Solat Bukan Sekadar Bertelekung

Assalamualaikum. Saya Hana (bukan nama sebenar), dan cerita saya ni berkisarkan tentang kenalan saya, saya panggil sebagai Linda (bukan nama sebenar).

Secara ringkasnya, saya nampak banyak kesalahan dalam solat dia tapi saya tak tahu macam mana nak tegur sebab dia lebih tua (dan agak sensitif).

Logiknya pon takkan family dia tak pernah tegur cara solat dia sedang kan keluarga dia semua orang yang jaga solat.

Masalah pertama tentang durasi solatnya. Average orang solat 4 rakaat mungkin dalam 5 ke 6 minit.

Saya sendiri 7 minit baru siap dari awal pakai telekung sampai habis doa lipat telekung. Tapi Linda solat 4 rakaat dalam masa 1 minit 40 saat.

Bagi yang tertanya-tanya, ya memang saya buat timer waktu dia solat sebab saya curious berapa lama dia solat.

Duration solat ni sebenarnya tak jadi masalah kalau rukun semua lengkap. Tapi kalau tak sampai 2 minit, di mana tomakninahnya?

Tomakninah ni bagi yang tidak tahu, maksudnya rehat sebentar sebelum proceed ke gerakan seterusnya, contoh dari rukuk ke iktidal.

Dan tempoh tomakninah yang disepakat ulamak adalah sekali lafaz Subhanallah (lebih kurang 2 saat).

Ulamak juga bersepakat bahawa tomakninah termasuk dalam rukun solat, jadi kalau tertinggal rukun, solat tidak sah sebenarnya.

Maaf ya saya tak dapat sertakan dalil-dalil, tapi semua ni boleh dicari di internet ataupon website mufti.

Isu berkaitan ni jugak, adalah durasi zikir Linda ni. Solat dia 2 minit tapi dia zikir 15 minit.

Of course tak salah zikir banyak selawat 1000 kali etc, tapi kalau zikir boleh lama, kenapa solat yang lagi wajib tu tak dijaga dengan sebaiknya ya?

Setiap kali saya solat sebelah dia memang saya tak boleh fokus sebab saya jadi anxious bila saya tengah baca fatihah lagi tetiba dia dah naik rakaat kedua. Saya tengah rakaat kedua dia dah zikir.

Jadi saya elakkan solat waktu dia solat sebab saya susah nak khusyuk. Macam mana ya nak betulkan dia pasal ni?

Seterusnya, tentang bacaan solat Linda. Waktu puasa ni saya dengan housemates saya jemaah terawi and ganti-ganti imam.

Jadi bila Linda jadi imam, boleh dengarlah bacaan solat dia. Yang paling saya concern pasal surah al fatihah dia sebab itu yang rukun. Tapi panjang pendek, makhraj dan qalqalah tak terjaga.

Housemates saya pon takde yang tegur sebab masing-masing lagi muda. Saya pon macam tu jugak. Saya cuma berharap bila dia dengar bacaan orang lain dia akan take note dan improve bacaan dia jugak.

Last sekali (setakat yang saya ingat), adalah tentang aurat ketika solat dan isu berkaitan telekung.

Linda kalau solat memang akan keluarkan tapak tangan dia untuk takbir, baca doa qunut, sujud etc. Senang cerita dia memang sentiasa keluarkan tapak tangan dia.

Tapi, bila takbir tentu-tentu lengan pon ter expose sebab kita selak telekung kita. Di situ aurat dah terbuka.

Sama juga kes nya bila baca qunut. Bila tadah tangan di luar telekung, lengan pon nampak jugak.

Kaki Linda pon selalu terkeluar dari telekung tapi dibiarkan tak tutup. Jadi kalau saya nampak kadang-kadang saya tolong tarikkan kain telekung dia tutupkan kaki dia yang terbuka tu.

Isu tentang telekung, yang saya maksud kan kat sini adalah waktu sujud. Sebab dahi kita tak boleh berlapik dengan apa-apa yang bergerak disebabkan pergerakan solat kita, iaitu telekung.

Sejadah tak dikira sebab kita gerak masa solat sejadah tetap fix di situ. Macam saya kata, Linda kan keluarkan tangan dia masa solat,

Jadi bila nak sujud telekung dia akan macam berhayun kena angin dan cover permukaan sejadah. Bila dia sujud, dahinya atas telekung dia tu.

Untuk kes ni, saya ada jalan penyelesaian iaitu telekung jubah. Tak ramai orang guna tapi in sha Allah aurat waktu solat lebih terjaga.

Masalah-masalah ni saya utarakan sebab saya tahu bukan Linda sorang je yang buat. Rasa-rasa kalau kita pon ada terbuat, lepas ni mungkin lebih peka dan sama juga untuk diri saya.

Tapi selain tu, saya perlukan cadangan juga macam mana nak tegur Linda yang lebih tua daripada saya ni?

Dia jaga solat dia, tak pernah tinggal. Tapi saya rasa sayang sangat kalau solat dia tak diterima disebabkan kesalahan dia berkaitan syarat-syarat sah solat ni.

Harap anda semua dapat bagi pendapat masing-masing. And kalau saya ada salah juga, tegurlah, in sha Allah saya boleh terima.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *