Assalamualaikum. Hi readers. Selamat Hari Raya ala PKP ya semua..
Memandangkan raya tahun ni tak dapat nak berkumpul sesama keluarga walaupun adik beradik saya duduk dekat-dekat saja selang 3km tapi semua takut kalau kena saman dengan polis,
Maka saya rasa nak buang masa dan buat confession di sini. Harap tak kena kecam la ye..
Confession saya ni bukanlah nak minta simpati sesiapa, tapi lebih kepada nak meluahkan rasa sedih dan geram.
Macam ni ceritanya..
Kakak saya sekarang menjaga beberapa orang anak buah saya. 2 orang anak buah daripada kakak atas kami yang sedang sakit dan telah bercerai.
Kalau di ikutkan sekarang dah hampir 4 tahun kakak saya menjaga mereka berdua.
Kemudian dijadikan cerita lagi, tahun lepas adik saya pula bercerai yang mana adik saya ada anak 2 orang. Kedua-duanya “dijaga” oleh adik saya, bukan ex wife yang cuma ambil anak-anak waktu weekend saja.
Maksud saya “dijaga” tu sebab adik saya tak betul-betul menjaga anak-anaknya. Anak yang sulung dijaga oleh kakak saya.
Ini bermaksud kakak saya menjaga 3 orang anak buah kami secara fulltime. Dia yang menguruskan pembelajaran mereka, makan minum mereka, belanja sekolah mereka, didikan mereka dan sebagainya.
Yang saya nak cerita di sini ialah struggle nya kami ni sebagai single ladies nak membesarkan anak-anak buah kami ini.
Kalau kakak saya menjaga anak-anak buah secara fulltime, saya pula bantu menjaga secara part time. Saya jaga waktu weekend dan bila kakak saya sibuk dgn kelas PJJ.
Kami ni tak pernah ada pengalaman menjaga anak, lainlah orang yang memang lahirkan atau mereka yang ada anak waktu anak-anak masih baby.
Bezalah mereka ni dengan kami sebab mereka ni ada baby steps untuk mendidik anak perlahan-lahan ikut acuan masing-masing.
Kami ni pula menjaga anak-anak yang dah membesar, yang dah ada acuan masing-masing.
Jadi waktu mula-mula menjaga mereka ni, saya sendiri agak baran dan tak boleh nak control marah dengan budak-budak. Kadang-kadang marah secara excessive ataupun hukum/ rotan/ cubit berlebihan.
Lepas marah, baru rasa menyesal dan sedih. Rasa marah dengan budak-budak ni sebab mereka tak faham bahasa dan tak mahu mendengar kata.
Kita pula baru saja mula menjaga jadi tak tahu tricks & tips untuk menang hati budak-budak, tahu nak marah atau mengugut saja.
Saya dan kakak selalu juga bergaduh sebab berbeza pendapat cara membesarkan budak-budak ni. Kakak saya jenis tegas, saya pula jenis cepat lembut hati dan suka spoilt kan budak-budak ni.
Tapi paling sedih dan geram bila kita dah ajar anak-anak ni ikut acuan kita, bila mereka ni balik pada parent mereka mulalah lupa apa yang kita ajar.
Mulut dah keluar kata-kata yang bukan-bukan, tak solat atau tak puasa. Letih rasanya bila nak train semula ikut acuan kita.
Kalau korang pernah tengok movie Gifted lakonan Chris Evans, maybe korang boleh faham perasaan kami.
Kami ni macam Chris Evans lah kononnya nak bagi yang terbaik pada anak-anak sedangkan kami sendiri tak pasti sama ada apa yang kami buat ni betul ataupun tidak.
Bila anak-anak ni rebel memang kadang-kadang terkeluar juga dari mulut kami “ha baliklah rumah mama/ maktok awak, kami dah taknak jaga kamu”.
Yang budak ni pun pandai. Selalu compare makcik dengan mama nya.
Selalu kata yang kami ni suka marah-marah, dia nak tinggal dengan mamanya sebab mama tak pernah marah, mama suka bawa jalan-jalan, mama suka bagi pinjam tab, mama janji nak belikan iphone dan macam-macam lagi.
Hati mana yang tak sedih dan geram. Yang seronok-seronok semua dengan mama. Part yang tak best, part nak mengajar sifir 2 sampai budak tu bergenang airmata tak ada pulak mamanya nak mengajar kan?
Kalau ikutkan hati, nak saja semua anak buah ni didaftarkan sebagai anak angkat kakak saya. Senang nak uruskan hal sekolah dan sebagainya. Tapi kalau jadi ibu angkat pun, hak legal ibubapa sebenar masih ada ke tak ada ye?
Part yang ni kami pun tak pasti sebab dari tahun lepas nak pergi JKM tapi JKM macam sentiasa bertutup saja sejak-sejak PKP ni.
So itulah confession saya di malam raya. Saya sendiri tak tahu macamana perasaan kakak saya yang menjaga anak-anak buah tu semua,
Tapi saya pun simpati bila dia struggle nak didik tapi anak-anak prefer parents masing-masing sedangkan parents mereka jenis lepas tangan. Pada saya ini bukan ujian untuk kami tapi ujian untuk anak-anak ni.
Saya mohon doa readers semua untuk dipermudahkan urusan kami menjaga dan mendidik anak-anak ni ya..
Kalau ditakdirkan anak-anak ni diambil semula oleh ibu bapa sebenar mereka, semoga hati kami redha dan semoga mereka membesar jadi anak yang soleh solehah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit