Tolong Aku Redha

Saya nak mintak nasihat dan cadangan2 dari pembaca tentang masalah saya ni.

Usia perkahwinan kami baru genap setahun. Tapi tak ada satu hari pun yang berlalu yang saya tak rasa suami saya bukanlah pilihan yang baik.

Kami banyak bergaduh, banyak tidak bertegur sapa dan banyak bermasam muka. Suami sendiri mengaku yang kami tidak sefahaman, dan begitu juga saya tapi tidak saya lafazkan.

Keluarga saya kurang setuju dari awal perkenalan kami tapi saya tetap degil ingin meneruskan.

Kata ibu, caranya dan saya berlainan, tetapi saya fikir itu hanya alasan ibu untuk bermenantukan seorang yang lebih hebat kerjayanya, memandangkan bakal suami ketika itu hanyalah guru agama.

Setiap hari yang berlalu saya rasa sedih, terasa bodoh memikirkan kenapa saya meneruskan perkahwinan ini.

Betul lah kata orang, orang tua lebih bepandangan jauh, lebih banyak makan asam garam dari anak-anak.

Tolong la bagi saya semangat sebab saya tak boleh nak ceritakan pada orang lain termasuk ibu saya. Disebabkan platform ni anonymous, jadi saya berani untuk kongsi masalah saya.

1. Rohani. Saya fikir dengan gelarannya sebagai ustaz, dia dapat membimbing saya, dapat mengisi rumah tangga kami dengan unsur ukhrawi.

Tapi, saya silap. Boleh dikira hanya beberapa kali sahaja cukup waktu solatnya, apatah lagi mengimamkan saya. Jika dikejut pun tak tentu lagi bangun untuk solat subuh.

Solat teraweh hanya empat kali sahaja dapat berjemaah. Saya tahu dia tidak solat, tapi bila ditanya mesti dicakapnya sudah.

Jadi, tak hairanlah jika orang yang bertitle ustaz ni sampai boleh ke penjara. Ramai golongan ini hanya memakai topeng agama semata-mata.

2. Common sense dan IQ. Dalam pelajaran, saya jauh lebih cemerlang daripada suami. Boleh dikatakan saya top 10, dia adalah bottom 10.

Oleh itu, banyak perkara yang saya perlu uruskan sendiri kerana banyak yang dia tak tahu. Nak order makan pizza pun saya yang kene tolong orderkan.

Kalau saya bertanya dan berbincang dengan dia, memang tidak dapat penyelesaian. Yang dapat hanya penat untuk menerangkan.

Semua skill asas kehidupan dan kemahiran dia kurang. Tahap pemikiran dia sangat kurang dan lambat. Disebabkan itu, common sensenya pun kurang.

Memang semua saya kene bagitahu dan suruh, baru dia buat. Memang penat. Tapi bila keadaanya camni, dia mengatakan saya selalu nak ikut kepala sendiri, saya keras kepala, saya bossy etc.

Pada masa yang sama, saya rasa tidak berkembang. Tak ada isu yang cerdik yang boleh diajak borak. Cakap pasal sajat, pasal parlimen mungkin la boleh. Cakap pasal vaccine, investment, langsung tak nak dengar.

3. Perangai. Sifat malas dan suka bertangguh dia sangat tebal. Sangat berbeza dengan ayahku dan keluargaku.

Cara percakapannya agak kasar. So faham2 la bila bergaduh tu memang akan ada perkaraan kasar yang keluar walaupun saya tau dia cuba kawal.

4. Penampilan. Saya melihat ayah dan adik beradik lelaki jenis yang bersiap kalau nak keluar. Tapi suami, nak pakai jeans susah, nak pakai kasut pun susah.

Ayahku yang sudah 60 umurnya pun masih pakai sketchers siap berstokin, masih pakai levis dan shades oakley.

Banyak pakaian cantik2 yang saya belikan untukknya dia tak pakai, dengan alasan panas dan beria sangat. Tapi alhamdulillah, wajahnya memang manis. Rambut dan kukunya sentiasa kemas.

5. Kelakuan. Cara makan, cara bercakap dengan orang, cara berjalan yang hanya saya nampak lepas kahwin, semua saya tak berkenan.

Bayangkan selama ni saya memang tak suka orang yang makan berbunyi, tiba2 saya dapat suami yang makan berbunyi. Puas ditegur.

5. Family. Family saya sangat awkward dengan dia.

Seperti yang saya bagitahu, family saya tak terima dia sangat. Memang banyak yang saya kene kawal dia kalau dia balik ke rumah ibu ayah, kerana kalau tidak, memang lagi terserlah kelainan suamiku ni.

6. Kewangan. Pendapatan saya hanyalah lebih sikit daripada dia. Jadi kami memang berkongsi semuanya.

Semua perkara yang berkaitan kewangan memang saya yang uruskan. Dia hanya bagi duit, dan pandai2 lah saya bayar semua bende termasuk bil, sewa, tol, mintak, tng.

Nafkah untuk saya sendiri, kadang ada, kadang takda. Tiap2 bulan mmg tidak dapat buat saving. Dia agak boros dan suka makan mahal2 kat luar.

Kalau makan kat luar, saya akan cuba order makanan yang murah tapi dia akan order yang berkali ganda mahal walhal saya yang bayar.

So saya la yang kene berjimat untuk pastikan kelangsungan hidup kami. Dia banyak beli barangan yang tak perlu dan langsung tak digunakannya.

Bukanlah niatku nak buka aib atau fokus kepada kelemahan suamiku. Saya sendiri pun banyak khilafnya dan sangat tak sempurna.

Soalnya, bagaimana saya nak hilangkan rasa yang kacau jiwa ini. Saya marah diri sendiri kerana mempunyai expectation yang tinggi terhadap dia.

Saya mengharapkan dia yang membimbing saya, mengajak saya bersama2 beribadah. Tetapi, saya pulak yang kene membimbing dia.

Saya harap pembaca boleh tolong untuk saya hadirkan perasaan redha dan tak give up. Dan nasihat saya untuk adik2 di luar sana, cari lah pasangan yang sekufu dan dengarlah kata2 parents.

Terima kasih.

– Putri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *