Penyakit Mental: Workaholic

Aku sekarang masih terima rawatan psikologi untuk rawat masalah mental yang aku hadapi. Ya, workaholic adalah sejenis penyakit mental. Macam mana boleh jadi macam ni, semua bermula masa 1st MCO mac 2020.

Company aku buang pekerja, kami industri pelancongan dan company aku tak besar. So, semua pekerja kena buang. Termasuklah aku. Dan bermulalah kisah gelap dalam mental aku yang aku tak sedar pun actually. Lol!

Anyway, aku kerja sebagai penolong pengurus dekat “resort” kecik yang tak kecik sangat tu. So masa kena buang tu gaji aku dalam RM2700, dan aku tinggal di luar bandar.

Gaji besar tu di pekan kecil tu memang consider mewah lah. Kos sara hidup rendah. Aku memang dalam hidup tak pernah menganggur sejak habis belajar.

Jadi masa kena buang tu memang pertama kali aku menganggur. Mula-mula aku ingat aku okay, sebab dengan kelayakkan aku, aku yakin boleh dapat kerja cepat.

Tapi aku over confident, covid 19 beat my resume. Tak ada company nak ambik pekerja, nak job hunting pun susah sebab tak boleh keluar.

Struggle sangat tapi Alhamdulillah ada SOCSO masa tu. Dan aku memang banyak saving, company pun ada bagi pampasan. Duit memang tak jadi masalah. Cuma mental, stress nya Allah saja yang tau, sebab aku memang tak pernah tak kerja.

Nak jadikan cerita, masa bulan Julai, ex-company aku tu panggil aku kerja balik. Jawatan yang sama tapi gaji turun jadi RM 2000 saja alasan company baru nak grow balik. Aku punn rasa memang jodoh aku dengan company tu panjang, accept saja lah dan redha.

Aku start jadi anxious bila aku tengok sale company aku low (aku main department, sale). Aku risau nanti kena buang lagi. So aku paling risau kalau kes naik.

Company pula masa tu, nak jimat kos, cuma re-hire aku seorang saja dalam pejabat. Aku lah kena buat kerja-kerja department lain juga walaupun bukan kerja aku. Tapi memang company kecil, aku boleh manage. Bayangkan 1 orang handle kerja 3-4 orang. Gila dia, tuhan saja yang tahu.

Dan masa MCO, aku aktif buat dropship juga. So walaupun dah kerja balik, aku masih teruskan dropship tu.

Nak jadi cerita, rezeki aku murah. Ada orang hire aku jadi personal tutor, bayaran yang boleh tahan juga lah. Masa tu, aku juggle 3 kerja dalam 1 masa. Aku tak tahu lah kenapa aku sampai macam tu sekali.

Tapi aku ada satu goal saja, aku nak beli rumah sendiri. And aku rasa fizikal nya aku mampu dan tak penat pun masa tu. Aku hidup dengan rutin ni lebih kurang 3 bulan.

Satu tahap lepas 3 bulan tu, aku ada masalah dengan tempat kerja. Mula rasa overloaded. Boss bagi pembantu, tapi aku rasa pembantu tu tak membantu. Aku stress dengan tempat kerja.

Dugaan, ada pula masalah dengan keluarga. Masalah dengan kawan pula datang. Aku mula-mula rasa normal la stress.

Aku ingat aku okay saja, luahkan perasaan dekat kawan rapat aku, layan movie, makan sedap-sedap then okay. Tapi aku end up tak tidur 7 hari berturutan.

Aku memang jarang sakit dan tak makan apa ubat pun walaupun panadol. Tak tidur 2 3 hari tu memang normal untuk aku since sekolah. Jadi aku memang ambil ringan saja masa tu.

Tapi boss aku perasan, mata aku merah, muka aku merah. Macam tak sihat. Jadi dia suruh aku pergi klinik. Aku pun masa tu, dah nak jadi mayat hidup dah. Pergi saja la klinik.

Dekat klinik, doktor check, suhu aku tinggi. Bila dia tanya aku tak sakit kepala ke, aku baru sedar. Kepala aku dah numb dah. Sakit ke tak aku pun tak tahu.

Doktor cakap aku terlalu penat. Dia nak refer aku hospital. Aku memang tak nak, aku cakap aku banyak kerja and aku memang tak suka pergi hospital.

Then aku admit dekat doktor dh lama tak tidur. Doktor nasihat aku macam-macam. Aku overweight juga ya. So end up doctor minta aku pergi satu hospital ni, jumpa doktor psikiatri. Sebab nak prescribed ubat tidur.

Aku pun ambil lah mc pergi jumpa doktor tu. Doktor perempuan Singh. Baik, lembut saja. 3 jam dia soal jawab dengan aku dan buat macam-macam test. Finally dia diagnosed aku workaholic, depression, OCD etc (banyak sangat aku tak paham dan tak ingat). Terkejut aku masa tu.

Aku datang nak minta ubat tidur saja, tak sangka aku sakit mental. Aku sihat saja selama ni. Keras aku 10 saat masa dia explain tu. Apa pun tak dengar dah.

Aku decide tak nak tahu lanjut sebab buat aku lagi stress. Aku minta dia bg aku ubat tidur and balik. Beratus juga habis untuk sesi tu. Aku terus check in hotel (sebab aku duduk sorang, bahaya kalau ada effect ubat tidur tu) dan berjaya tidur the whole night.

Lepas tu aku rasa aku okay saja. Aku teruskan hidup aku mcm biasa tapi apa yang doktor tu cakap still ada dalam otak aku.

Satu hari aku decide untuk cari pakar psikiatri perempuan melayu Islam. Aku search online saja dan dapat 1 insan ni. Aku email dekat dia diagnosis doktor tu dekat dia.

Aku bagi tau yang aku nak rawat masalah aku ni, tapi aku tak nak makan ubat. Doktor ni, aku namakan Dr. A faham situasi aku dan dia cakap aku just kena buat apa yang dia suruh.

So aku pun okay saja la. Tapi the first thing dia suruh aku buat is, berhenti kerja. Dia cakap kerja aku tu paling toxic sekali.

Bayangkan, dalam keadaan ekonomi mcm ni, aku nk menganggur lagi. Tak ada gaji basic. Memang aku tak nak lah. So aku stop contact dia. Tapi dia tak putus asa follow up aku.

And bila gelombang ke 2 covid ni, aku finally decide untuk take the first step. Aku pejam mata, ikhlas kan hati, redha. Aku resign. Tanpa back up kerja.

Family tanya, boss tanya, kawan tanya, semua aku jawab saja, penat dah. Oh, aku tak cerita pasal sakit mental aku ni kat sesiapa pun even the closest kawan aku.

Lepas aku resign, aku perasan, simptom-simptom pelik. Dr A cakap, withdrawal symptom. Berhenti kerja pun ada macam ni tau. Aku, ambik masa sebulan lebih nak berhenti berfikir pasal ex-kerja aku tu. Nak completely lupakan everything. Honestly sampai sekarang pun tak habis lagi.

Macam dah jadi daging. Cuma aku boleh control la sekarang. Lepas tu, dr A minta aku buat aktiviti merehatkan otak macam banyakkan tengok alam semula jadi, baca AlQuran, solat dan buat benda-benda yang aku suka.

Aku mula-mula boleh follow tapi aku start gelabah sebab tak kerja. Tak ada income. Aku rasa ni paling masalah besar aku. Aku rasa anxious sangat kalau tak ada income. Padahal, aku tak kerja setahun pun aku mampu.  Aku memang banyak saving dan keluarga aku agak berada.

Ini paling teruk nak atasi. Sampai tiap-tiap malam aku nak tidur aku kena play ceramah pasal rezeki di tangan Allah, sentiasa bersyukur dan sebagainya. Alhamdulillah kurang sikit.

Alhamdulillah, rezeki memang di tanganNya. Aku dapat kerja. Dekat dengan family, tapi gaji kecil. Antara penyakit aku, OCD dalam OCD ni, ada lah juga perfectionist. Susah jadi perfectionist ni. A to Z nak betul saja.

Jadi pada aku, gaji kecil ni tak perfect. Aku salute sangat dengan Dr A ni. Dia sabar saja layan aku, nasihatkan aku untuk ubah gaya hidup. Sampailah aku accept kerja tu.

Dan dia bagi aku banyak aktiviti macam tulis diari, daily goals, list things to do untuk keep aku dari jadi stress.

Sebelum ni, aku tak ada daily ke monthly ke yearly goals aku ada 1 goal saja. And aku kejar macam orang gila. Sekarang ni, dia suruh aku kecil-kecilkan goal aku. Basically aku makin systematic.

Cakap pasal OCD, aku jenis yang tak suka kotor, bersepah dan tak suka share apa-apa pun dengan orang. Every time aku kena face benda-benda ni memang aku stress dan aku akan marah saja orang yang berkenaan.

Ini jadikan aku agak kurang ajar dan tak penyabar. Dr A pun ajar aku untuk jadi tenang bila handle situasi macam ni. Dan nikmat sangat rasanya sekarang. Dia selalu nasihatkan aku pasal agama juga, ni paling penting. Aku makin banyak baca AlQuran, solat lebih terjaga.

Dan sekarang, aku practice semua yang Dr A nasihat dan regularly update dengan dia. Alhamdulillah, aku rasa macam lebih ringan dan lapang.

Apa aku nak sampaikan. Sakit mental tu ada dalam pelbagai bentuk. Semua orang kenal aku as seorang yang happy go lucky, kalau hang out aku jenis yang tak reti penat.

Gila-gila and mesra. Tapi siapa sangka aku sebenarnya macam ni. Dalam masa aku sakit tu sampai ke masa aku terima rawatan dan sampai ke sekarang dah okay sikit ni, orang keliling aku tak perasan pun apa-apa. Bukan diorang tak alert, tapi aku memang tak suka tunjuk emosi aku dekat orang.

Dan paling penting sekali, Dr A ni. Dia memang tak bagi aku makan apa-apa ubat. Rawatan dia, nasihat, tak pernah paksa aku dan kata-kata motivasi dia semua petik ayat Quran, hadis dan quote dari ulama-ulama.

Untuk bayaran kos rawatan ni, aku bagi seikhlas hati ke pusat kebajikan urusan Dr A. Sebab Dr A tak nak bayaran. Aku dengan Dr A ni pun, tak pernah jumpa waima online meeting. Mostly bercakap dalam phone. Dan chat. Terima kasih Dr A tak putus asa tolong saya.

Kepada yang bekerja tu, muhasabah diri dan sekitar. Mungkin rasa tak berat masalah tu, tapi bayangkan kalau mak yang lahirkan kita sempurna tahu kita sakit mental. Ini yang buat aku nak berubah sebenarnya. Rezeki di tangan Tuhan. Duit takkan pernah habis, persoalan pemiliknya saja.

Diri kita yang paling utama. Sibuk kerja, jangan pernah lupa pada yang Maha Berkuasa. Curi masa dengar ceramah keagamaan, itulah makanan rohani kita. Berdamping dengan Al Quran lebih lagi. InshaAllah aman damai.

Time sekarang ramai yang jadi hamba duit. Harap yang boleh relate dengan isu ni cepat-cepat pergi dapatkan bantuan. And walaupun dia tak tau penyakit aku ni, aku berterima kasih sangat-sangat dekat kawan rapat aku yang selalu dengar masalah aku. Aku rasa aku tak sakit dah :)

– Kakwan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *