Akibat Yang Mementingkan Diri

Salam kepada semua pembaca. Tujuan aku menulis kisah hidupku ini bukanlah untuk mengaibkan diri sendiri. Tetapi aku harap ramai perempuan di luar sana boleh jadikan panduan atas pengalaman yang bukan semua orang melaluinya.

Aku mulakan kisahku yang baru move on selepas bekas teman lelakiku berkahwin dengan perempuan lain.

Pada awalnya aku sangat kecewa dan merasa dikhianati. Tapi setelah sekian lama aku mula menyedari bahawa akulah yang banyak mementingkan diri dalam perhubungan kami.

Antara perkara yang sangat aku kesali adalah aku tidak tetap pendirian dalam perhubungan kami.

Sedikit saja kata-kata ibuku telah membuatkan aku berubah fikiran.

Bayangkan seorang lelaki yang setia menemani dan membantuku selama 5 tahun tetapi akhirnya aku memberi alasan belum sedia berkahwin kerana ingin menyambung lagi pelajaran ke peringkat Master (itu pun atas nasihat ibuku).

Maka aku faham setelah bertahun-tahun perpisahan kami ini berlaku.

Hubungan kedua yang ku lalui juga menunjukkan keegoan ku yang sangat tinggi. Aku pun tak tahu mengapa aku sangat mementingkan diri & ego walaupun aku bertemu lelaki yang setia dan jujur.

Ku namakan lelaki ini sebagai Z. Yang menariknya, Z menyampaikan rasa hatinya kepadaku melalui orang tengah (ketika itu dalam tempoh pengajian Degree).

Orang tengah tu pula pensyarahku. Tapi masa tu aku sudah berpunya (bekas teman lelaki yang aku ceritakan di atas tadi). Tapi selepas aku break dengan bekas kekasih aku, aku meluahkan pada Z dan bermulalah kisah cinta kedua dalam hidupku.

Z bersungguh-sungguh mahu melamarku. Siap bawa parent dia jumpa aku masa tu. Tapi oleh sebab kebodohanku masa tu, aku kata belum sedia (padahal Z ni dah ada kerja tetap, beragama, baik orangnya).

Aku cuma melayan call dan mesej Z kerana kami berjauhan atas faktor kerja dan hanya berjumpa sekali-sekala.

Aku langsung tak pernah menghargai dan menghormati Z yang benar-benar tulus ikhlas mencintaiku. Aku langsung tak pernah mengucapkan selamat hari lahir kepadanya apatah lagi memberi hadiah.

Tapi sebaliknya Z yang bersungguh-sungguh mengambil hatiku. Bila ku imbas kembali, aku sangat rasa bersalah terhadap dirinya hingga kini.

Ditakdirkan ibuku seperti kurang setuju hubunganku dengan Z, maka dia mencarikan jodoh orang sekampungku yang juga ketika itu bekerja satu kawasan dengan ku dan ku namakan sebagai Fendi.

Mula-mula tidak ada apa-apa perasaan ku padanya. Namun lama-kelamaan aku mula jatuh hati.

Maklumlah hati orang perempuan. Suka diberi perhatian dan suka dibantu. Tambahan lagi ada teman yang dekat berbanding yang jauh. Aku malu pada diri-sendiri yang mengkhianati kesetiaan dan kejujuran Z.

Mengapa hatiku begitu lemah?…

Mengapa aku terlalu mementingkan diri?…

Mengapa aku tidak dapat menjadi perempuan yang setia?…

Mengapa aku tidak pernah menghargai kepercayaan yang telah diberi padaku?…

Aku bertunang dengan Fendi dalam keadaan hatiku berkecamuk dengan perasaanku. Aku akui aku sayangkan Z. Tapi pada masa yang sama aku perlukan Fendi dalam membantu urusanku.

Setelah beberapa bulan, Z tetap tidak putus-putus menyatakan kepercayaannya kepadaku. Aku dapat merasakan bahawa dia tahu ada masalah dengan hubungan kami. Tapi aku begitu rasa sangat bersalah kepadanya atas apa yang telah berlaku.

Sehinggalah Z mendapat tahu bahawa aku telah bertunang pada suatu hari. Aku benar-benar rasa sangat berduka. Sepanjang malam aku menangis selama seminggu.

Aku terlalu ingin menjaga hatinya untuk tidak menceritakan perkara yang telah berlaku. Sebaliknya perbuatan ku itu hanyalah perbuatan mementingkan diri yang menghancurkan hati Z. Aku memang bodoh dan tidak setia.

Akhirnya aku dan Z berpisah. Namun Z sangat baik kerana masih sanggup menasihatkan aku agar menjaga solat dan perbanyakkan mengingati Allah.

Katanya mintalah pada Allah yang akan selesaikan semua masalah kita. Aku sangat terharu atas kebaikannya walaupun aku banyak menyakiti hatinya selama perhubungan kami.

Kini aku telah pun berkahwin dengan Fendi. Namun rumahtangga kami tidaklah sebahagia seperti yang ku impikan. Ada saja pertengkaran yang berlaku walaupun hal-hal remeh.

Mungkin inilah balasanku kerana tidak menghargai segala kesetiaan, kepercayaan, dan ketulusan yang pernah diberikan sebelum ini.

Doakan aku untuk istiqamah bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah.

– Iza Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *