Assalamualaikum semua. Ada aku nak tanya ni. Macam mana nak handle jiran psiko yer?
Aku perkenalkan diri nama samaran Ackerman. Berumur dalam lingkungan 20an duduk dengan seorang ibu tunggal dengan dua orang adik beradik lelaki.
Alkisahnya begini, aku berjiran dengan adik kepada mak aku. Aku panggil dia Ayah Pin. Ayah Pin ni merangkap jiran kepada keluarga kecil kami.
Rumah kitorang sebelah menyebelah je. Tak jauh sangat kedudukan rumah kitorang. Dalam sepuluh langkah saja dah boleh masuk ke dalam rumah diaorang.
Ayah Pin ni dah bertahun menjadi biawak hidup tak kerja duduk rumah.
Anak dia ada enam orang. Sepupu aku lah tu jugak. Yang sulung dah kahwin. Yang ketiga pulak duduk luar. Jadi tinggal empat orang anak dia tinggal dengan Ayah Pin and wife nya.
Start dari tahun lalu lagi Ayah Pin ni dilantik menjadi Ayahanda. Iaitu title untuk seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan Islam.
Semenjak itu jugak lah ego dan riak Ayah Pin semakin menjadi-jadi. Yelah, dah jadi Ayahanda mestilah bangga kan? Tapi hampeh tak boleh pakai.
Kenapa tak boleh pakai? Sebab dia asyik menfitnah orang – orang sekian ada pendamping, ada mengamalkan ilmu hitam. Termasuklah aku pun dia fitnah.
Allah, sakit jugak hati aku dia fitnah aku syirik. Lepas tu dia punya pengikut-pengikut pun termakan fitnah Ayah Pin ni sampai aku pun di pandang serong. Okay, yang itu tahun lalu punya kisah.
Tahun ini pulak kisahnya, dia jadi stalker, jadi CCTV, jadi pemerhati setiap gerak geri aku kat rumah sebelah sampai aku rasa rimas dan stress.
Mana taknya, setiap kali aku keluar masuk rumah setiap itulah aku terdengar suara-suara halus seperti bisikan garau semestinya suara Ayah Pin.
Mula nya aku husnuzon, aku berhalusinasi barangkali. Tapi Suara tu memang jelas terbit dari rumah sebelah. Tak syak lagi. Kadangkala menggumam, kadangkala bait-bait Ayah Pin dapat aku dengar dengan jelas.
Aku terfikir, Ayah Pin ni banyak sangat masa free kat rumah sampai jadi CCTV memerhatikan aku doplohpat jam kat rumah.
Contohnya kalau aku menyiram bunga. Dengarlah suara garau tapi perlahan dengan nada yang sinis. “Eh, dia siram bunga pulak” . Time aku menjemur pulak “Eh rajin dia jemur baju” dengan nada sinis jugak.
Lepas tu aku dengarlah gumaman yang pastinya aku tak dengar dengan jelas. Dan yang pastinya jugak gumaman itu merupakan umpatan.
Sebab mengikut info yang aku dapat dari Mak saudara bongsu aku, Ayah Pin ada bilik khas untuk bilik mengumpat.
Pernah dulu bunga kertas mak aku yang berbunga mekar ditanam dekat sempadan rumah kitorang. Kena racun dek hasad dengki Ayah Pin.
Bukan nya sangka buruk tapi siapa lagi nak buat kalau bukan jiran sebelah merangkap Ayah Pin.
Anak bini dia pun sama naik. Kalau ada kenduri-kendara mesti raut muka dorang sinis. Macam tak ikhlas nak senyum. Tak pandai nak beramah mesra dengan orang.
Kadangkala aku kesian dengan bini Ayah Pin. Kenapa lah dia sanggup nak sehidup semati dengan biawak hidup. Dah lah psiko. Pendengki nak mampus.
Jadi aku nak tanya ni, macam mana nak berhadapan dengan orang macam Ayah Pin?
Kalau boleh aku nak jadi ruas. Biar Ayah Pin bertemu dengan ruas anak sedara nya sendiri. Anak sedara yang bukan di anggap sebagai anak sedara.
Kalau korang suruh pindah rumah aku tak dapat pindah lagi. Apa- apa saja cadangan akan diterima. Asalkan masuk akal. Terima kasih.
– Ackerman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit