Haruskah Bercerai? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/haruskah-bercerai/).

Assalamu’alaikum dan salam lebaran. Hari ni aku nak jelaskan beberapa perkara yang nampaknya menjadi persoalan di ruangan komen. Disebabkan mungkin takberapa jelas di perkongsian sebelum ni, ramai yang kecam dari cuba faham.

Aku jawab dan jelaskan satu persatu ya. Pertama tentang kenapa tak nak ambil pembantu rumah?

Jawapannya bukan aku taknak tapi dia yang tak nak. Dah berkali offer dan aku dah deal pun dengan sorang dua pembantu rumah ni tapi wife aku tetap bekeras tidak mahu.

Dia kata dia masih boleh handle lagi. Aku dah explain pada dia, dengan adanya pembantu rumah ni rumahtangga kita kita akan lebih tenang dan dia takkan penat lagi seperti yang dia selalu keluhkan. Namun, pendirian dia tetap. Tak mahu!

Berbalik kepada isu kemampuan, wife kerja dia takda tolong apapun dalam urusan pembelanjaan. Dia kerja untuk dia je.

Sebab time nak kahwin dulu, family dia minta sangat agar aku benarkan dia bekerja. Katanya dia nak kejar cita-cita dan tolong keluarga. Jadi, aku on je. Takpernah haling dan takpernah taksokong.

Duit gaji dia semua aku takpernah ambil kisah. Yang aku tahu dia ada kirim tiap-tiap bulan pada keluarga dia. Berapa jumlahnya pun aku takpernah nak tanya dan aku takkisah sebab itu hak dia.

Kesemua pembelanjaan rumahtannga aku yang selesaikan. Tanggungjawab aku aku lunaskan. Malahan, apa saja yang dia minta aku bagi.

Cuma kadang-kadang kenalah tunggu seminggu dua sebab payment tak clear lagi. Total komitment aku around 7-9k tiap-tiap bulan. Alhamdulillah, masih mampu tanggung lagi sebab hutang tak banyak.

Kita ke isu seterusnya, tentang kerjarumah. Aku selalu je sidai baju, angkat baju dan lipat, bila ada free mesti aku buat. Kemas rumah pula, seminggu sekali kami kemas sama-sama.

Rumah kami pun takdalah bersepah sangat sebab kerja-kerja yang renyah je yang tertangguh ke hujung minggu. Pingan mangkok pun aku selalu basuh dan susun.

Tak nafi ada waktunya aku takbuat sebab tak sempat tapi selalunya aku buat. Cuma bila tak sempat buat itu yang jadi isu sebab isteri akan bising dan mula merungut.

Tentang jaga anak-anak dan rancang kelahiran. Isteri aku memang tak nak merancang, puas pujuk tapi dia tak nak. Setiap kali lekat dia kata carry on, rezeki. Itu yang dapat 3 orang dengan jarak dekat-dekat.

Macam yang aku katakan sebelum ni, aku bukan jenis nak seminggu 3 4 kali, jarang-jaranglah kami bersama tapi dah rezeki lekat juga.

Anak-anak memang kecil-kecil lagi, ya, anak aku tak nakal, boleh dikatakan mudah jaga tapi yelah, memang penatlah sebab ada waktunya budak ni dia nak perhatian dan time tu juga kita tengah penat so terasa stress. Aku setuju. Aku pun jaga sama, balik lewat pun tolong juga.

Ada sorang anak ni memang rapat ke aku lebih. Selalu tunggu aku balik baru nak tidur. Bab itu ada beberapa perkara kami dah bincang tapi wife tak setuju juga. Antaranya tentang ambil pembantu rumah duduk sekali dengan kami. Dia takmau. Balik harian pun tak mahu juga.

Aku tak pernah paksa untuk isteri aku bekerja tapi itu kehendak dia. Dia belajar tinggi dan dia kata apa guna kalau simpan je kelulusan tu.

Sebab paling kuat yang dia akan ungkit, dah janji kan dulu sebelum kahwin taknak sekat kerjaya saya? Aku terdiam dan setuju jelah dia untuk meneruskan kerjayanya.

Aku tahu takkan ada wife yang sempurna, begitu juga suami yang sempurna. Tapi setidaknya jangan kurang ajar dengan aku, jangan tengking, jangan naik suara melampau, jangan maki hamun dan jangan arah aku macam budak-budak.

Inilah yang paling aku takboleh terima. Dah puas slowtalk, segala talk puas sudah, berkesan sehari dua je. Nanti jadi lagi. Macam pagi raya, dia tetap buat kurang ajar tanpa rasa bersalah.

Aku cakap jujur ni, aku tak pernah tinggi suara pada dia, takpernah jentik dia, tak pernah balas satupun yang dia buat pada aku.

Sebab dulu sebelum kahwin aku ni seorang yang panas baran, dia minta aku berubah dan depan mak ayah dia aku janji aku takkan panas baran dan alhamdulillah, aku berjaya.

Jadi aku sendiri takut bila jadi macamni, sebab dah macam aku ni bodoh sangat. Ikut je segala kehendak dia. Layan je kasar dia. Sakit di dada ni Tuhan je yang tahu.

Aku faham, tak semua mampu faham situasi orang lain. Aku juga tahu luahan ini cuma dari sebelah pihak saja. Macam-macam boleh dipertikaikan.

Aku tak kisah apa anggapan korang tapi yang aku kisah komen-komen berguna. Banyak juga yang aku baca alhamdulilah, sangat membantu dan aku akan pertimbangkannya. Jadi ok lah.

Ini mungkin yang terakhir. Aku cuma nak jelaskan apa yang takjelas je. Segala silap salah dan mungkin terguris hati sesiapa aku minta maaf. Terima kasih kepada semua yang memberi pandangan.

– Steve (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *