agen sebagai referal fee atau komisyen.
Walhal, untuk satu-satu file tu kebiasaannya lawyer akan pegang at least untuk 3 bulan, tapi agen hartanah? Selepas hand over kepada lawyer, dah boleh fokus kepada sale lain.
Apa pilihan peguam? Tiada pilihan, sama ada sanggup atau paksa rela, terpaksalah bagi kalau tak bagi, tak ada la job.
Sama lah juga hal nya dengan banker, atau pegawai-pegawai bank. Walaupun diorang dah ada gaji tetap tak seperti agen-agen hartanah, tapi kebanyakkan pun sama je, akan minta juga komisyen daripada lawyer untuk penyediaan loan agreement.
Dan permainan dengan banker ini lagi kasar, peguam perlu pastikan pelanggan buat pinjaman dengan banker tersebut. Hasilnya banker dapat ganjaran daripada bank, gaji jalan macam biasa dan… komisyen daripada lawyer.
Inilah realiti yang sedang berlaku iaitu lawyer ni tak ubah seperti ‘budak suruhan yang pakai suit’ je. Buat kerja banyak2 sampai berbulan bulan, kena maki dengan client tapi bila kerja selesai dah ada yang menunggu komisyen masing2 daripada hasil kerja lawyer.
Apa kan daya, benda ni dah berakar umbi. Lawyer senior dah buat, lawyer junior tak yah soal banyak kalau nak survive.
Begitu juga halnya dengan Bar Council yang merupakan satu badan yang menaungi semua peguam di Malaysia,
Walaupun Bar Council telah sejak sekian lama mewujudkan peraturan bahawa perbuatan ‘touting’ iaitu perbuatan menyediakan komisyen kepada mana-mana orang tengah adalah dilarang, tapi peraturan itu hanya sekadar menjadi tulisan yang sepi tanpa ada sebarang kesan.
Pada aku Bar Council perlu melakukan perubahan dengan berpijak pada realiti sebenar dan tidak konservatif dengan berada dengan keadaan masa lampau.
Betullah, kalau dulu peguam merupakan profesion yang tidak berasaskan keuntungan atau duit sampaikan jubah lawyer pun ada poket kat bahagian belakang sebagai simbolik lawyer tidak akan tahu berapa upah yang akan dibayar oleh client,
Tapi keadaan dah berubah di mana semua keadaan memerlukan duit untuk terus survive, dan sekarang legal fee pun dah dibayar secara online, bukan melalui belakang jubah.
Maka, Bar Council perlu bergerak seiring dengan zaman semasa dengan melakukan perubahan iaitu memperakui keperluan lawyer-lawyer pada entiti orang tengah sekaligus boleh mengehadkan kadar komisyen dengan ditulis dalam peraturan atau undang-undang.
Bar Council boleh berunding dengan bank-bank, lembaga penilaian, pengurusan ejen hartanah mengenai hal ini.
Dan perubahan ini walaupun tidak menyelesaikan isu ini secara total sebab ada je lawyer yang akan jadi lebih ‘kreatif’ dalam menyediakan habuan tapi sekurang-kurang Bar Council tidaklah hanya berputih mata tanpa berpijak pada realiti sebenar.
Jika tidak, sampai bila-bila pun profesion peguam akan jadi seperti ‘budak suruhan yang pakai suit’.
Maaflah kadang-kadang terguna ‘lawyer’, kadang-kadang ‘peguam’. Tapi ia merujuk kepada perkara yang sama.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
peguam junior yang kecewa dengan realiti semasa.
– Lawyer Baru Nak Up (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit