Hebatnya Tawakkal

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin jika cerita ini tersiar. Ruangan ini menjadi tempat untuk aku bercerita untuk berkongsi rasa dengan semua sekurang2nya aku rasa ada tempat untuk aku meluahkan isi hati.

Sebelum ini aku ada menulis tentang perjalanan kehidupan aku yang tajuknya hebatnya tawakal.

https://iiumc.com/hebatnya-tawakkal/

https://iiumc.com/hebatnya-tawakkal-ii/

Alhamdulillah ini tahun ke 2 Kita didalam fasa covid-19. Walau sukar sama2 Kita hadapi dengan tenang.

Kisah ini adalah berkaitan perkembangan kehidupan aku sebagaimana orang tahu aku pernah gagal dan hidup aku hanya bertawakal kepada Allah.

Sebelum tu aku nak minta maaf andai susunan ayat dan ejaan banyak silap. Aku bukan penulis aku cuma nak sampaikan isi hati.. Jika salah aku minta maaf.

Kawan2 benar orang yang berniaga ini dia hanya ada Allah sahaja tempat dia mengadu. Contohnya orang yang berniaga mee dipasar malam.

Tugasnya hanya kemas khemah berniaga dan terus masak mee sedangkan pembeli belum tentu ada. Bila ditanya dia akan jawab soal rezeki ni kerja Allah. Begitulah yang terjadi kepada aku.

Pada awalnya aku ingat aku telah berjaya dengan perniagaan diladang tempat suami aku bekerja. Income aku memang besar tapi sangkaan aku tersasar…. Perniagaan aku telah di pintas oleh sahabat yang aku anggap dia seperti abang dan kakak aku sendiri.

Aku termenung mengenangkan nasib yang baru sahaja melaburkan modal tetapi rezeki aku telah ditakdirkan Allah setakat itu.

Lama aku diam menagis dan hati aku benar2 sakit. Lebih2 lagi orang yang caras perniagaan aku tu boleh buat wajah tidak bersalah Dan langsung menarik muka seolah2 aku musuh dia.

Untuk menenangkan hati aku bangun solat dimalam hari mengadukan nasib ini kepada Allah. Allah maha mendengar tidak lama kemudian sahabat aku mendapat musibah besar… dia menelefon aku untuk meminta maaf diatas segalanya2nya.

Setelah jatuh ditimpa tangga Allah angkat doa aku. Perniagaan makanan tradisional yang aku usahakan secara kecil-kecilan telah berkembang dan telah masuk ke pasaraya diatas usaha aku sendiri.

Berbekalkan modal sendiri tanpa pinjaman daripada mana2 bank dan badan kerajaan aku bangkit menentang arus.

Aku beranikan diri berurusan dengan bos besar pasaraya di bandar. Pada awalnya dia menolak dengan alasan produk aku ada dimana2 sahaja hatta dikaki lima. Aku terus membidas kata2nya dengan menyatakan bahawa produk aku berlainan rasa dan ada kualiti tersendiri.

Aku keluarkan tester dan bentangkan kualiti bahan yang aku gunakan, look, brand packaging sertai harga. Aku siap ugut… kalau u tak ambil produk i u rugi sebab i da pasarkan produk i di pasaraya depan sana.. Itu pesaing terbesar u kan?

Aku keluarkan bill book bukti semua pembelian. Disitu aku seolah2 ada kekuatan. Aku tak pasti kenapa semua bayangan presentation subjek marketing di university dulu kembali diingatan. Aku anggap tokey tu macam2 lecture aku. Hahaha.

Actually sebelum aku jejakkan kaki dipasaraya tu aku telah study dulu siapa owner pasaraya tu. Dia adalah sorang yang rasis. Rentak permainan perniagaan dia aku cuba fahami dengan bertanya kepada staf yang bekerja disitu.

Melalui kaedah itu aku semakin yakin bahawa dia akan terima presentation aku. Pada awalnya dia minta aku 50 pack sahaja. Selang 4 hari dia minta lagi 50 pack. Hari ke 10 terus minta 100 pack. Menjelang ramadhan dia minta aku rezabkan 1000 pack.

Bermula dengan hanya satu kini produk aku telah masuk ke beberapa pasaraya lain. Allahuakbar hebatnya kuasamu.

Disebalik kejayaan aku berjaya membawa masuk produk aku kepasaraya aku telah memperkemaskan pekerjaan disebalik tabir iaitu proses penyediaan produk daripada bahan mentah sehinggalah cantik dibungkus didalam plastik dan ready untuk dihantar.

Aku hanya ada seorang pekerja! Dia pembantu aku ketika proses pembersihan bahan mentah, proses menggoreng dan kerja2 pembersihan tempat kami bekerja.

Aku bukan sahaja bekerja didapur malah aku jugak driver untuk hantar produk dipasaraya. Aku hanya guna kereta capuk tanpa hutang itu utk kerja2 penghantaran.

Mesti orang fikir eh.. Ada sijil halal ke.. Ada itu ada ini ke? Aku da sediakan segalanya2 sebab itu aku buat dan aku dah ikut segala yang diminta serta patuhi segala syarat2 yang kerajaan minta.

Bezanya bisnes aku ni tiaada kilang besar. Kilang aku hanya dibelakang rumah. Aku jalankan dulu bisnes ni dan duit untung itulah aku akan sewa lot kedai bagi tujuan pemprosesan. Orang akan cakap aku buat kerja gila!

Ya aku sedang lakukannya. Aku tiada pilihan.. Aku buat segalanya2nya dengan tangan. Ya homemade…

Aku da fikir tentang risiko.. Aku dah sediakan segalanya2 kerana itu aku berani. Untuk melihat garis kemampuan kami bekerja aku dan pembantu mampu hasilkan ribuan paket produk dalam masa sebulan sebelum ramadhan.

Jika tidak bulan ramadhan pun kami bekerja hanya berdua menghasilkan beribu produk secara manual. Untuk pembuatan pasaraya memang akan gunakan kaedah billing. So payment bukan dapat undersport. So untuk atasi masalah aliran cash aku juga pasarkan ke pasar2 sertai buat cod.

Aku iklan kan di fb dan memang nampak macam main2 tetapi boleh menjana ribuan cash dalam masa seminggu so dengan cash itu aku mampu tanggung segala kos sambil menunggu payment. So aku tiada masalah disitu.

Selepas ini aku akan tukar segalanya2nya menggunakan mesin. Aku yakin apa yang aku buat ini dorongan dan pertolongan daripada Allah.

Sampai bila aku harus berniaga ikut sistem lama. Lagipun kudrat yang Allah bagi ni bukan untuk kerja semata2. Ia termasuk sekali untuk beribadah.

Jika ada penambahan order aku akan panggil pekerja sambilan untuk tampung beban kerja. So semua suri rumah disekitar kawasan aku ada penambahan income.

Sebenarnya jauh didalam hati sebenarnya aku takut… hahaha.. Aku cakap berani tu sebab aku saja saja nak sedapkan hati. Hahaha.

Aku tahu disebalik apa yang Allah beri itu memang ada ujian. Aku tidak tahu aku samaada kuat atau tidak untuk memikul ujian yang bakal aku hadap. Aku pun tidak tahu apa alasan sebenarnya aku masuk dalam perniagaan ini…

Aku hanya tahu buat buat dan terus buat. Aku ni degree perniagaan antarabangsa yang pointer cuma 2. 45. So aku tahu dimana tahap aku.

Masa presentation produk aku hanya ada doa dan harapan. Aku tahu perberian ni adalah ihsan Allah dan bila2 masa dia boleh tarik. Kadang2 aku takut nak berhadapan dengan orang bila mereka tanya resepi kejayaan sebab aku takut aku riak.

Setelah mengalami proses turun naik dalam fasa kehidupan kini aku lebih fokus dan aku susun betul2 strategi perniagaan agar peristiwa lama tidak berdarah kembali.

Bila fikir2 balik ada baiknya aku ambil ijazah dulu.. Walaupun pointer 2.45 tapi aku ada pendedahan ilmu membuat perbentangan, ilmu pemasaran, akta perniagaan dan banyak lagi. Tak sia2 aku habiskan masa 3 tahun belajar.

Sebenarnya sebelum masuk kepasaraya produk aku telah ada disekitar pasar malam. Aku tumpang tapak pasar malam milik kakak aku.

Disebabkan cuaca tidak menentu dan perniagaan utama aku telah dicaras orang aku beranikan diri present produk aku ke pasaraya pertama. MasyaAllah walau berlainan agama dan bangsa tokey sangat supportive.

Daripada label hanya letak nama dan alamat sehinggalah complete label. Dia seolah2 mentor aku. Disebabkan itulah aku berjangkit memasarkan produk kepasaraya lain. Syukur alhamdulillah. Ia menjadi.

So ini kisah aku. Aku suka share supaya bile beri galakkan dekat pembaca yang da ada bisnes dan tercari2 idea nak pasarkan produk. Anda boleh cuba cuma rezeki ditangan Allah.

Semua perniagaan ada turun naik untung dan rugi. Semua kita kene bersedia hadap. Luruskan niat…. Ikhlas hati… memaafkan dan jauhi hasad dengki. InsyaAllah. Pasti menjadi.

Jika kita utamakan hak Allah.. Dunia akan sembah kaki kita. Doakan aku sentiasa sentiasa sihat. Sentiasa zuhud. Sentiasa istiqomah dalam beribadah. Soal rezeki ini juga hak Allah bila2 masa dia boleh tarik.

Sekian. Assalamualaikum.

– I am melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *