Bela Anak Pemalas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Oh ya, sebelum terlupa Selamat Hari Ibu.

Naluri seorang Ibu sayangkan anak-anak. Ada 3 jenis Ibu, Ibu ‘rational’, ‘natural’ dan ‘denial’.

Ibu rational. Bertindak mengikut keadaan. Bercakap berdasarkan fakta. Sayang dalam ketegasan dan mahu anak-anak berdikari. Selalunya garang. Bila marah selalunya akan jadi singa.

Ibu natural. A very calm mom. Bercakap dan didik anak dalam tone suara yang paling lembut. Tegur anak dalam berhikmah. Ibu-ibu sebegini selalunya bff anak-anak. Bukan senang ibu nak berada dalam state of calmness begini.

Ibu denial. Ibu yang memendam. Walaupun semua ibu naturally protective, tapi kali ini protective berganda walaupun anak melakukan kesalahan yang jelas. Dan kali ini aku ingin menceritakan yang lebih tentang ibu in denial.

Aku juga seorang Ibu, pasti setiap orang membesarkan anak dengan cara yang berbeza. Tapi bagi aku, anak-anak perlu didedahkan dengan tanggungjawab dan hakikat kehidupan yang sebenar.

Apa maksud tanggungjawab? Seusai anak sudah boleh paham dan menerima arahan, anak-anak boleh mula contohnya mengemas katil sendiri, masuk baju kotor di dalam bakul, dan tugas-tugas sesuai seiring dengan usia, supaya bila dewasa dia tahu tanggungjawabnya di rumah.

Hakikat hidup adalah apabila anak sudah mula paham dan kadangkala meminta, contohnya KFC pada hujung bulan sebelum gaji, ibu bapa perlu menerangkan bahawa KFC itu akan dibeli selepas gaji dan bukan sekarang kerana faktor kewangan dan prioriti.

Nampak complicated. Tetapi anak-anak umpama span. Selagi kita menerangkan dengan sebaik-baiknya, mungkin kali pertama mereka tidak faham, tetapi lama kelamaan mereka akur.

Benar, kita menyayangi anak-anak dan kadangkala ingin penuhi semua permintaan mereka, namun jika mereka tidak belajar tentang hakikat hidup, kita menanam toksik dalam kehidupan mereka yang akan datang.

Maafkan aku jika permulaan aku terlalu panjang. Aku cuma ingin menerangkan situasi betapa pentingnya pendidikan awal dari ibu bapa terutamanya seorang ibu.

Aku dibesarkan di dalam keluarga ‘non functional’ father. Ertinya bapa tidak bekerja, selalu tiada di rumah, dan tidak melakukan hatta sekelumit kerja rumah pun.

Kalau ada di rumah pun dia hanya tidur sepanjang hari. Mak melakukan semua. Dan hakikatnya bolehkah seorang ibu yang bekerja dan penat, menguruskan rumah apabila balik bekerja?

Boleh tetapi bukanlah sempurna. Baju yang dah dibasuh tidak berlipat. Nasi dimasak, kadang-kadang ada lauk, kadang-kadang telur goreng sahaja.

Baju sekolah tak sempat dibasuh. Kerja sekolah anak tak sempat di lihat kerana semua tugas digalas mak.

Puncanya nenek ku yang denial. Bapa tidak bekerja jadi nenek ku menyediakan makan minum setiap hari untuk bapa (rumah nenek hanya berdekatan), disediakan duit belanja,

Dalam erti kata lain dia menjalankan kehidupannya seperti orang bujang sedangkan anak-anak di rumah tidak dijaga nafkah, makan dan minum.

Nenek hanya mendiamkan perkara ini walaupun dia tahu keadaan kami dirumah. Dan sering ahli keluarga bapa menyindir mak tentang rumah kami yang tidak bersih,

Apabila raya kuih yang dihidangkan ala kadar, padahal mak yang menanggung semua, mana mungkin dapat terlihat sempurna? Jadi nenek seorang ibu yang in denial, dan kami menjadi mangsa.

Disebabkan itu, mak terbawa-bawa kepercayaan mengharapkan semua di bahu anak perempuan. Maka aku dengan tegasnya meminta mak supaya ‘melepaskan’ anak-anak lelaki.

Melepaskan di sini membawa maksud, selepas mereka habis belajar, mak berhentilah tanggung mereka dan biarlah mereka berdikari mencari kerja.

Kerana mereka mampu dan ada kudrat itu. Dan benar, mak aku seorang ibu yang denial juga. Bertahun-tahun menanggung anak lelaki yang sudah dewasa, tidak bekerja tetap dan akhirnya berkahwin, dan masih ditanggung mak pada beberapa tahun awal perkahwinan.

Anak-anak perempuan? Kami pandai berdikari, awal-awal mak sudah lepaskan. Nenek? Nenek sebelum meninggalkan kami, masih menanggung anak lelaki bongsunya yang hampir berusia 40an.

Adakah seorang ibu hanya bela anak lelaki? Ya dan tidak. Ketika aku kenal mommy, aku baru sahaja berkahwin. Memang rutin aku akan bangun awal, kerana mommy bukanlah sihat sangat, jika aku dirumah mentua aku akan tolong apa yang patut.

Teringat jika hari raya di rumah mertua, aku akan menangis seorang diri di dalam tandas kerana terlalu penat memasak.

Mommy perfectionist. Dia akan pastikan makanan banyak dan meriah di pagi raya. Mana anak-anak yang lain? Jika hari biasa, mommy cakap anak-anaknya penat dengan kelas, sebab tu tidur sampai tengahari belum bangun.

Jika hari raya, hanya diam tiada alasan kerana yang berbau lauk pauk itu aku, dan yang bermake up dan wangi-wangian itu anak-anaknya. Anak-anak perempuannya tidak masak di dapur. Anak lelakinya tidak boleh susah-susah, semua isteri perlu sediakan.

Tahap kemalasan itu adalah sampah merata-rata di dalam bilik tidak dibuang. Makan, tinggal sampah, cawan dan pinggan di atas meja di atas lantai. Tidak bekerja tapi mengharap makan sedap-sedap, bercuti di luar negara.

Alhamdulilah suamiku terkecuali, dia ringan tulang. Part ni aku bersyukur sangat. Dan tidak lama selepas itu mommy tinggalkan kami dalam keadaan mengejut. Umur anak-anak semua lebih 20 tahun tetapi basuh dan lipat baju pun mommy buatkan. Anak-anaknya struggle

Dah besar tak tahu memasak dan mengemas. Akhirnya selepas beberapa tahun mommy tinggalkan kami, adik-adik iparku yang perempuan sudah pandai menguruskan rumah dan memasak. Namun kesannya kepada anak lelaki masih sama. Masih malas, tidak bekerja.

Mengharapkan isteri melakukan semua kerja. Tetapi jangan risau, isterinya tak kisah kerana dia isteri yang in denial juga. Tak perlulah aku menerangkan panjang lebar mengenai ini.

Bapa mertuaku awal-awal sudah berkahwin lain sebab? Ya, sebelum ini mommy buat semua. Dan bapa hidup janggal tanpa isteri menguruskan hidupnya.

Peringatan kepada kita sebagai ibu bapa, anak-anak apabila dilahirkan ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Anak-anak juga adalah cerminan ibu bapa. Jika melihat ibu bapa menjalani hidup dengan penuh tanggungjawab, anak-anak juga akan turut serta mencontohi.

Bagaimana kita mengharap sikap anak-anak apabila dewasa, begitulah sikap yang patut kita praktikkan bermula dari rumah, seawal usia.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ringankan beban, kerja dipikul bersama, barulah benar RAYA.

– Teratai Di Tasik Jingga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *